Pergi ke kandungan

Puducherry

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Templat:Infobox Indian state or territory


Puducherry [a] (juga dikenali sebagai Poudouchéry [1] dalam bahasa Perancis atau nama lamanya Pondicherry [b] ) ialah sebuah wilayah kesatuan di India.Ia daripada empat daerah kecil yang terpisah secara geografi antara satu sama lain. Wilayah ini dibentuk daripada empat kawasan bekas India Perancis, iaitu Pondichéry (kini Puducherry), Karikal (Karaikal), Mahé dan Yanaon (kini dikenali sebagai Yanam ), tidak termasuk Chandannagar (Chandernagore). Wilayah ini dinamakan sempena daerah terbesar, Puducherry, yang juga merupakan ibu kota India Perancis pada suatu ketiaka dulu. Dari segi sejarah, wilayah ini dikenali sebagai Pondicherry, dan nama rasminya ditukar kepada Puducherry pada 1 Oktober 2006. [2] [3] [4]

Wilayah Kesatuan Puducherry terletak di bahagian selatan Semenanjung India. Kawasan daerah Puducherry dan daerah Karaikal bersempadan dengan negeri Tamil Nadu, manakala daerah Yanam dan daerah Mahé masing-masing bersempadan dengan negeri Andhra Pradesh dan Kerala . Puducherry merupakan negeri ke-29 paling ramai penduduk daripada 36 negeri dan wilayah kesatuan di India, dan wilayah kesatuan ketiga paling padat penduduknya. Ia mempunyai keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 390 bilion (AS$5.8 bilion) dan berada di kedudukan ke-25 di India . [5]

Pondicherry seen from Spot Satellite

Pondicherry terdiri daripada empat daerah yang terletak saling berasingan, iaitu Pondicherry, Karaikal, dan Yanam yang menghadap Teluk Benggala dan Mahé yang menghadap Laut Arab. Puduceri (Pondicherry) dan Karaikal adalah yang paling besar dan terletak berhampiran negeri Tamil Nadu. Yanam dan Mahé pula masing-masing terlekat berhampiran negeri Andhra Pradesh dan Kerala. Wilayah ini jumlah luasnya 492 km² (Puduceri 293 km², Karaikal 160 km², Mahé 9 km², Yanam 30 km².) Puduceri diduduki 900,000 orang (2001).

  1. "La Gazette de L' État de Poudouchéry" (PDF). styandptg.py.gov.in. 7 January 2025. Dicapai pada 6 January 2026.
  2. "THE PONDICHERRY (ALTERATION OF NAME) ACT, 2006" (PDF). India Code. 13 September 2006. Dicapai pada 6 January 2026.
  3. "South Asia | New name for old French territory". BBC News. 20 September 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 February 2014. Dicapai pada 10 February 2014.
  4. "National : Bill to rename Pondicherry as Puducherry passed". The Hindu. 22 August 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 October 2012. Dicapai pada 10 February 2014.
  5. "State Domestic Product and other aggregates, 2004–05 series". Ministry of Statistics and Programme Implementation. 27 February 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 March 2015. Dicapai pada 18 June 2015.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]



    Pautan luar

    [sunting | sunting sumber]