Mana Ada

Bukanlah aku mencari,

Tidak juga aku tergesa,

Cuma kadang-kala perlu.

Janganlah buat-buat tidak tahu ataupun tidak mahu ambil tahu

SITUASI 1:

“Weh, ko dah baca tak ramalan zodiak hari ni. Aku suka betullah tengok ramalan zodiak. Kadang-kadang macam betul.”

TIDAK AMBIL TAHU 1:

Ramalan zodiak itu adalah haram. Baca pun tidak digalakkan. Bila kita terpecaya walaupun sedikit boleh terbatal Aqidah dan Syahadah kita. Cepat-cepatlah ngucap balik.

TIDAK MAHU AMBIL TAHU 1:

“Ala, aku baca suka-suka ja. Bukan aku percaya pun. Saja bce nak seronok-seronok. Lagi seronok bila kadang-kadang benda tuh jadik betul-betul plak.”

(Orang tiada sensitiviti memang patut “dibodoh piangkan”)

PENGAJARAN 1:

Pada suatu hari, seorang hamba membawa makanan kepada Abu Bakar. Hambanya berkata,”Kamu selalu bertanya sumber makanan yang aku bawa, tetapi hari ini kamu tidak berbuat demikian ?” Abu Bakar menjawab,”Aku terlalu lapar sehingga aku lupa bertanya. Dari mana kamu mendapat makanan ini?” hambanya menjawab, “Sebelum aku memeluk Islam, aku menjadi tukang tilik. Orang-orang yang aku tilik nasibnya ada yang tidak mampu membayar kepadaku. Mereka berjanji membayarnya apabila mempunyai wang. Jadi, aku berjumpa dengan mereka hari ini. Merekalah yang memberikan aku makanan ini.” Mendengar kata-kata hambanya, Abu Bakar terkejut dan berkata, ‘ Ah!Kamu nyaris membunuhku.” Kemudian dia memuntahkan semua makanan itu. Abu Bakar berkata,”Aku mendengar Nabi Muhammad SAW berkata,”Badan yang tumbuh subur dengan makanan haram akan merasai api neraka. Oleh kerana itulah maka aku memaksa makanan itu keluar kerana aku takut makanan itu menyuburkan badanku.

*Saidina Abu Bakar sanggup memuntahkan kembali makanan yang sumbernya daripada tilik nasib. Menunjukkan tilik nasib tu HARAM DAN TIADA KOMPROMI DALAM PERKARA YANG HARAM.

SITUASI 2:

“Weh, betul ke ek kajian-kajian tentang personaliti diri menurut tempat tahi lalat lah, bulan kelahiran lah, jenis darah lah”

TIDAK AMBIL TAHU 2:

Itu semua adalah kajian yang dibuat dengan menggunakan responden yang dipilih secara rawak. Kalau betul kebetulan, kalau tak betul kenyataan. Psikologi manusia merupakan satu perkara yang abstrak dan subjektif. Tetapi boleh tak kita jawab soalan subjektif dalam peperiksaan. Bolehkan. Tetapi pernah tak kita dapat markah penuh dalam soalan subjektif. Tak pernahkan.

TIDAK MAHU AMBIL TAHU 2:

Weh, mamat/minah ni tak sesuai la ngan aku ikut dia punya tarikh lahir dan darah. Nanti sekejap je dah cerai. Malas ar nak ***** ngan dia.

(ORANG TIDAK PERCAYA TAKDIR MEMANG PATUT DIBALUN GUNA PENYAPU)

PENGAJARAN 2:

“Katakanlah, Terangkanlah kepadaku, jika Allah menjadikan untukmu malam itu terus menerus sampai hari kiamat, siapakah Tuhan selain Allah yang akan mendatangkan sinar terang kepadamu? Maka apakah kamu tidak mendengar?”(al-Qashah: 71-72)

*Setiap makhluk diatas muka bumi ini diciptakan Allah berpasang-pasangan. Jadi tak kesahlah siapapun dia, jika dia jodoh kita tak lari kemana.

“…Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka… ” (al-Ra’d: 11)

**Nasib, sifat, sikap dan ajal kita tidak akan berubah kecuali jika kita berusaha untuk merubahnya.

SITUASI 3:

“Kurang-kurang aku pakai tudung walaupun aku pakai baju short-sleeves”

“Kira ok pe aku pakai tudung walaupun tak labuh menutup dada, tapi aku pakai jugak.”

“Ala', orang yang pakai tudung tu bukan baik sangat pun. Sama je macam kitorang”

“Aku pakai tudung labuh pun ko nak bising jugak dah apahal. Bukan nye orang nampak pon tangan aku ke kaki aku ke”(tapi orang nampak perangai ko la dik)

“Aku pakai tudung tutup semua,pelagi ko tak puas hati”(Baju ko ketat la)

TIDAK AMBIL TAHU 3:

Mungking bagi mereka yang baru mahu pulang ke pangkal agama, kemampuan mereka cuma sampai pakai tudung sahaja sudah cukup. Ingat, agama Islam mementingkan pembelajaran sepangjang hayat. Takkanlah pemahaman agama kita cuma takat tu je. Duit kita boleh naik surut, Ilmu lain boleh bertambah, yang tak mahir berkomputer semakin laju jari-jemari menggosok tetikus dan menekan papan kekunci. Tetapi pemahaman agama tidak pula mahu diperelok dan ditambah. Takkan masa kecik kita belajar 2 kalimah shahadah dan sampai sekarang kita tak dapat mendalami 2 kalimah tersebut. Tanya iman ubahlah minda.

TIDAK MAHU AMBIL TAHU 3:

Biarlah aku pakai tudung tak tutup dada daripada dorang yang tak pakai tudung. Cukuplah dengan pakai tudung dan berlengan panjang kerana suasana malaysia yang tidak mesra tutup aurat,

PENGAJARAN 3:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

(al-Nur : 31)

Pilihan

Kalau hati kata mahu

kalau akal kata pergi

Apa yang ditunggu lagi

Allah kata jika kau pinta padaku,

akan ku tunjukkan jalan

Kalau kau buntu,

bermunajatlah padaku.

 

Jalan yang ditunjuk Allah jalan berhikmah,

jangan kau ragu

Setelah kau pinta jalan dari-Nya

Kata ini bukan yang ku mahu

Ini tiada dalam senarai pilihanku

Yakinlah pada-Nya

Allah tahu apa yang kau tidak tahu

Bersawang Sudah

Hdup perlu diisi,

kaki tangan, kepala badan,

Semua perlu digerakkan

Hati perlu ditenangkan

Akal perlu ditajamkan

Ilmu sentiasa ditambah

Iman dan hati dimuhasabah

 

Walau kaki sudah penat melangkah

Akal sudah letih berfikir

Iman yang sentiasa turun naik

Hati yang beremosi,

Kadang marah, kadang gembira,

Kadang suka, kadang duka,

Kadang cinta, kadang benci

Semuanya menjadi warna,

Mengisi kebosanan hidup

Membezakan kebatilan, kebenaran

Menyusuri hidup yang bersimpang siur.

 

p/s: bersawang sudah blog aku ni…tak sempat nak update…Banyak yang berlaku dan perlu dilakukan semester ni walaupun banyak yang aku tak sempat lakukan dan malas nak lakukan..

Cina cuti….Melayu pun cuti

Cuti oh cuti,

kau datang lagi…

sedangkan tak sampai sebulan cuti…

cuti sembilan hari….apa nak buat ek…

dh kerajaan bagi cuti..kita ikutkan je la….

tapi…yang kesian budak sekolah…

IPG cuti percuma….sekolah cuti berganti…

lagi kesian bila sekolah tu takde orang cina…

kena ganti cuti sia-sia ja…

teringat sorang lecturer kat iptho tu cakap….

dah taw kat malaysia ni banyak cuti peristiwa yang biasanya akan diberi cuti panjang…kenapa cuti setengah penggal tu tak diganti je dengan cuti peristiwa…

mknanya tak yah cuti penggal….cuti peristiwa je…nnt penggal ke2 2011 ni ade cuti ‘eidulfitri plak…rasa2 nya kena ganti lagi tuh…wah3…cuti je kje…

apa itu warna

putih, hitam,
warna sejuta warna
warna ghaibnya warna
ada mulut mengata dua-dua bukan warna
tapi pada kita ia tetap warna
merah,biru,kuning,
itu semua warna,
tetapi tiada beza antara itu semua tiada uniknya
tiada orang yang berani kata itu bukan warna
ada tangan menulis hitam warna kesepian
tetapi biarlah dia sepi dari dunia
ada kata putih warna kesucian
tetapi berapa lama ia kekal suci