Pergi ke kandungan

Senapang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sepucuk senapang Minié digunakan semasa Perang Boshin pada abad ke-17

Senapang (disebut [sĕ.na.pang], Jawi: سناڤڠ) ialah sejenis senjata api terdiri daripada suatu laras panjang – lebih besar dan panjang daripada pistol dan lebih kecil serta pendek daripada meriam – yang diisi dengan peluru.[1]

Perkataan ini meminjam dari Belanda: snappaan[2] iaitu sejenis senjata api mudah alih berlaras panjang dan berkancing batu api yang agak berbeza daripada apa yang biasa diketahui masyarakat setempat pada ketika itu;[3][4] ia datang dari cara senjata ini digunakan dengan menarik (snappen) bahagian kancing jenis sebegitu (haan).[2]

Ia lazim digunakan sebagai alat mempertahankan diri atau mengawal keadaan (seperti menyuraikan rusuhan atau tunjuk perasaan) baik secara persendirian mahupun dalam kalangan pengawal keselamatan dan askar; senapang-senapang ini diisi peluru getah mengurangkan risiko kecederaan awam.

Alat ini juga cocok untuk memburu lagi-lagi di kawasan kurang berpenghuni.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. 'senapang'. Kamus Dewan (ed. keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 28 Mac 2020 melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  2. 1 2 M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "snaphaan". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam melalui EtymologieBank. ...voor de secundaire betekenis ‘geweer’ moet gedacht orden aan het ‘snappen’ van de haan op de vuursteen.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  3. Mohd Dasuki Wan Hasbullah; Othman Mohd Yatim (2013). "Teknologi Istinggar: Beberapa Ciri Fizikal dalam Aplikasi Teknikalnya" (PDF). IMAN: International Journal of the Malay World and Civilisation. Universiti Kebangsaan Malaysia. 1 (3): 51–59.[pautan mati kekal]
  4. Crawfurd, John (1856). A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries. Bradbury and Evans.