aku mungkin sweet pada kau
tapi bukan bermakna kau boleh tahi kan aku sebab kau tau setahi mana pun kau, aku akan menjadi sangat manis.
memang aku dilahirkan manis dan suka memaniskan.
itu memang aku.
tapi, janganlah kau menahikan aku.
sebab, bila aku mula menahi, aku akan berdosa.
aku dah cukup banyak dosa pada mak ayah aku dan juga sahabat-sahabat lain dengan menjadi anak paling degil dan sahabat mulut longkang dengan memberi nama panggilan 'bitc*' pada mereka; walaupun bitc* itu membawa maksud 'sayangku' dalam dictionary aku sebenarnya.
ah, mereka yang kenal aku sahaja kenal aku.
bottom line is, kau menahikan aku dan aku sakit hati.
mind my own business
Friday, November 16, 2012
Tuesday, October 30, 2012
ambil berat
manusia payah nak dimengertikan.
ada yang sombong nak mampos, tapi bila dah kenal, semua harta dia nak bagi dekat kau.
ada yang kedekut pahit, tapi rupanya ada kisah sedih di sebalik itu.
ada yang berlagak baik, macam dialah sahabat paling agung sekali, paling mengambil berat;
padahal, belakang kau...
jatuh cinta dengan bekas kawan kau tak ada salahnya. serius. tak salah.
yang salahnya bila kau buat mcm ni lah.
mcm ni lah.
salah.
salah sgt.

Thursday, October 25, 2012
Wednesday, April 6, 2011
self-defense mechanism?
aku kejam kalau aku pijak kumbang kat tangga office aku yang duduk tenang tak mengganggu orang lain. aku kejam kalau aku berkata yang tidak benar tentang bertapa cantiknya baju yang kau pakai. aku kejam kalau aku tolak aje makcik yang menyapu lantai dan menghalang laluan aku ke toilet. aku kejam kalau meminjam wang dari kawan yang tidak mempunyai wang yang banyak dan tidak memulangkan semula. aku terfikir. pernah ke aku bertindak kejam pada diri sendiri? selalu. pernah ke aku bertindak kejam pada orang sekeliling? entah. aku mengiyakan apa yang mereka-mereka katakan walaupun aku tak bersetuju. aku kejam terhadap mereka. aku kejam pada diri sendiri. aku kejam. tapi aku juga di kejami.
Thursday, March 17, 2011
Tidak
kita nak burger, tapi rumah hanya ada roti
kita nak shopping, tapi wallet ada RM5
kita nak melancong ke eropah, duit cukup untuk ke manjung
dalam kepala nak banyak benda.
dalam hati hanya nak satu.
tapi,
jika kita menyimpan untuk beli burger, shopping dan melancong ke eropah,
Allah tak izinkan.
tak dapat.
aku pilih ini.
dia mungkin pilih itu.
kalau Allah kata Tidak,
maka TIDAK la jawapan dan kesudahannya.

Tuesday, March 8, 2011
en-route
kadang-kadang manusia boleh menjadi begitu pelik. kebanyakkan masa, manusia adalah pelik.
aku pelik dengan perangai orang sekeliling.
kadang-kadang aku juga pelik dengan diri sendiri.
cuba tanya diri, apa sebenarnya anda inginkan dalam hidup?
aku bertanya diri sendiri setiap hari, apa sebenarnya yang aku mahukan.
apabila diri mahukan sesuatu, kita sepatutnya berusaha ke arah apa yang kita mahukan.
tapi bukan semua manusia begitu. ada antara kita mahukan sesuatu, tetapi hanya duduk menunggu, berharap keinginan tu datang jatuh dari langit.
mungkin kerana tiada keyakinan pada diri sendiri.
mungkin kerana tiada moral support dari orang-orang kesayangan.
mungkin kerana takut susah.
mungkin kerana ego tinggi.
mungkin takut dimalukan.
dan seribu kemungkinan lagi.
manusia juga seringkali menyalahkan keadaan jika tidak tercapai apa yang manusia inginkan.
manusia juga seringkali berputus asa jika yang diharapkan menjadi tidak seperti yang diharapkan.
apabila kecewa, teruskan berharap.
doa tanpa henti.
namun manusia cepat berputus asa.
apabila doa tidak dijawab oleh-Nya,
berputus harap. kecewa lebih lagi.
mengapa tidak teruskan berdoa?
tapi, doa tanpa usaha sama seperti mengosok gigi tanpa colgate.
gigi bersih, tapi mulut tidak wangi.
tapi bagaimana bagi manusia yang berdoa dan berusaha?
tiada rezeki, kata mereka. mungkin belum.
manusia jugak tidak pernah puas dengan apa yang Dia telah beri.
manusia mahukan yang lebih, dan lebih lagi. dan lebih.
pada mereka yang berhenti pada titik mereka rasa cukup,
di katakan tidak bercita-cita tinggi atau mudah berpuas hati.
jika ada Myvi, mahukan Honda.
jika ada Guess, mahukan Tissot.
jika ada Nokia, mahukan Blackberry.
dan seterusnya.
menyedapkan hati sendiri, Manusia hanya mahu terlihatnya peningkatan hidup.
tapi untuk apa?
untuk siapa?
kepuasan diri?
bukankah manusia tak pernah puas?
aku hanya berkata tentang diri sendiri.
aku manusia yang pelik.

Monday, March 7, 2011
sakit.
kalau sakit perut,
pegi toilet.
kalau sakit gigi,
jumpa dentist.
kalau sakit pinggang,
gosok minyak panas.
kalau sakit mata,
pakai spek itam.
kalau sakit hati?
pegi toilet.
kalau sakit gigi,
jumpa dentist.
kalau sakit pinggang,
gosok minyak panas.
kalau sakit mata,
pakai spek itam.
kalau sakit hati?
Subscribe to:
Posts (Atom)