Rumah Sakeenah Johor

Pusat Aktiviti Wanita dan Keluarga

Lawatan dan Sumbangan dari Pelajar MARSAH

24 Ramadan 1432 H. Ramadan menunggu saat untuk melabuhkan tirainya. Peluang menggandakan amalan di sepuluh malam (hari) terakhir ramadan digunakan sebaiknya oleh umat Islam. Peluang ini juga telah dimanfaatkan oleh sekumpulan pelajar-pelajar dari Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) untuk memberi sumbangan dan mengadakan lawatan ke Raudhatus Sakinah Johor. Rombongan ini terdiri daripada:


Kakitangan MARSAH (Bahagian Hal Ehwal Pelajar)

1. En. Mohd Fadzly Bin Fatkhorrahman (Pegawai Hal Ehwal Pelajar)
2. EN. Mohammad Faiz Bin Mastam (Pem. Tadbir)
3. En. Mohd Shafidin Bin Salleh (Pemandu)

dan juga ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa MARSAH (MPMM)

1. Mohd Firdaus Bin Rashid (YDP)
2. Mohd Firdaus Bin Ismail (Exco Akademik & Pendidikan)
3. Mohd Azamudin Bin Zainal (Exco Dakwah & Kepimpinan)
4. Shafizal Bin Jamal (Exco Penerbitan & Informasi)
5. Nor Azlin Binti Hassan (Timbalan YDP)
6. Nazatul Haya Binti Mohd Taman (Bendahari Agung)
7. Nurul Nadhira Binti Saadon (Timbalan Bendahari Agung)
8. Raja Nurul Ain Binti Raja Nazol Azhar (Exco Dakwah & Kepimpinan)
9. Nur Najiha Binti Abd Ghafar (Exco Kesenian, Kebudayaan & Sukan)
10. Miss Sufainee Masu ( Exco Kebajikan & Penempatan)

Seawal jam 3 petang rombongan ini telah sampai di Raudhatus Sakinah dengan membawa bersama sumbangan wang tunai berjumlah RM570.45




Kemudian para pelajar ini mengadakan aktiviti berbentuk indoor game bagi menyantuni para pelatih di Raudhatus Sakinah sebelum bergerak pulang pada jam 6 petang. Terimakasih kepada rombongan MARSAH. Semuga Allah mengganjari segala usaha yang telah dilakukan.





Sumbangan dari AmanahRaya Trustees Berhad


Bulan Ramadhan al-Mubarak ini telah membawa tuah kepada tiga buah rumah amal yang banyak berbakti di Daerah Johor Bahru apabila masing-masing menerima sumbangan sebanyak RM7781.70 daripada AmanahRaya Trustees Berhad. Rumah-rumah tersebut ialah Raudhatus Sakinah Johor iaitu sebuah rumah bimbingan remaja puteri, Rumah Barkat yang menempati anak-anak yatim, dan Baitul Maghfirah, sebuah pusat perlindungan mereka yang tidak bernasib baik berusia 2 tahun di Teluk Danga.





Satu majlis serba sederhana bagi menyampaikan sumbangan tersebut telah diadakan di Raudhatus Sakinah Johor di Kempas pada petang 19 Ogos 2011, yang dihadiri oleh delegasi daripada AmanahRaya Trustees yang datang dari Kuala Lumpur yang diketuai oleh Encik Zainuddin, Puan Salmah dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru, wakil ketiga-tiga rumah amal tersebut, serta para pelatih Raudhatus Sakinah sendiri.








Di dalam ucapan aluannya selaku tuan rumah majlis, Puan Sumilah Marto, Pengerusi Raudhatus Sakinah Johor telah memberikan penyampaian mengenai Raudhatus Sakinah dan aktivitinya. Beliau juga mengambil kesempatan memaklumkan penstrukturan semula penanggungjawaban Raudhatus Sakinah daripada Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) sebelum ini kepada Jawatankuasa Khidmat Masyarakat Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), serta memperkenalkan kedua-dua Yang Dipertua IKRAM Johor, Prof Dr Arshad Ahmad, dan Yang Dipertua JIM Johor, Prof Madya Ainullotfi Abdul Latif, yang turut hadir bersama.








Wakil Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru, Puan Salmah, mengalu-alukan sumbangan daripada pihak korporat bagi membantu badan-badan kebajikan. Seterusnya di dalam ucapannya pula, Encik Zainuddin daripada Amanahraya Trustees Berhad memberikan sedikit penerangan mengenai Amanahraya Trustees Berhad dan syarikat induknya Amanah Raya Berhad, yang sebenarnya dipunyai oleh Kerajaan Malaysia melalui Minister of Finance Incorporated. Menurut beliau memang sebahagian besar daripada keuntungan syarikatnya akan disalorkan kepada badan-badan kebajikan setiap tahun, dan pada tahun ini mereka telah memilih untuk menyumbang di Daerah Johor Bahru.








Selepas upacara penyampaian “mock cheque” oleh Encik Zainuddin kepada wakil ketiga-tiga rumah amal, para hadirin telah disajikan dengan montaj pendek mengenai Raudhatus Sakinah Johor, dengan klip-klip yang cukup mengharukan mengenai aktiviti dan kehidupan para pelatih di situ. Kemudiannya para tetamu juga dibawa melawat melihat sekeliling rumah tersebut, termasuk melihat dua orang bayi yang baru dilahirkan.









Sementara menantikan waktu berbuka, suatu majlis tahlil telah dilaksanakan dipimpin oleh Ustaz Mohd Sabree, yang diikuti oleh tazkirah ringkas Prof Dr Arshad Ahmad, Yang Dipertua IKRAM Johor, yang menekankan supaya kita melakukan amalan soleh secara berterusan walaupun sedikit.

















Majlis ringkas tersebut ditutup dengan berbuka puasa, solat Maghrib berjamaah dan makan malam bersama, menikmati juadah nasi kerabu istimewa yang disediakan oleh Pengurus dan para pelatih Raudhatus Sakinah Johor.