Pergi ke kandungan

Terier tikus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Terier tikus
Seekor terier tikus betina dewasa ekor tidak terpotong semula jadi
Nama lain
  • Terier tikus Amerika
  • Terier pemburu tikus
  • Decker giant
Nama ringkas
  • RT
  • Rat
  • Rattie
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Berat 10–25 paun (4.5–11.3 kg)
Tinggi 10–18 inci (25–46 cm)
Bulu Tunggal, licin
Warna Hitam, sawo matang, coklat, biru, ledang kelabu (mutiara), lemon, dan pinang masak. Mungkin triwarna atau dwiwarna, dengan sekurang-kurangnya salah satu warna yang merupakan putih
Anjing (Canis lupus familiaris)

Terier tikus[a] ialah satu baka anjing Amerika dengan latar belakang sebagai anjing ladang dan pendamping pemburu.[1] Ia mengongsi banyak keleluhuran dengan anjing pemburu kecil yang dikenali sebagai feist. Dengan kelaziman di banyak ladang keluarga pada tahun 1920-an dan tahun 1930-an, ia kini diiktiraf oleh United Kennel Club (UKC) dan American Kennel Club (AKC) dan dianggap sebagai baka jarang.[2]

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]

Oleh sebab penyilangan kerap sepanjang sejarah terier tikus, secara keseluruhan, ia merupakan baka sangat tahan lasak. Walau bagaimanapun, dengan pertumbuhan kepopularannya dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sesetengah isu menjadi lebih lazim. Canine Health Information Center (CHIC) mengesyorkan agar terier tikus diuji untuk kehelan tempurung lutut, keabnormalan jantung, isu pankreas, displasia pinggul, dan sindrom Legg–Calvé–Perthes.[3]

Rekod yang paling awal diketahui tentang anjing penangkap tikus ialah yang tentang "Hatch", yang bangkainya ditemukan dari Mary Rose, kapal laksamana Henry VIII, yang karam pada tahun 1545 dan dinaikkan pada tahun 1982. Hatch dianggap sebagai seekor anjing kacuk dan dibawa menaiki kapal untuk mengawal populasi tikus.[4]

Satu sumber mendakwa bahawa, semasa pertandingan di England, seekor terier tunggal membunuh 2,501 ekor tikus sepanjang tempoh tujuh jam di dalam bangsal yang penuh dengan tikus – purata seekor tikus setiap sepuluh saat.[5]

Pengiktirafan baka

[sunting | sunting sumber]

UKC secara rasmi mengiktiraf baka ini pada 1 Januari 1999. AKC mengiktiraf terier tikus sebagai baka pada 1 Julai 2010; walau bagaimanapun, kelab itu mengizikannya untuk bertanding dalam acara pendamping mulai 1 Januari 2006 dalam acara Teman AKC yang bersokongan (Kepatuhan , Ketangkasan, Rally). Terier Tikus pertama yang mendapat gelaran di bawah Acara Sokongan AKC adalah dalam Ketangkasan pada 14 Januari 2006 di Van Nuys, California, oleh Harpur's Giddy Upp "Gigi" dan D. Davidson Harpur.[6]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ Jawi: ‏تيريئر‎‎ تيکوس‎‎; bahasa Inggeris: rat terrier
  1. ↑ Kane, Alice J. (1 September 2003). Rat Terrier: Special Limited Edition: A Comprehensive Owner's Guide [Terier Tikus: Edisi Terhad Khas: Panduan Komprehensif Pemilik] (dalam bahasa Inggeris). Allenhurst, New Jersey, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. ISBN 9781593783679. OCLC 53127810.
  2. ↑ Sipe, Roger, penyunting (2006). Popular Dog Series Vol. 43 (dalam bahasa Inggeris).
  3. ↑ "Rat Terrier" [Terier Tikus] (dalam bahasa Inggeris). caninehealthinfo.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 September 2013. Dicapai pada 26 Mac 2024.
  4. ↑ Irvine, Chris (11 Mac 2010). "Mary Rose's dog unveiled for the first time" [Anjing Mary Rose didedahkan buat kali pertama] (dalam bahasa Inggeris). The Daily Telegraph. Dicapai pada 26 Mac 2024.
  5. ↑ Wilcox, Bonnie; Walkowicz, Chris (1995). "Rat Terrier" [Terier Tikus]. The Atlas of Dog Breeds of the World [Atlas Baka Anjing di Dunia] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-5). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 714–715. ISBN 9780793812844. OCLC 32596861.
  6. ↑ AKC Gazette (dalam bahasa Inggeris). Jil. 123. New York, New York, Amerika Syarikat: American Kennel Club. Mac 2006. m/s. 16.