Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

30 June 2026

Next update

 Assalamualaikum wbt. 

30 June 2026.

Half of 2026. 

What's new? Nothing new. 

Living the life as usual... in fact, I lost spark for some events in my life. 

No perfect hobby. No ideal lifestyle. Not a single change for a good thing. I would say my life quality has deteriorating. Something is missing yet I could not figure out what it is.

I am tired. 

My life is so stagnant. Living in 40s makes me wonder, is life this hard? 

Funny is it? 

I used to live my life to the fullest. I enjoyed every bit of the journey that I took. But now, it feels like the road that I've taken is completely different road. Unfamiliar. As if, I got to learn new things all over again. 

I miss writing. However, I don't know what thought to be poured. 

..........

18 June 2025

Quick update

 Assalamualaikum... 

Dah 5 tahun berlalu ya. 

Anak-anak pun dah besar. Yang sulung dah nak masuk alam remaja, yang kecil pun dah tak kecil lagi. 

Nur Syauqina Amani

Nur Syauqina Aimy

Nur Syauqina Adra

Muhammad Syauqi Adha.... eh.. bukan... belum..belum ada rezeki lagi yang ni. InsyaAllah.. mungkin another Syauqina... Who knows.

Apa lagi nak share ya? Masih di tempat lama, kerja lama, tiada yang berubah. Same old same old. 

Perkahwinan.. Alhamdulillah masih bahagia disulami gaduh-gaduh profesional. Gaduh laki bini...

Kerja... bertambah beban tugas. Bertambah tanggungjawab tapi orangnya... hahahaha tetap sama. . kita berhenti di sini dulu ya. Tiada yang betul2 menarik untuk diceritakan sekarang. Sekadar untuk pastikan blog ini tidak hilang buat kenangan sendiri. 

29 October 2020

what a year

 Assalamualaikum...

Lupa ada blog... 

Btw, berkenaan pandemik COVID 19. Julai hari tu dah hampir kembali normal dah. Hidup dah kembali tenang apabila dapat kembali kerja seperti biasa. Malangnya... atas kerakusan dan kekhilafan sesetengah manusia yang cetek akal ni, beberapa bahagian di Malaysia kembali diletakkan di bawah situasi PKPB. Termasuklah Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor. Langsung dah tak boleh keluar kerja, keluar hanya untuk urusan penting, tidak boleh lebih daripada dua orang. Alahai... bosan tau tak? Bosan!!

Dan akibat daripada keadaan yang terhad begitu, saya rasa saya hampir depresi. Well, clinically saya tak tahu sebab memang tak jumpa doktor pun dan saya tahu saya tak boleh suka hati nak diagnos diri sendiri. Tapi secara peribadi, saya sangat-sangat lemas dengan keadaan sekarang. Suffocated sangat. Serba tak kena. Dada ni rasa kedap.. rasa sedih nak menangis je kerja bila duduk sesorang. lagi-lagi bila rasa terabai... teruk naw..

Macam-macam duk fikir. Rasa useless tu of course nombor satu dalam list. Belum lagi rasa macam hati ni kotor hitam legam sebab duk fikir yang tidak-tidak pasal orang lain. Semua tak betul... rasa macam diri sendiri je yang betul tapi tahu sebenarnya tak sempurna. 

Begitulah... ni pun hari kedua rasa lega sikit selepas hampir dua minggu miserable.. lepas tu katanya PKPB yang dua minggu tu tak cukup... tambah lagi dua minggu... Allahu.. Kuatkan semangat aku...

Walaupun lambat nak pick up, tapi saya tahu suami saya sedar keadaan saya. Itu pun jadi penyumbang kelegaan sebab semalam dia bawak belanja rojak dan cendol... saja tanya memang teringin nak makan rojak ke saja kebetulan singgah? Sebab dia kata nak pergi kedai je. Jawabnya memang teringin nak makan rojak berdua dengan ibu.. uhuk.. tau, dia pujuk hati saya tu... Terima kasih, sayang. 

Balik rumah dapat pula mesej dari developer. Dorang dah nak submit borang pasang api dan air.. Yahoo!! Tak lama dah tu.. Walaupun dalam fasa pening sebab gaji dah limit .. tapi nak bayar deposit api air tu boleh dikorek...hehehe.. itulah kepentingan menabung. 

Tengah menunggu untuk meeting online ni..

Salam maulidur Rasul... 

15 May 2020

After 4 years...it's 2020

Asslamualaikum wbt

Heyya! Yeah.. I know.. Empat tahun dah berlalu... hahaha

Anak pun dah tiga... yeap. Dah nak masuk 3 tahun pun.

Yang ketiga ni namaya Nur Syauqina Adra. Masih lagi si dara. Belum ada rezeki lagi untuk si teruna. InsyaAllah, andai dimurahkan rezeki, harapannya adalah penyambung warisan berjantina lelaki pula. Encik suami berseloroh nanti kena kembar lelaki... cakap kat kita buat apa kan? Pandai-pandailah sendiri nanti.. kikiki.. eh..hmm..

Btw, untuk yang ketiga ni gambar tak berapa nak ada. Ada.. dalam telefon dan malas nak transfer ke laptop. Nantilah bila ada kerajinan nak upload.

Pejam celik pejam celik.. dah masuk tahun 2020. Dah hampir separuh tahun pun. Dan untuk tahun ni, banyak hal yang terjadi tidak terduga. Just for my memories in the future..

Tahun ni menyaksikan pergolakan turun naik senario politik negara. BN jatuh ke tangan PH pada tahun 2018. Menyaksikan pertukaran kerajaan buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia. Tun M naik sebagai PM ke 7..namun beliau meletak jawatan awal 2020. Atas perkenan YDPA Sultan Abdullah, TSMY menjadi PM-8. PM bukan pilihan rakyat namun menjadi buah hati rakyat tak sampai sebulan.

Seluruh dunia dilanda pandemik Covid 19. Sejarah juga di mana bermula 18 Mac, Malaysia berada di dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hari ni, dah masuk ke Fasa 5 (PKPBersyarat)

Dengan erti kata lain, aku duduk rumah paling lama tanpa ke mana-mana, tak buat apa-apa yang rutin seumur hidup aku. Otak dah tepu, badan dah lemau.

Walaupun ada juga buat kerja dari rumah tapi takkan pernah sama. Apatah lagi bukan rumah sendiri. Dah lah tahun ni tak boleh balik kampung beraya. Patut tahun ni turn Kelantan... Huaaaa!

Nak masuk 8 tahun dah duduk rumah mertua ni. Kalau ikutkan, insyaAllah lepas raya dapat masuk rumah baru. Tapi oleh kerana PKP dan pandemik ni, tak tahulah apa cerita nanti.

Setelah berperang dan berdegil, aku berjaya beli rumah. Walau ada sedikit kekesalan di situ sebab membeli dalam keadaan terburu-buru sehingga mengakibatkan sedikit pembaziran. Tapi, aku sentiasa sedapkan hati. Kalau tidak, bila lagi? Nak tunggu sampai bila kan? Anak makin membesar. Kalau setakat duduk dengan mertua saja tak pe lah kot. Ni dengan ipar duai, biras, anak saudara... anak-anak aku semua perempuan, sepupu dia tu lelaki. Memanglah sekarang ni tak rasa apa, sebab mereka tu budak-budak... Nak tunggu dah jadi anak dara sunti? Nak tunggu jadi benda tak seronok baru terhegeh-hegeh nak keluar?

Enough about that.

Macam mana boleh buka balik blog ni? Sebab tengah bosan melepek tak tahu nak buat apa, teringatkan blog yang kusam ni. Dah lah.. makin tua ni, makin tak seronok bercerita sebenarnya. Atau mungkin sebab dah tak ada cerita best dalam hidup kot. Rutin je memanjang. Pergi kerja, balik kerja. Jaga anak, gaduh dengan anak. Duduk dalam bilik buat hal sendiri. Nak share apa-apa pun, dah rasa tak teruja macam dulu. Rasa macam orang bodoh je share apa-apa yang bodoh... hahaha.. sebab itulah real Shahida. Love to share stupid things. But I'm getting older and wiser... kahkahkah

Adios for now..

Nanti ada mood nak share stupid story, aku share. Babai!

14 August 2015

Assalamualaikum...

Mukkadimah : Adoiya... setahun sekali update blog ke apa? Hahaha...

Btw, ada orang baca blog ni lagi ke? Atau senyap sunyi terus macam tuan dia? Hehe.. Apa-apa pun, kalau last entry which is almost a year ago saya introduced my loving daughter, my precious gem...Nur Syauqina Amani.. guess what.. today, I would like to introduce to the readers (if any) an additional to our small humble family...


 NUR SYAUQINA AIMY BINTI KHAIRUL IMRAN






Kakak dah besar... 



Alhamdulillah, Tuhan murahkan rezeki kami dengan anak-anak yang sihat dan comel. Kakak Amani pun dah besar, bijak pandai. Dah boleh ikut ibu sembahyang, dah boleh mengira 1-5, panjang akal, pandai merajuk, pandai main dengan adik... 

Yang lain, tak ada cerita sangat. Jujurnya, cerita tentang kehidupan saya sebagai guru tidak begitu menarik untuk dikongsikan. Maaf, tapi jauh beza sangat kehidupan di Sungai Besi berbanding Apin-Apin. Saya lebih produktif di Apin-Apin. Mungkin faktor status. Di Apin-Apin, masih solo..banyak masa untuk diri sendiri. Di Sungai Besi.. nah! Baru tiga tahun berkhidmat, sudah ada dua anak... LNPT pun merudum. Jangan mimpi nak ulang APC dalam masa 10-15 tahun nanti. 

Bukan alasan yang sengaja dicipta, tapi hakikatnya saya lebih banyak bagi tumpuan pada anak-anak. Betul-betul saya ikut apa yang saya cakap dulu, dah balik rumah tak ada kerja selain anak-anak. Totally forget about it... Tak bagus tapi... ada jugalah kekangan lain yang tidak dapat dinyatakan secara terbuka di sini.

Baiklah, tujuan utama saya buka balik blog ni sebab nak C&P quote kat atas tu. Nak salin balik dalam blog FROGVLE. 

Oh ya, hari ini Jumaat 14hb Ogos 2015 adalah hari terakhir saya bersenang lenang setelah 3 bulan berehat panjang. Penanda Aimy sudah berusia 3 bulan. Esok ada kursus, Lusa nak mula kerja... entah macam mana lah...

Adios
Wassalam.