Friday, July 28, 2006

Perkenankanlah doa ku

Ya Allah
Ku mohon ampun padaMu
Atas segala dosa dosaku
pada Mu, pada suamiku, pada anak ku, pada ibubapaku,
pada seluruh umat manusia
Berilah kekuatan pada diriku
Banyakkanlah sabar dalam diriku
Tabahkan hatiku menerima segala dugaanMu
Berilah kebahagiaan dalam rumahtanggaku
Aku mohon petunjuk dari Mu
Aku mohon hidayat Mu
Agar aku dapat menjadi ibu yang baik,
isteri yang dapat membahagiakan hati suami
anak yang solehah
Ya Allah, perkenankanlah doaku ini.

Ameen.

Wednesday, July 26, 2006

An interesting email from my neighbour. Khas untuk suami2 di luar sana, and untuk isteri2 sekalian.

Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya
wanita yang bergelar isteri ini
pada keluarga, suami dan anak-2
Rugi dan binasalah suami-suami
yang tidak menghargai isteri mereka
kerana isteri inilah yang akan
Membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka.....
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini
ialah dia bekerja dengan Tuhan...
jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan
dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu
sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri
sebab dia bekerja dengan Allah.

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...
sembahyang wajib baginya
dari baligh sehingga habis nyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,
itu dianggap mati syahid,
Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga
tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya,
semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Diakhirat nanti seorang wanita solehah
akan terperanjat dengan pahala extra
yang banyak diterima
diatas segala kebaikan suaminya
yang tak disedari.
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat
dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami
untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu
tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,
mulut selalu muncung terhadap suami
dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah,
segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung
ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita
supaya faham akan syariat Allah
agar tidak derhaka denganNya.
Sesungguhnya wanita dijadikan
daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,
juga bukan dari tapak kaki.
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki
supaya dia hampir kepada kamu(lelaki),
lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,
dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him
Near his heart to be loved by him.


"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...
"Ya Allah... jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"........

...Ameen...

Tuesday, July 25, 2006

Tersurat dan Tersirat

Aku hangin betul ngan manusia who thinks that they are smarter and wiser than others and look down on other people. I received a reply on an email that I forwarded to a group, and the reply starts with "adeh korang nih .. org msia kalau bab2 ni cepat sgt melatah ..bukan nak buat research dulu ..kalau research pun ..bukan nak nilai betul2" and ends with "So .. the point is .. its easy to just forward the email .. tapi berapa kali kite berfikir before forwarding such emails?? there might be some truth in it .. but what if the truth had been twisted to serve the purpose of other parties?? So please .. keep that in mind before forwarding any emails." memang ada betulnya apa yang ditulis. and aku pun bukannya suka2 forward email tu. Tapi jgn dok sibuk cari yang tersirat jer. Baca apa yang tersurat. Tak suka, delete. Tak paksa pun suruh baca. And aku rasa hang kot yang tak berfikir. Or terlalu KUAT berfikir sampai dah terbelit2 fakta.

and another reply regarding the same email, "menghantar email yang kadang2 boleh mengelirukan masyarakat. Spesifikkan perkara yang sebenarnya dengan membezakan antara keduanya kerana keduanya menggunapakai nama yang sama."

Aku lak yang confuse. Did I misunderstood the contents of the forwarded article? Tapi baca ulang2 kali pun, aku rasa aku paham. and aku pun ada wat follow up research. The TWO are the same company. Bukan company lain2 menggunapakaikan nama yang sama.

And aku pun membuat conclusion, bahawasanya yang cerdik pandai ni selalu menyerabutkan kepala hotak mereka dengan always always and always try to read between the lines on every single article yang diorang baca. and this makes them totally missing the actual easy fact written. Yang tersurat tak nampak, dok sibuk cari yang tersirat. And sibuk dok kondem orang lain. Even Islam pun ada cara yang lembut untuk membetulkan kesilapan orang, if any. Tapi jgn lah dok pikir hang tu terer sgt and orang lain ni kurang cerdik. Dok kata typical mentality rakyat mesia, padahal hang tu typical malaysian political mentality. lagi haru.......

Berborak with my sister regarding these emails. Tergelak lak kitorang. Wallau weh.....now ni, kitorang ker diorang yang missing the points here? Hmmmm........

NeNeK

Went to car boot sale last Sunday with my sister and baby. hubby keje. Kononnya nak cari t-shirt coz milin is going to Manila for a week (dah pegi dah tghari tadi). Terserempak ngan anak sepupu belah ayah with her kids.

She told her kids, "Salam.. salam... salam ngan ....... errr... nenek." NENEK? Mak ooiii.... dah tua dah gue. Dah jadi nenek, dah ada cucu.... waaaa........ cucu lagi besar lak tu dari baby gue. Tapi kalu ikut pangkat, memang ler. Aku ngan mak dia sepupu. So dia anak sepupu aku, anak2 dia sure2 la pangkat cucu sepupu. Fuh! 3 generasi tu. I'M A GRANNY!!!!! Teringat lak citer supergrand kecik2 dulu. cite pasal granny ni yg ada power. keh!keh!

pssss..... terima berita about Hani Mohsin passed away this morning at LCCT. Innalillah.


Thursday, July 20, 2006

Wish List

Just want to note something about 'Adalia.

Pencapaian baby 7 bulan:
- Dah merangkak. merata dah pegi.
- Dah pandai bangun berdiri pegang kerusi or meja or orang or kain / suar orang or kaki orang or ape2 aje yg boleh support untuk berdiri.
- Dah pandai meniti sepanjang kerusi or meja
- Dah pandai tepuk tangan
- Dah pandai 'jinjing' (bahasa kelate) / jengket kaki nak capai benda atas meja / kerusi

Okay, back to main topic.

My wish list as of today (kalu ada rezeki lebih, Insya-Allah):
1. Nak belikan hubby hp. Hp hubby dah rosak tak leh on langsung dah.
2. Nak repair radio kete. Leh dgr kaset jer. Mati kutu drive tak dgr radio. Cam katak bwh tempurung lak.
3. Nak g tengok PGL The Musical.
4. Nak beli camera / video cam.
5. Nak beli laptop.
6. Nak beli car seat lagi satu letak dlm kete hubby.
7. Nak beli washing machine auto. Lotih guno semi auto ni. (Malas sebenarnya. He!he!)
8. Nak gi Sarawak jalan2.
9. Nak bayor CC sampai habis. Pastu takde hutang dah.
10. Nak simpan duit dlm tabung haji.
11. Nak sponsor ayah, mama, MIL gi Umrah lagi sekali.
12. Nak beli rumah sendiri. Dok sewa rumah orang jer. nak cantik2 pun tak de hati.
13. Nak ambik short courses yang leh menambahkan lagi skill diri.

Itu je lah kot dulu. Yang lain2 tu, guna apa yang ada. Kereta tak yah tukar. Dah nak habis bayar dah pun. Wira pun ok apa. TV ok, hp still leh guna, astro dah ada, barang2 baby basic nye dah cukup (nak tambah menan n buku2 je skit2), jewellaries tak berapa minat sgt so yg ada ni dah cukup, hmmm... apa lagi?
Bersyukurlah dengan apa yang ada sekarang ni. Amin.

Friday, July 14, 2006

Hana & Hani

Hana & Hani
Dua nama yang nak sama
tapi tak serupa
Nama mami pun nak sama
tapi tak serupa
Mata bulat muka pun bulat
Tapi umur berbeza
Itulah dia permata hati kami
Hani untukku
Hana untuk nyah
Present Hana untuk Hani
Masa Hani baru lahir
Puding jelly perisa lychee
Yang panjang tu
Hari ni still simpan
He!he!Present yang lain dari yang lain
So sweet
Moga Hana & Hani
Terus bersahabat selamanya
Macam mummy Hana & mummy Hani
Kejap aku kira........
Rupanya dah 14 tahun kite kawan nyah...
Lama dah jugak ek..
Moga sampai ke tua
Persahabatan kita ni
Eh! Dok cite pasal Hani & Hana
Dah jadik pasal kite lak
Apa2 pun
Just look at both of them
Aaaahhh......
Hani & Hana
Love u both
Muahhh.....

Tuesday, July 11, 2006

Usia

Sepuluh tahun yang lalu
Aku meninggalkan zaman belasan
Dua puluhan menginjak kedepan
Hari ini
Dua puluhan meninggalkan aku
Menapak ke alam tiga puluhan
Syukur Ya Allah
Atas segala kurniaan Mu
Sepanjang tiga puluh tahun aku hidup di dunia ini
Nikmat, suka duka sedih gembira
Syukran

Wish pertama from Kak Nor
Wish kedua from Celcom
Wish ketiga from Elya
Ternanti2 wish from hubby sayang
Hmmmm...................

11 July 2006

Monday, July 10, 2006

Al-Fatihah

Just heard the news that my friend's dad had passed away at 6.30am today. He was admitted to IJN since last March. Tak sempat visit masa jumpa kat IJN last time. Tak tahu kebumi kat mana. If Temerloh, kena tunggu weekend baru leh melawat.
To Laser, tabahkan hati. Doakan semoga roh bapak dicucuri rahmat and di masukkan dlm golongan orang2 yang beriman. My condolence to you and ur family. Be strong, my dear friend. Harap mak ko tabah menghadapi dugaan ni. Tiap yang hidup pasti akan mati. :(
Al-Fatihah.

Tuesday, July 04, 2006

Trolley gue dicuri orang...

Date: 3 July 2006
Time: 2240 hrs
Venue: Hypermarket at SA

Went to Hypermarket last night. Shopping for groceries. Pilih punya pilih barang, letak dlm trolley. sekali nak ambik beras, letak trolley kat tengah. letak beras inside the trolley then gi kat hubby bahagian minyak masak. sekali pusing, laaa.... mana trolley????????????
Kat situ ada satu trolley penuh barang tapi tak nampak lak tuan. Tunggu punya tunggu, round punya round, pusing punya pusing, tak jumpa gak trolley kitorang. and trolley yang di abandoned kat area beras tu still tak de sape yang collect. Huh! Ni sah2 kes tertukar trolley! Takkan la trolley sendiri tak perasan. Barang2 semua lain.
Hubby bengang dah. Aku masa tu dah pikir, kalu nak kena round balik kutip semula barang2 yang nak beli, sure tak sempat. Dahlah nak dekat kul 11 dah. Kalu tak jumpa gak, aku ajak hubby balik jer. tak kuasa nak meround lagi sekali. ni bukannya masuk game shop till u drop. Kena la santai2.
Hubby round lagi sekali. TERjumpa la trolley kitorang with satu benda asing dalam tu. Another bottle of cooking oil! Jumpa kat area buah. 3-4 orang kat situ kena soal ngan hubby. Trolley diorang ker? Nasib baik takde sape mengaku, kalu tak free2 jer kena basuh. He!he!
Hubby tolak trolley kat tempat aku. dan Jeng!jeng!jeng! Kuar tanduk dia. Hubby tolak trolley yang abandoned tadi tu gi letak kat tempat telur. Tersorok ler sikit. Aku masa tu nak tergelak dah. Tu kira bengang tahap cipan la tu.
Wifey: Tak baik sayang sorokkan trolley tu. Sure orang tu dok cari.
Hubby: Tak kira la. Sape suruh ambik trolley orang. Dah tahu salah, tak hantar balik tempat ambik.
Wifey: Keh!keh! Macamane leh ambik trolley orang lainkan?
Hubby: Takkan tak perasan. Tolak jer dah tahu berat dia lain.
Wifey: Kih!Kih!Kih!

Hubby geram sampai ke kereta. Aku lak gelak sampai ke kereta.

Itulah kisah trolley gue di curi orang. First time nih. Hmmm... macam2 manusia ni. Yang macam ni pun ada........

Monday, July 03, 2006

Woman and highheel

Why do women love highheels? Aku pun tak tau kenapa. I myself cuma ada 3 je highheels. 1 shoes and 2 sandals. Shoes for formal event, and 1 sandal hantaran masa kawin and another 1 baru beli coz nak match ngan baju kurung. I don't like wearing shoes coz kaki cepat berpeluh and that will make me uncomfortable.

Maybe for some ladies, and I agree with them, highheels make them look more professional and elegant. But kalu jantan yang pakai, nampak cam bapok la pulak. Nowadays ada men's shoes yang ada tumit. geli lak aku tengok. eventho tak setinggi tumit perempuan, but still......

Aku ada gak terbaca ketidakbagusan highheels ni. Coz the area yang contact with the ground is soooooo small, all the weight pegi kat situ. and that is not good for your backbone. aku lagi prefer flat shoes / slippers, senang nak bergerak. and laju. tapi wearing baju kurung / kebaya with flat slippers macam tak berapa kena. Why? Don't ask me why. aku pun tak tahu. tapi memang macam tak kena. that is wahy aku pun terbeli la jugak highheels ni. tapi kalu pakai seluar, sah2 aku pakai flat shoes / slipper je.

Hmm.... pass tak aku berlari2 guna highheels? Kot terpeleot jer. Kena try ni. Uji kemampuan diri sebagai pompuan. He!he! Women and highheels memang tak dapat dipisahkan. Bagai aur dengan tebing, macam ombak dan pantai, seperti artis dan gossip.

Weekend

MIL surprised birthday party was held on Saturday night. Then rushed back to SA coz hubby wanted to watch WC. BIL pun ikut sekali. Resah gelisah jer bila dah kul 11pm coz rumah atuk takde Astro.
Sunday evening, went bowling at OU. Hubby and myself, milin, ihsan, kakyan and fizi. and of course 'adalia. First game aku menang. But second game hubby lak menang dengan jayanya. It was fun. Main2, lepak2 ngan adik-beradik. After bowling, we ate pizza. Huh! Kenyangnya...
Sent Fizi and Kakyan back to Segambut. Lik rumah, kemas2, nak tido, baby la pulak tak mo tido. Aku dah ngantuk. Tensennya. Lampu semua dah off pun she still didn't want to sleep. Golek sana, sini, panjat sana sini. Last2 hubby mainkan musical box dgn harapan she will doze off. Unluckily, dia main2 ngan benda tu, tetiba, jari tersepit kat tempat kunci lagu. Menangis, melalak. Kesian aku tengok. Aku pun lagi la tambah tensen. Hubby pujuk2 suruh diam. tak jalan. aku lak. nenen, baby tetido sambil teresak-esak. Kesian anak mummy tersepit jari. Until this morning ada lagi mark tersepit tu.