Friday, October 31, 2008

Merangkak...kak....kak....















Hani Humaira dah nak masuk 6 bulan beberapa hari jer lagi. Kejap jer kan?
Tapi si tenit ni 5 bulan 1/2 dah merangkak
Cepat tuuu..... Skip step
Dia tak menyulur / mengulat2 macam kakak dia
Dan bila dah merangkak ni

Otomatik dah duduk sendiri

Jadi gitulah.....

5 bulan lebih anak mummy dah duduk sendiri dan dah merangkak

Kalu tgk badan cam berat

Tapi rupanya 'ringan' jer

Masa dia nak belajar merangkak tu

Asyik tersembam jer kejenya

Dah nya angkat bontot terlebih tinggi, hehe...






Rehat jap penat merangkak....









2-3 hari lepas MIL citer

Baby adik ni dok angkat montot tinggi2 cam menonggeng gitu

Pastu tengok orang kot celah kaki

Kekeke.... nak tengok orang ada kaki ke tak ker?


Dah start kenal orang

Nampak jer kelibat aku nak gi tempat lain
Dah meraung cam kena dera

Sampai orang kat Bistro leh dengar

Sabar jer laa....








Baby adik ngan Abang Haji So'od (patung baju kuning tu). best tak nama? hihi!










Kakak Hani mencuba bakat dalam bidang fotografi. Keh!keh!






Muka mummy nampak separuh jer, kaki Hani yang lebih...huhu....


















Ambik gambar atok mak, tapi nampak lutut jer, kuikui....













Yang ni nampak ler skit muka atok mak tapi senget ler pulok.....


Itulah dia update citer anak-anak gue..... Kak Long Hani dan Kak Ngah Hani.....










Sorry ler kualiti gambar tak berapa sharp sebab ambik ngan hp pastu malam ler pulak.....

Thursday, October 23, 2008

Countdown....

Countdown…. Lagi beberapa hari nak pindah rumah baru.

Countdown…. Lagi beberapa hari jer boleh tinggal kat rumah sekarang

Countdown…. 8 hari lagi till next month

Countdown….Hubby plan nak dok rumah sekarang hingga hari terakhir.

Tak berapa excited nak masuk rumah baru sebab sedih nak tinggal tempat sekarang. Boleh gitu?


Happy Birthday Ayah! Dah 63 tahun ayahanda aku. Moga ayah sihat sokmo, dan bahagia selalu.

Love u sokmo,


Kak

Monday, October 20, 2008

My doters.....

These pics were taken last Saturday on the way to Mamak. Kakak Hani wanted to hold baby adik. Cam tak confident jer kan. Sekali baby adik gerak, nak tumbang kakaknya. hehe....


Ken main kakak hani senyum....


















My feveret....


















Posing baik punya.... Kuat peluk baby adik tu, kot jatuh...













Nak tau apasal tangan Hani atas kepala Humaira? Baby adik panas katanya. hehe! cam ler ada beza tutup cam gitu. Tapi ok lah tu. Caring, kan?















Baby adik dah tak mo dok diam. Lepas tu, mummy dah ambik alih pegang baby adik. Karang tak pasal2 jatuh tergolek dua-dua Hani nih.

Wednesday, October 15, 2008

Cerita Ceriti....

Citer raya

Sebelum ni dah wat posting pasal raya, tapi bila nak publish tetiba error. Malas aku.

Raya kali ni, satu family demam. Musim kot. Maka jadiklah panjang cuti raya aku.
Raya pertama sampai ke2, kat Segambut.
Raya Ketiga, kat Bukit Subang, then petang bertolak lik kelantan. Sib baik tak jem tapi arah lik kl, kete non-stop.
Raya ke 4-6, gi rumah sedara mara.
Petang Isnin, bertolak lik kl.
Selasa & Rabu, aku MC.
Khamis, cuba2 gi ofis, tapi tak sampai half day, MC lagi.
Jumaat baru ok skit.
Penat kan?


Citer rumah

Confirm hujung bulan ni kitorang pindah rumah baru.
Tak leh nak extend dah.
Reno lum siap lagi. Huhu!
KC janjinya hujung bulan ni.
Wiring dah siap tapi PC maybe dalam next week kot.
Grill dalam next week gak.
Bosa2 grill kitorang, kasi takut itu fencuri ferampok. Hehe!
Rumah nak kena cuci
Barang2 nak kena pack.
Lum siap2 lagi…
Kipas lum habis lagi beli.
Mahal jugak menda alah tu.
Maakkk ! Duit kuar macam air terjun jer…..

Tak puas hati tul ngan contractor wat KC
Design kitorang nak tak kena ngan taste diorang
Punyalah payah nak finalized
Agaknya menyusahkan diorang kot
Fed up aku..
Last weekend gi tgk
Diorang tebuk dinding nak tambah wiring
Pecah sampai dinding luar
Tampal pakai simen jer
Sakit nye hatiii…..
Dahlah dinding rumah tu jenis batu-bata,
Bukan plastering
Camno diorang nak buat tu….
Hubby tak mo release duit selagi tak cantik


Citer Hani ‘Adalia

Hari tu raya, ken main seronok ramai sepupu sepapat
Cuma time main bunga api still takut
Kalu dgr mercun siap tutup telinga

Tapi wat perangai skit tahun ni
Tak mo salam ngan saper-saper pun
Kecuali atok wan ngan atok mak jer
Orang lain, hampeh…
Kengkadang duit raya pun tak nak ambik

2-3 minggu lepas suka main kat luar tak pakai slipar
Ni dah seminggu gatal2 tapak kaki
Serik dah lepas tu tak pakai selipar kat luar
Ha! Tu lah….
Tapi kesian, gatal sampai tak leh tido
Tergaru-garu sebab gatal cam kat dalam
Letak krim pun cam tak berapa berkesan
Rendam kaki dalam air garam jer..
Heiii anak mummy…


Citer Hani Humaira

Masa 4 bulan pandai golek-golek
ngan angkat montot gaya nak merangkak
7 October hari tu dah pandai ke depan
Before this bila angkat montot jer ke belakang
Now dah boleh ke depan
Dari gayanya cam cepat jer dia ni merangkak

Tiap kali gi kedai ramai yang geram ngan pipinya
Pastu cepat tersenyum
Banyak kali aku gi kedai, orang kedai tolong dukung kan
Hehe!

Gusi dah keras
So hobi sekarang suka menggigit
Paling tak tahan bila menyusu
Sakit woooo….. eventho gigit guna gusi jer…
Nak try ker?

Raya tahun ni raya pertama untuk Humaira
Orang hulur duit raya
Terer dia ambik dan pegang
Lepas tu apalagi
Masuk mulut la…

Ok lah, byk dah cerita. Summary semua skali. Entah bila leh update lagi. Till then, chow chin chow……..