Showing posts with label pedagogical.... Show all posts
Showing posts with label pedagogical.... Show all posts

Monday, April 11, 2011

HARI INI DALAM SEJARAH…

ASSALAMUALAIKUM… 

 

tajuk arini bukan untuk menimbulkan sebarang kontrolbesi yek… ambe cuma nak menghebahkan kepada semua bahawa hari ini telah berlaku satu perkara yang amat memberi kesan mendalam terhadap diri ambe sebagai seorang guru…

al-kisah bermulalah kisah…

pagi tadi ambe masuk la kelas 4 Arif untuk mengajar subjek BI, selang 5 minit selepas itu datanglah seorang makcik dengan 2 budak kecik masuk ke kelas dan mintak jumpa dengan anaknya, Osama, dan ambe pom memberikan kebenaran…

selepas mak si Osama ni dah abis bercakap dengan si anaknya ni, si ibu ni pom mula la bercakap dengan ambe… mula-mula dia tanya la perihal si Osama ni dalam kelas, nakal ker tak, kerja rumah disiapkan atau tak, dan ambe pom jawab la dengan jujur, kerja rumah la sering tak siap…

ambe ingatkan mak dia nak marah ker aper, pastu mak dier pom cakap kat ambe, mintak ambe tolong ajarkan anak dia ni, sebab dia pom tak berapa reti nak tolong anak dia kat rumah, jadi dia mengharapkan agar ambe (cikgu BI si Osama nih) dapat la mengajar anaknya… dan ayat yang paling menyentuh perasaan ambe…”cikgu buat la macam mana pom, nak rotan atau nak apa pom, asalkan jangan sampai patah kaki tangan udah, hehehe…

sekian, tamatlah al-kisah, hehehe…

rupa-rupanya masih lagi ada mak yang sayang anak dia macam orang zaman dulu kala, merelakan anaknya dirotan, agar anaknya mendapat ilmu dari seorang cikgu…selama ini ambe cuma mendengar tentang kisah itu, tapi hari ini ambe betul-betul mengalaminya…dan ambe amat bersyukur kerana mengalaminya…semoga lebih ramai ibu bapa yang berpikiran macam mak si Osama nih…

 

p/s:mula-mula ingatkan mak si Osama ni nak serang ambe, sebab sebelom ni dah berlaku kes serangan ke atas cikgu,heheheh….

Friday, February 4, 2011

PESANAN SEORANG CIKGU KEPADA SEORANG CIKGU

ASSALAMUALAIKUM… 

 

semalam (malam sebelum malam ini), ambe rasa terharu sangat…kenapa? sebab ambe dapat satu amanat atau pesanan dari seorang guru veteren yang sudah lama berkecimpung dalam bidang perguruan nih…

saper cikgu tu? cikgu tu merupakan Cikgu Imanshah…dengan blognya yang bertajuk HOK SENGOTI, dan taglinenya yang berbunyi INILAH SEKOLAH KEHIDUPAN…dan blog ni merupakan salah satu dari puluhan blog yang ambe wajib baca, hehehe…

pesanan beliau ialah…

jengjengjeng…hehehe

 

1.Berbaik-baik dengan guru-guru senior. (wajib)

2.Hormati mereka.

3.Jangan menolak kerja. Jangan banyak berdalih.

4.Jangan panas baran dengan murid-murid seperti cepat angkat tangan.

5.Jangan selalu membngkang arahan ketua.

6.Duit gaji gunakn perkara-perkara berfaedah. Jangan boros.

7.Hantar duit gaji kepada ibu bapa. Itu menambahkan keberkatan.

8.Anggaplah tugas mendidik ni satu amanah.

9.Buat kerja sendiri, jaga core bisness kita. Jangan campur hal orang (tapi jangan pulak tak bercmpur)

10.Istiqamah dalam kerjaya.

 

walaupom kiter nampak cam lekeh jek kan, tapi tip2 ni bukan mudah nak dapat…hanya melalui pengalaman jek kiter boleh tau pasal nih…

semoga ambe dapat melaksanakan pesanan yang diberi, terutama pesanan no 4 tu, hehehe…

sebab susah sikit nak ubah panas baran dengan murid-murid, panas baran dengan orang lain boleh jek kawal, hehehe….

dan sedikit kata-kata semangat untuk semua guru diluar sana…

orang kata gelaran cikgu ni akan disebut-sebut sampai bila-bila, tapi bagi ambe bukan gelaran yang ambe kejarkan, tapi keberkatan menjadi seorang guru yang ambe idamkan…

hahaha…ensem punya guru…

p/s:seorang guru harus berubah mengikut muridnya, bukan murid yang harus berubah mengikut guru…

GEJALA SOSIAL DAN KANAK-KANAK

ASSALAMUALAIKUM… 

 

hehehe…entri lewat malam nih…ingatkan taknak kuarkan entri malam ni, tapi selepas mengodek-godek isi enset ambe, ambe pom terjumpa la beberapa keping gambar, dan nak kongsikan la dengan kalian…

dan ambe ni bukan photographer yek(belom lagi,hehehe) dan kualiti gambar ambe pom tak berapa memuaskan la.

tapi bukan kualiti gambar yang ingin ambe kongsikan, tetapi maksud yang tersirat disebalik gambar itu…

tarra!!!

kanak tadika

dan taraaa!!!

tadika

ok..kalian dah tengok gambar kat atas? faham apa yang cuba ambe kongsikan?

ambe nak tunjuk mengenai kanak-kanak.

yer la, memandangkan ambe akan mengajar kanak-kanak berusia 7-12 tahun jadi ambe kena la mengenali kanak-kanak terlebih dahulu…kita semua pernah menjadi kanak-kanak kan, dan ambe rasa kebanyakkan dari kalian pasti bersetuju bahawa zaman kanak-kanak merupakan zaman yang paling menyeronokkan.

kanak-kanak merupakan golongan yang paling suka bermain…dan ada dikalangan ibu bapa yang tidak menyukai dengan perkara tersebut…harus difahami bahawa bermain itu juga merupakan salah satu bentuk pembelajaran dan sekiranya kanak-kanak ini dinafikan haknya untuk bermain, berkemungkinan kesan kepada kanak-kanak itu adalah buruk.

cuba kita lihat senario sekarang, kanak-kanak disekolah, mereka disogokkan dengan akademik yang terlalu banyak menyebabkan mereka kehilangan masa untuk bermain. kalian bayangkan sendiri, 7.30 pagi ke sekolah, 2 tengahari ke kelas fardu ain atau kelas tambahan, pulang ke rumah pada pukul 5 petang, berehat dan pada malamnya pula terpaksa menghadirkan diri ke tuisyen atau kelas malam. begitu juga pada hujung minggu, penuh dengan kelas-kelas…

cuba kita bayangkan diri kita sendiri ditempat mereka, tidakkah itu merupakan satu hidup yang cukup membosankan? mereka kehilangan waktu bermain, dan menyebabkan mereka memberontak untuk mendapatkannya. dan akan menjurus kepada gejala ponteng sekolah, dan seterusnya dapat menjerumuskan mereka ke gejala sosial yang lebih teruk seperti merempit dan bohsia…

jadi kepada semua, sama-samalah kita memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk mendapatkan apa yang perlu untuk mereka…berikan mereka keseronokan yang sepatutnya mereka dapat, keseronokan yang pernah kita rasai dahulu…

dan kita juga akan merasa seronok apabila mereka seronok…nak rasa seronok?

jom layan…

 

 

p/s:ambe sangat suker budak-budak,kerana diorang comel dan suci dari sebarang kekotoran dunia…

Monday, January 31, 2011

Tips Mengurangkan Tekanan

ASSALAMUALAIKUM… 

 

baiklah, memandangkan minggu depan ambe akan memasuki alam rumahtangga pekerjaan, jadi semestinya ambe akan mengalami tekanan kan…jadi selepas menyelongkar kembali isi perut laptop ni, ambe pom terjumpa la satu artikel berkenaan tekanan (dulu ambe memang hancus pasal tekanan nih) dan ambe nak la kongsikan dengan korang sumer…diharap agar tip ni bermanfaat la kepada korang kan…jadi selamat membaca…. 

 

Tip Mengurangkan Tekanan

Oleh : Ustazah Norihan Mohd. Noor

Pendahuluan
Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :


1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya

 

tahniah kepada korang yang berjaya menghabiskan pembacaan korang, hehehe…semoga apa yang korang baca ni, dapat korang amalkan…sebab bagi ambe, memang tip-tip ni membantu ambe la…jadi selamat beramal, hehehe…

p/s:kalu tak silap ambe, ni merupakan entri kedua terpanjang dalam blog nih, hehehe…

Monday, January 10, 2011

KOMIK SEBAGAI BUKU TEKS???

ASSALAMUALAIKUM…

 

kebanyakkan rumah di Malaysia pasti memiliki sekurang-kurangnya 1 naskah komik…dan ambe yakin mesti kebanyakan dari follower ambe ni pernah membaca komik kan…

apa pendapat korang tentang komik? satu bahan bacaan murahan atau picisan yang kurang bernilai? atau satu bahan bacaan yang bersifat negatif seperti mana yang sering diperkatakan oleh kebanyakan orang?

ambe sama sekali tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut, kerana bagi ambe komik ini mempunyai banyak kebaikan yang tersendiri…malahan komik juga boleh digunakan sebagai bahan bacaan permulaan bagi memupuk minat membaca di kalangan murid-murid sekolah sekarang.

tahukah korang bahawa Institut Terjemahan Negara Malaysia telah menyuarakan pandangan untuk menjadikan komik sebagai bahan bacaan tambahan disekolah? ambe amat bersetuju dengan cadangan ini, kerana jika kita melihat kepada pendidikan di negara maju seperti Jepun dan Korea, mereka meletakkan komik di tahap yang tinggi. malahan kebanyakan ilmu pengetahuan telah di komik kan seperti eksperimen sains dan penghasilan makanan.

dan adakah korang mengetahui bahawa komik hasil kartunis Datuk Lat telah dijadikan bacaan buku teks di Australia? dan disini dapat dilihat bahawa penggunaan komik mampu memberikan kesan yang baik kepada murid-murid.

telah menjadi fitrah kanak-kanak yang lebih minat kepada bacaan bergambar berbanding bacaan tulisan. dan kita seharusnya menggunakan kelebihan itu untuk memastikan bahawa ilmu pengetahuan dapat dimasukkan ke dalamnya. komik seperti Doraemon misalnya dapat menyemai nilai-nilai murni ke dalam pemikiran murid-murid. contoh lain pula seperti komik Yakitate Japan yang mengajarkan cara-cara penghasilan roti kepada pembacanya.

kesimpulannya kita sebagai ibu bapa dan guru harus memberikan sedikit kebebasan kepada kanak-kanak dalam menentukan bahan bacaan yang diminati kerana ia akan membawa kepada minat bacaan yang lebih tinggi.

diulas dari artikel dalam mingguan malaysia…

 klik untuk tumbesaran…

sumber google la…

 

p/s:bacalah komik,tak rugi pom…macam sahabat kiter nih…Awangku

Saturday, January 8, 2011

Menulis Di Blog Pendidikan

ASSALAMUALAIKUM…

 

baiklah….kali ni ambe nak berkongsi sikit mengenai satu blog pendidikan yang diperkenalkan oleh rakan guru ambe, iaitu cik lampu neon…dier menjemput ambe untuk menjadi sebahagian daripada warga penulis di blog Blog Pendidikan Raisingthesoftvolume…

ambe dah tengok blog nih, dan isi kandungannya amat menarik…membicarakan mengenai isu-isu semasa pendidikan, pedagogi baru pendidikan dan pelbagai informasi mengenai pendidikan…juga mengandungi nota-nota yang sesuai untuk bakal-bakal guru…

jadi ambe tak nak bercakap banyak lagi mengenai blog pendidikan nih…ambe rasa adalah lebih baik sekiranya korang berkunjung sendiri ke blog itu…dan ambe nak ingatkan lagi yek, yang ambe sekadar berkongsi, ambe tidak mempunyai kepentingan pom dalam blog tersebut…ambe nak join ni pom seikhlas hati ambe, kerana SHARING IS CARING…

jadi ambe nak tag 5 orang rakan ambe, yang maner merupakan guru…dan ini bukan satu paksaan, hanya jemputan…

cikgu duang

cikgu fakhri

cikgu jai

cikgu asmad

cikgu naen

jadi kepada yang telah ambe tag, tiada paksaan yek…seikhlas yang mungkin…klik kat banner tu, dan letak link korang kat dalam entri tu…

 

p/s: post esaimen boleh gak ker ek???

Monday, January 3, 2011

ASSALAMUALAIKUM CIKGU…

ASSALAMUALAIKUM…

 

3 Januari 2011…bermakna pada hari ini, persekolahan bermula…dan pagi tadi berkumandanglah ucapan Assalamualaikum Cikgu, Selamat Pagi Cikgu dan Terima Kasih Cikgu. ambe amat rindukan ucapan tersebut dari anak murid ambe. namun apalah daya ambe, kerana panggilan untuk penempatan belum dibuat…jadi terpaksalah ambe menyambung sesi fisioterapi ambe(goyang kaki,hehehe)…tapi itu semua sekadar mukaddimah, ambe bukan ingin bercerita mengenai kesedihan ambe, tapi mengenai cabaran cikgu tahun 2011 ini.

serentak di seluruh negara pada hari ini, seramai 457760 kanak-kanak tahun 1 memulakan sesi pembelajaran mereka di sekolah rendah masing-masing. dan cikgu-cikgu akan pening kepala dalam menangani perangai murid-murid yang pelbagai ini. dan sudah semestinya, bermula persekolahan ini, akan timbul pelbagai masalah sama ada baru atau lama seperti masalah beg berat, kekurangan buku teks, bayaran yuran dan sebagainya.

dan masalah yang paling ketara ialah kebanjiran murid baru dalam sesebuah sekolah itu. ini berlaku kerana kawasan penempatan yang padat dengan penduduk terpaksa berkongsi sebuah sekolah. ini akan mengakibatkan sekolah tersebut mengalami kebanjiran murid dan akhirnya akan ada murid yang terpaksa untuk mendaftar di sekolah yang berjauhan dengan rumah. ini akan menimbulkan masalah lain pula seperti masalah pengangkutan dan masalah keselamatan.

berbalik semula kepada kebanjiran murid tadi. kesan dari kebanjiran murid tadi akan mengakibatkan bilik darjah menjadi sesak. berapakah jumlah murid yang sesuai dalam sesebuah bilik darjah? murid yang boleh dikawal oleh cikgu? kebanyakan kelas mempunyai murid seramai 35 orang dan ke atas. ini akan menyebabkan keadaan kelas menjadi kurang kondusif dan seterusnya akan membawa kepada merudumnya prestasi akademik murid-murid.

bagaimanakah masalah ini boleh diatasi? pihak pemaju kawasan perlu menyediakan satu tapak khas untuk pembinaan sekolah. selain itu, ibu bapa juga perlu mengambil cakna mengenai kedudukan sekolah yang terletak di kawasan penempatan mereka. ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam mengatasi masalah kebanjiran murid ini. selain itu, pihak kementerian juga perlu memainkan peranan yang cukup penting untuk mengatasi masalah ini.

walau apa pun, kepada semua cikgu di luar sana, diharap agak kalian dapat menempuhi masalah ini dengan hati yang tabah dan mungkin kalian dapat menggunakan pendekatan baru untuk membantu mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih kondusif. sesungguhnya usaha kalian amat mulia dan TERIMA KASIH CIKGU!!!

RBT Batch Jan 2010...

cikgu-cikgu yang dah tak sabar nak mengajar…-duang lang punya…

p/s:panjang la plak entri kali nih…arap2 dibaca dengan penuh penghayatan,hehehe

Thursday, December 23, 2010

FALSAFAH @ FALSAMPAH?

ASSALAMUALAIKUM…

 

hehehe…tajuk yang panas…bukan ambe nak mengarut pasal dua perkataan tu, cuma nak berkongsi satu falsafah dengan korang…

dan falsafah ni ambe pegang dari tahun 2006, masa ambe wat PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) di Sekolah Kompleks Gong Badak…

falsafah ni sebenarnya berkaitan dengan profesion yang akan ambe ceburi taun depan, iaitu juruterbang pesawat pejuang guru @ cikgu @ pendidik…

falsampah falsafah itu berbunyi (jangan luper tinggikan volume speaker anda) sebegini…

GURU YANG BERJAYA, MAMPU MENJADIKAN ANAK MURIDNYA LEBIH PINTAR DARIPADANYA, DAN MURID YANG BIJAKSANA AKAN MENGAKUI KEBIJAKSANAAN GURUNYA… (ayat dulu lain, ni ayat ambe susun balik)

jadi berdasarkan falsafah nih, kiter dapat ketahui bahawa seorang guru yang berjaya @ baik,akan berusaha untuk memastikan bahawa anak-anak muridnya berjaya dalam pelajaran dan seterusnya dalam hidupnya, menjadi seorang insan yang berguna.

dalam masa mendidik muridnya dalam akademik, guru juga perlu mendidik akhlak murid itu. sekiranya guru mampu mendidik akhlak muridnya, secara automatik, frasa kedua dalam falsafah itu akan terjadi. murid yang terbentuk akhlaknya dengan baik akan menghormati gurunya, dan sentiasa menganggap bahawa gurunya adalah yang terbaik dan lebih baik daripada dirinya sendiri…

ambe bukan nak menyeru semua guru memegang falsafah ini, sekadar ingin berkongsi. ambe pasti guru-guru lain pasti memegang falsafah yang lebih hebat…dan bukan setakat guru, ambe percaya semua insan mempunyai falsafah mereka yang tersendiri…dan ambe berharap agar falsafah ambe ini akan ambe pegang, agar ambe dapat menjadi seorang guru yang berjaya…

P4150119sekadar gambar hiasan…(bukan dera ni yek) 

sekian…

 

p/s:korang ader falsafah?kongsi2 la…hehehe…

Saturday, December 18, 2010

GURU DAN MURID

ASSALAMUALAIKUM…

 

Guru yang bagus ialah guru yang belajar dari muridnya…

 

pernyataan di atas mungkin sekali menimbulkan kekeliruan di kalangan pembaca sekalian. Tugas seorang guru ialah untuk mengajar muridnya, jadi bagaimana pula seorang guru itu boleh belajar dari muridnya?

Biarlah saya menyelesaikan kekeliruan di benak fikiran pembaca sekalian. Apa yang boleh dipelajari oleh guru dari muridnya bukan tertumpu kepada akademik semata-mata, namun seseorang guru itu perlu mempelajari gaya pembelajaran murid-muridnya. Guru perlu menggunakan gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan muridnya, agar proses itu mampu berjalan dengan lebih lancar. Seseorang guru itu tidak boleh menggunakan pendekatan Syok Sendiri dalam mengajar, kerana ini akan mengakibatkan kebosanan melanda murid-muridnya. Justeru itu, guru itu perlu belajar daripada gaya pembelajaran muridnya.

Selain itu, guru juga boleh belajar ilmu-ilmu daripada murid. Sebagai contohnya, seseorang murid itu mungkin mempunyai cara penyelesaian masalah yang lebih elok daripada yang diajarkan oleh guru, dan guru seharusnya mempelajari cara penyelesaian itu, dan bukannya menafikan cara penyelesaian itu. Ini kerana maruah seseorang guru tidak akan tercalar semata-mata mempelajari sesuatu dari muridnya. Sekiranya guru itu merasakan maruahnya boleh tercalar daripada mempelajari sesuatu dari muridnya, maka seseorang guru itu mempertingkatkan tahap pedagogi dan ilmu pengetahuannya.

Guru yang baik juga boleh mempelajari keunikan yang terdapat pada setiap murid. setiap murid adalah berbeza dan setiap perbezaan itu adalah unik. Sekiranya seseorang guru itu mampu mempelajari keunikan pada setiap orang murid, maka guru itu adalah guru yang bagus. Ini kerana secara tidak langsung, guru itu akan lebih memahami akan perwatakan murid itu, dah akan memudahkan guru untuk membentuk murid itu menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

 DSC08237

sekadar gambar hiasan…

 

p/s:adakah seorang guru sanggup belajar dari muridnya?

Wednesday, December 15, 2010

GURU DAN DOKTOR

ASSALAMUALAIKUM…

Apakah persamaan yang terdapat pada seorang guru dan doktor? Soalan ini mungkin agak mengelirukan, kerana mungkin pada hemat fikiran anda sekalian, tiada persamaan antara guru dan doktor, melainkan perbezaan semata-mata…

Izinkan saya menyangkal pemikiran anda sekalian, kerana terdapat 2 persamaan yang gagal difikirkan oleh anda sekalian (atau mungkin terdapat yang telah memikirkannya)… Persamaan tersebut ialah guru dan doktor masing-masing berhadapan dengan klien yang terdiri daripada manusia ataupun insan. Persamaan yang kedua pula ialah guru dan doktor masing-masing akan memusnahkan klien mereka sekiranya mereka gagal dalam tugas yang telah diamanahkan kepada mereka…

Persamaan kedua itu mungkin sekali telah menimbulkan perasaan ngeri terhadap pembaca sekalian, dan mungkin sekali anda tertanya-tanya, siapakah yang lebih berbahaya, lebih memusnahkan dan jawapan saya untuk pertanyaan anda itu ialah seorang guru…(sila lihat gambar di bawah untuk pemahaman yang lebih jelas)

25733_105174039505466_100000386116563_130783_3146224_n

Jelas sekali dapat dilihat bahawa profesion perguruan ini merupakan satu profesion yang sangat berbahaya, malahan bagi saya, jauh lebih berbahaya daripada pengebom berani mati. Kenapa saya berani menyatakan pendapat sekalian? Kerana pengebom berani mati hanya akan memusnahkan insan di sekelilingnya, dan seorang guru pula akan memusnahkan keseluruhan generasi insan yang diajarnya.

Namun begitu, kenapa saya sanggup mengambil risiko dan menjejakkan kaki saya ke dalam arena perguruan? Ini kerana saya telah melihat bahawa guru saya telah mengambil risiko yang sama untuk mendidik saya dan membantu saya untuk membina generasi saya, dan saya akan mengikut jejak itu, untuk membantu insan lain membina generasi masing-masing.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua guru dan bakal guru yang telah berikrar untuk mengambil risiko ini, agar kita bersama-sama membina generasi baru dan bukan memusnahkan generasi ini…
Sekian, terima kasih…

p/s: dah macam ucapan menteri pendidikan la pulak,hehehe…ader gaya tak?

Thursday, November 25, 2010

Apa itu Disleksia???

ASSALAMUALAIKUM…

 

pernah tak kokrang dengar perkataan DISLEKSIA? apa bayangan pertama korang dapat biler dengar perkataan disleksia nih? kabur2 atau tak der bayangan langsung?

baiklah, meh ambe citer sikit pasal disleksia… nih sebab ambe sendiri ader blaja gak pasal disleksia, dan ambe nak berkongsi la sikit pengetahuan dengan korang sumer… mula2 skali, disleksia nih bukan kecacatan yek… jadi saper2 yang pikir disleksia nih satu kecacatan, sila ubah pemikiran anda… disleksia ni merupakan satu gangguan dalam pembelajaran. biasanya gangguan yang dialami merangkumi gangguan dalam membaca, menulis, mengeja dan mengira. gangguan ni juga boleh diatasi menerusi kaedah pengajaran yang istimewa. dan sudah tentu oleh guru yang istimewa, guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang Pendidikan Khas…

disleksia nih boleh dikesan sejak dari zaman jahiliah prasekolah/tadika lagi… caranya senang jek, kalu kanak2 tu tak boleh membaca atau mengenal abjad walaupom dah setahun belajar, budak tu perlu diberi kaedah lain… dan sudah tentu mak ayahnyer perlu memberi perhatian dan tindakan sewajarnya… jangan plak biler dapat anak macam nih, menyalahkan anak tu bodoh atau sebagainya… dan yang lebih teruk boleh menyebabkan keretakan dalam rumah tangga(yer la,saling salah menyalahkan antara mak & ayah).

sekarang nih dah ader Persatuan Disleksia Malaysia yang membantu kanak2 disleksia nih untuk pulih dari gangguan pembelajaran nih… jadi kepada mak ayah kat luar sana, kalu dapat anak disleksia nih, jangan la terus putus asa, kerana disleksia nih boleh diatasi… dan untuk pengetahuan korang gak, Leonardo Da Vinci yang terkenal tu pom disleksia gak…

apa2 pom, ambe berharap pengetahuan yang sikit nih boleh membantu… a small gift for a big change…

sumber

DSC00211 ni bukan budak disleksia yek, cuma anak murid ambe…(rindunyer kat diorg)

 

p/s: bukan senang nak membentuk seorang kanak2 menjadi seorang manusia…

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

my felling today...


mAke nO seNSe , bUT LeT mAkE cHaNGe...