.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Monday, December 28, 2009

Bertandang ke Baling

Salam,

Kami rombongan pengantin perempuan bertandang ke Baling, Kedah, rumah Ust Hafizzudin. Meriah! Itu yang boleh digambarkan. Juadah pun sedap-sedap dan pelbagai jenis. Majlis sambut menantu habis habisan nampaknya :)


Selamat Pengantin Baru

Berkumpul di Masjid Ihsaniah Kupang. Berseri-seri pengantin lelaki menerima ketibaan pengantin perempuan!

Suasana di rumah pengantin lelaki yang amat meriah. Ramai orang sungguh. Rumah Tok Imam la katakan! Juadah pun istimewa. Untuk kami sekeluarga ada seekor Ikan Siakap Masam Manis dan Kerabu Perut selain juadah biasa setiap meja. Meja saya. suami dan anak2, licin bersih ikan tu.

Dengan Mak Abah

Gelagat Isyraf yang ceria main pedang dengan bunga manggar. Si comel umi yang semakin lasak.

Sungai Klah Hot Spring Resort, Sungkai, Perak. Kolam air panas 30 darjah celcius. Segar rasanya. Berkelah di pagi Ahad sebelum pulang ke Shah Alam.

Dalam tram mengelilingi Klah Resort

Semua tak sabar nak mandi (sebab bangun tidur, tak mandi-mandi)


Harapnya, akan datang dapat sewa villa ni dan nikmati jakuzi secara privasi bersama keluarga.

Wasalam.

Tima Kacih

Salam,

Terima kasih buat adik-adik bakal Doktor di Irbid, Jordan yang sudi memberi maklum balas tentang Anencephaly.

Semoga hasil dari penerangan mereka, para ibu dan bakal-bakal ibu dapat mengambil iktibar dan pengajaran darinya.

Semoga Allah berkati ilmu-ilmu kalian sebagai sumbangan kepada Ummah.

Wasalam.

Thursday, December 24, 2009

Anencephaly

Salam,

The anterosuperior view of the head of an anencephalic newborn

A front view of an anencephalic fetus

Saya menerima email dari Abi memberitahu tentang seorang sahabat kami yang bayi ketiganya yang baru berusia 1 minggu (tak pasti) telah kembali ke Rahmatullah pada 1 Muharam 1431 lalu kerana Anencephaly (Bayi tanpa tempurung kepala).

Sahabat itu menyatakan kemungkinan anencephaly itu adalah kerana kekurangan Folic Acid.

Abi menasihati saya supaya mengambil iktibar dari peristiwa ini.

Saya terkedu lalu terus berlari menuju ke kereta untuk mengambil Folic Acid yang telah Doktor bekalkan pada saya sambil berdoa kepada Allah, memohon ampun jika terdapat kelalaian saya dalam menjaga amanah yang ditiupkan di dalam rahim saya ini serta memohon kandungan saya ini dilindungiNya.

Sahabat saya itu amat tabah dan redha. Kata mereka, semoga puteri mereka itu akan membantu mereka di akhirat kelak. Ameen.

Al Fatihah. Takziah saya ucapkan pada mereka dan tahniah kerana sungguh tabah menghadapi dugaan ini.

Saya segera meng'google' mencari maklumat tentang anencephaly ini. Gambar di atas di ambil dari wikipedia. Saya sebenarnya tak sanggup melihat gambar tersebut.

Di harap, para Doktor yang ada mengunjungi laman saya ini dapat menjelaskan dengan bahasa yang mudah kepada "layman" seperti kami tentang anencephaly ini agar dapat mendidik para ibu dan bakal ibu yang lain juga.

Berulang kali saya membaca penerangan di wikipedia, barulah faham sedikit sebanyak namun itu terganggu dengan istilah-istilah perubatan.

Antara soalan saya :-

1. Apa kaitan anencephaly dengan folic acids?

2. Di usia kandungan berapa bulan anencephaly boleh di kesan?

3. Si ibu boleh merasai @ mengalami sebarang tanda sekiranya janin mempunyai masalah?

4. Kalau merujuk kepada Kod Etika Perubatan Islam, bukan ke :-

Dijawab oleh Sheikh `Abd al-Rahmân al-Jar`î, Professor di King Khâlid University, Abhâ

Jika ia sudah disahkan oleh sepasukan doktor yang pakar dengan bersandarkan asas keputusan ujian makmal dan klinikal bahawa janin (fetus) itu tidak normal, terjejas teruk, tidak dapat dirawat, dan andainya dia lahir diyakini dia akan menderita sepanjang hidup dan juga menyebabkan kesulitan kepada keluarganya, maka bayi itu boleh digugurkan sebelum berumur empat bulan (120 hari).

Ianya terletak kepada tanggungjawab bagi mereka yang berhak seperti doktor dan ibu bapanya untuk menentukan hal tersebut.

Ini adalah kesimpulan dari fatwa yang dikeluarkan oleh Komiti Perundangan Islam, Liga Muslim Sedunia dalam perjumpaan sesi ke-12 pada 15 Rejab 1410 H, oleh pandangan pendapat majoriti.

Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.

Sumber: dialihbahasa dari Arkib Fatwa, http://islamtoday.com

Jadi pendapat saya, pihak Doktor boleh di peringkat awal lagi menasihati ibu bapa tentang pilihan yang ada.

Sekadar mengharapkan perkongsian ilmu dan manfaat dari yang alim tentang perkara ini.

Allah berkati kepada yang sudi membantu.

Wasalam.

Tuesday, December 22, 2009

Nak baby girl @ boy?

Salam,

Abi nak anak girl

Insyirah nak adik girl

Abang Amir nak adik boy

Abang Isyraf pula tak kisah :)

Ni petua orang dahulu kala terutamanya bidan2 kampung yang biasanya meramalkan atau meneka berdasarkan apa yg mereka lihat pada perut si ibu dan juga kelakuannya sewaktu hamil.

Tapi pada hakikatnya dari segi ketepatan sukar bagi kita mengetahui jantina janin sebelum ianya dilahirkan, malah para doktor pun tidak dapat menentukannya dengan tepat. Namun dengan kaedah moden perubatan melalui ultrasound, jantina boleh dilihat dan dikesan. Melalui ultrasound 3D juga wajah mulus si kecil boleh dilihat.

Namun adakalanya, walaupun di scan dan di perlihatkan jantina, apabila kelahiran, ia berbeza.

Maka, jelaslah bahawa jantina seorang janin juga adalah di bawah pengaturan dan kehendak Allah S.W.T. Hanya Dia yang Maha Mengetahui. Tiada yang mustahil bagi Allah yang Maha Berkuasa.

Antara petua orang tua-tua :-

1) Melihat puting tetek abang atau kakaknya : Jika abang atau kakak janin yg dikandung mempunyai puting tetek yg terbelah, maka janin yg dikandung adalah perempuan. Jika puting itu panjang, jantina janin ialah lelaki.

Jawapan saya : Malam tadi tengok Isyraf "punya", macam mana yang dikatakan terbelah atau panjang sebab Isyraf "punya" masih kecil dan comel lagi. Insyirah dan Abang Amir "punya" tak tengok lagi malam tadi. Kesimpulan saya apabila melihat Isyraf "punya", boleh dikategorikan yang terbelah. Maka, perempuan la yer. Insya Allah, Ameen ...

2) Melihat arah tidur : Semasa hamil jika isteri sering tidur mengiring ke kanan, anak yg dikandung adalah lelaki dan jika lebih ke sebelah kiri anak perempuan.

Jawapan saya : Sepanjang mengandungkan Isyraf, saya tidur memang mengiring ke kiri. Tak pula mengiring ke kanan. Jadi, hakikatnya ia adalah ketentuan Allah. Mungkin petua ini terbalik untuk saya. Rasanya kali ini saya sering tidur mengiring ke kanan. Ini disebabkan juga Isyraf yang "aktif" menyusu di sebelah kanan. Doa saya, Allah kurniakan saya seorang anak perempuan yang sihat dan solehah. Ameen.

3) Melihat arah berat perut : Jika perut isteri yang hamil berat ke kanan maka jantina anak itu adalah lelaki, jika berat ke kiri itu anak perempuan.

Jawapan saya : Di usia kandungan 12 minggu ini, perut saya belum membesar lagi, jadi ia belum berat lagi. Jawapan untuk petua ini ditangguh apabila kandungan saya sudah membesar dengan sihat. Ya Allah, lindungilah zuriat di dalam kandungan ku ini. Ameen.

4) Melihat garisan pada perut : Ada yang mempetuakan agar melihat pada garisan menegak dari tundun ke dada ibu tersebut, jika garisan itu terang dan tidak putus2 maka anak yg dikandung adalah lelaki. Jika terputus maka anak perempuan.

Jawapan saya : Garisan menegak di perut saya amat jelas dan tidak putus2 ketika mengandungkan Isyraf. Untuk yang ke 4 ini, Insya Allah, garisan belum timbul lagi.

5) Melihat bentuk perut : Satu petua, jika perut ibu kelihatan tajam maka anak yg di dalam kandungan adalah lelaki. Jika perut bulat bundar, itu kemungkinan anak perempuan.

Jawapan saya : Ketika mengandungkan Isyraf, perut saya tajam ke hadapan. Yang sekarang ini belum besar-besar lagi. :)

6) Melihat perangai : Sekiranya semasa hamil ibu banyak bersolek dan bergaya, maka anak dalam kandungan adalah seorang perempuan, jika tidak maka anak itu adalah lelaki.

Jawapan saya : Ini yang paling sukar, ketika mengandungkan Isyraf saya hanya tumpukan pengajian Master Law saya. Jadi, saya hanya ke kuliah, library dan menyiapkan tesis. Tidak ke mana-mana. Saya memang tak suka bersolek dan bergaya (lagi pun hukum Islam pun dah tetapkan, berhias untuk suami sahaja :). Cumanya, untuk kandungan ke 4 ini, saya tak suka bau yang wangi dari sumber apa sahaja, bedak @ minyak wangi @ sabun basuh @ pewangi baju. Saya tak suka pakai baju yang cantik2 dan baru2. Kalau boleh nak ulang baju yang lama2 dengan tudung yang sama aje sepanjang minggu. Tapi kali ini saya semakin rajin nak ke dapur. Kalau sebelum ini rajin tahap biasa ajer, tapi kali ini rajin tahap luar biasa. Suka bau dapur! Kalau berdasarkan petua, semacam bawaan anak lelaki.

Namun saya lebih percaya ketentuan dan kuasa Allah. Saya inginkan seorang PUTERI ke 2 yang solehah dan sihat. Hanya doa saya panjatkan kepada Allah setiap saat. Doakan yer! Namun begitu saya tetap redha dengan setiap kurnian Allah kerana itu pasti YANG TERBAIK DARINYA.

Wallahua’lam….

Iklan Jawatan Kosong


Iklan Temuduga terbuka untuk 3 jawatan utama ...

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan gred A):

1. Nikmat kubur
2. Perlindungan di Padang Mahsyar
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat
4. Syurga yang kekal abadi

TARIKH TEMUDUGA :

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA :

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN :

Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil saham, termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang, mata kacang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa tanah berekar, wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Anda tidak perlu bawa sebarang surat sokongan jawatan dari mana-mana Menteri atau Dato'.

Sila bawa dokumen asal iaitu :

Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan serta doa-doa anak-anak anda yang soleh solehah sebagai surat sokongan.

PANEL / PENEMUDUGA :

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR :

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON :

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI :

Hadis diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W :

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya."

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : Dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : Dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : Dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : Di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu.

Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami>tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Segera sebelum tawaran ini datang kepada anda ...

Monday, December 14, 2009

Mahfuzah & Hafizuddin

Salam,

Tahniah dari Kak Yana, Bangcik, Insyirah, Abang Amir dan Abang Isyraf buat Mak Teh dan Pak Teh yang selamat diijabkabulkan pada Sabtu lalu, 12.12.2009.

Kami doakan semoga Mak Teh dan Pak Teh menjadi pasangan yang soleh solehah dan dikurniakan zuriat yang soleh solehah jua.

Mama (berbaju biru) pun sertai rewang. Tima kasih.

Ayah juga sertai rewang. Tima kasih


Sup Gear Box untuk makan malam sebelum kenduri. Kegemaran beliau yang penuh kolestrol.

Insyirah dengan Mak Teh dan Mak Long

Majlis Akad Nikah selesai. Alhamdulillah. Sarung cincin pula.

Semoga mahligai perkahwinan kalian dirahmati Allah sehingga ke akhirnya.


Mak Chak Kedah dan anak-anaknya


Ayah, Mama & Nazmi di hari kenduri. Ayah kata, macam kenduri dalam taman, (tapi dusun sebenarnya) :)

Pengantin sampai dah

Pak Chak dan Acu yang sentiasa tersenyum dan ceria

Kenduri pihak lelaki di Kampung Simpang Charok Kangar, 09200 Kupang, Kedah Darul Aman pada Sabtu, 19 Disember 2009.

Hantaran dari pihak pengantin perempuan.

Hantaran dari pihak pengantin lelaki.

Dengan Ayahanda dan Bonda, bekas Atase Pendidikan di Jordan

Mak Ngah Perak sekeluarga

Mak Su Perak dan anak-anak.

Abi, Isyraf dan Embah Wedok

Abi, Abang Uji dan Abang Chak

Terima kasih atas kesudian para hadirin hadirat. Juga kepada saudara mara dan sepupu sepapat atas bantuan yang diberikan. Majlis ini sebenarnya telah mengeratkan lagi hubungan persaudaraan kita semua.

Kita doakan semoga pasangan pengantin kekal bahagia dalam iman dan taqwa sehingga ke akhir hayat.

Wasalam.

Wednesday, December 9, 2009

Aidiladha 1430H

Salam,

Baru terluang nak abadikan kenangan Aidiladha 1430H. Dan ucapan TAHNIAH juga kepada Kak Ina, Ust Mujahid, Ust Sagol, Cheawahkuhai, Kak Yus dan suami selepas menjalani ibadah Haji 1430H melalui Jordan. Semogo Allah berkati amal ibadah kalian dan dikurniakan haji yang mabrur.

Terkenang kenangan menjalani ibadah Haji 1428H yang lalu bersama suami tersayang yang perjalanan ke tanah suci itu melalui Jordan juga. Namun mungkin pengalaman kami berdua pasti tidak seperti sahabat-sahabat yang lain. Apapun, semoga Allah menerima ibadah Haji kita semua sebagai melengkapkan Rukun Islam yang ke 5.

Aidiladha 1430H kali ini masih meriah walaupun tiada Uwan disisi kami. 2 ekor lembu tetap tumbang dijadikan korban. :) Namun, dalam keadaan saya yang "berkongsi jasad", agak kelelahan juga memasak dari pagi hingga ke malam.

Insyirah dan Abang Amir amat gembira dan teruja melihat "pengorbanan" 2 ekor lembu. Macam-macam soalan yang dikemukakan. Maka, cara yang paling mudah untuk memahamkan mereka ialah menceritakan sirah Nabi Ibrahim dan anak baginda, Nabi Ismail kepada Insyirah dan Abang Amir. Barula mereka faham mengapa 2 ekor lembu itu menjadi korban. :)

Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ini jika dihayati akan meletakkan kita di atas neraca pertimbangan keimanan dan takat ketaatan kita kepada Allah SWT. Setakat mana pengorbanan kita kepada Allah untuk membuktikan ketaatan dan keimanan kita kepada Allah?

Hakikatnya, REDHA adalah PENGORBANAN. Redha dengan ketentuan Allah sama ada yang baik atau tidak baik menunjukkan sedikit sebanyak pengorbanan seorang hamba kepada Allah SWT.

Ada kisah disebalik redha dan pengorbanan yang saya nak kongsi, namun belum tiba masanya. Perasaan untuk berkongsi masih belum timbul dari hati saya. Hanya DENGAN RAHMAT ALLAH, saya berharap segalanya adalah yang terbaik untuk saya. Ameen ...

Pagi Aidiladha di Teratak Uwan, Jeram, Selangor

Abang Amir dan Uda Ansari

"Jatuh dah lembu tue"

Korban pertama

Korban kedua

Sesi siat menyiat

Bos-bos hanya tengok dari jauh aje :). Zaman tumbang menumbang ketika muda dah berlalu.

Ala cayang-cayang


Wajah kepenatan selepas berjaya menumbangkan 2 ekor lembu


Ekor untuk sup ekor :)

Sesi melapah dan mengumpul "Gear Box"


Sesi pembahagian, Mama sebagai ketua

Gear Box habis dahulu ditangan beliau sebelum sempat di hidang :)



Wasalam.

Tuesday, December 8, 2009

Harga Seorang Isteri

Email dari Abi yang ...

Hargailah isteri mu ...

Mulianya seorang isteri disisi Allah ...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka ......

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan ... jadi 'kilang' manusia ...
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh ...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak ... jangan takut "kendur" atau menggelebeh pulak...

Si suami pulak, jangan la berebut dengan anak untuk menyusu pulak ...
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Tapi bila dah habis cuti tu ... layanlah suami ... "offer" lah pada suami,
Nabi bersabda : Berjimak dgn isteri itu pahala ... jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak ... ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih...

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya....

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran seksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah... ganjaran Alah ke atasnya jua. .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan
di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki.
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10

Sekadar peringatan buat yang bergelar isteri dan bakal-bakal isteri.

Wasalam.

Sunday, November 22, 2009

Insyirah @ Kem Smart Hafiz

Salam,

Alhamdulillah, Insyirah selamat pulang ke pangkuan saya. Dia kelihatan sihat dan ceria, namun agak keletihan. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru Restu Kids, fasilitator yang bertugas serta pihak penganjur yang sabar menghadapi kerenah anak saya, "peserta paling ceria". Selain Insyirah, Maisarah dan Hannah juga adalah peserta termuda iaitu berusia 6 tahun dari Restu Kids. Selainnya, dari serata Malaysia. Tugas mereka bertiga ini ialah menceriakan suasana kerana "suka sangat bergelak ketawa".

Saya berharap program-program seperti ini dapat dianjurkan lagi di masa hadapan. Cumanya Insyirah agak sedih kerana Abinya tiada bersama. Abi pun sedang berkursus BTN di Penang.

Saya pasti semua ibu bapa bangga dengan anak masing-masing. Setiap anak itu ada kelebihan dan kekurangannya, maka sebagai ibu bapa, kita lah yang perlu menghargai setiap kelebihan dengan memberi mereka semangat dan dorongan selain memperbaiki setiap kekurangan anak itu sebaik mungkin.

Jadi janganlah anak-anak kita dibandingkan dengan kawan-kawannya yang lain kerana ini pasti mengguris hati mereka. Bersyukurlah kita dengan zuriat yang telah Allah kurniakan pada kita. Matlamat kita sepatutnya mendidik mereka menuju ke jalan yang diredhai Allah.

Sebagai ibu bapa kita hendaklah berusaha mendidik anak-anak supaya mempunyai jati diri Al Quran. Natijahnya adalah dari Allah. Dengan usaha dan doa, Insya Allah anak-anak kita akan berjaya, namun bukan berjaya untuk mendabik dada dan menongkah dunia, tetapi berjaya sebagai hamba Allah yang beriman cemerlang, bertaqwa gemilang dan berakhlak terbilang :)

Sebagai ibu bapa, rasa kasih sayang itu bukan pada hanya anak-anak kita tetapi pada anak-anak insan lain supaya natijahnya, anak-anak kita juga di kasihi di sayangi oleh insan-insan yang lain. Begitulah timbal baliknya.

Insyirah sedih untuk berpisah dengan Maisarah termasuk dengan para guru Restu Kids beliau. Namun, setiap yang bertemu pasti akan berpisah. Itu lumrah dunia.

Hasil dari Kem Smart Hafiz selama 3 hari 2 malam ini, Alhamdulillah Insyirah berjaya menghafaz :-

- Surah Al Baqarah ayat 201
- Surah Al Imran ayat 8
- Surah Al Qashash ayat 16
- Surah Al Kahfi ayat 10
- Surah Al An'am ayat 162
- Surah Ar Rahman ayat 1 hingga 5
- Surah Toha ayat 25 - 28
- Surah Al Baqarah ayat 255
- Surah Al Baqarah ayat 284 - 286
- Surah Ibrahim ayat 40 dan 41

Alhamdulillah, walaupun tidak sebanyak anak-anak dewasa yang lain, namun saya bersyukur dan bangga dengan keupayaan beliau walaupun masih kecil, dengan masa yang padat, sesi menghafaz yang ketat dan semangat beliau, beliau mampu untuk melalui motivasi luar yang pertama dalam hidup beliau.

Insya Allah, semoga akan datang, Allah membuka hati dan minda Insyirah untuk terus menghafaz Al Quran dan ayat-ayat Allah itu terpahat di dada dengan setiap degup jantung beliau dan bergerak sealiran dengan darah yang mengalir di badan beliau. Itu harapan seorang saya seorang ibu, namun ketentuan yang terbaik adalah dari Allah.

Yang paling saya terharu ialah Insyirah dijemput untuk menyanyikan Nasyid Ummi bersama Kumpulan Gema Restu. Air mata saya mengalir lagi. Cumanya apabila Pengerusi Majlis memberitahu bahawa ini adalah kali terakhir mereka akan mendengar suara Insyirah mengalunkan Nasyid Ummi bersama Gema Restu kerana Insyirah akan "berhijrah", saya ingin menyatakan Insya Allah kita akan bertemu lagi pada masa akan datang.

Klip persembahan Insyirah akan saya lampirkan selepas ini kerana klip persembahan di Majlis At Takhrij hari tu pun saya belum letakkan lagi kerana masih menanti VCD rakaman oleh Yayasan Restu.

Melalui blog ini, para guru Restu Kids dan petugas-petugas di Yayasan Restu boleh mengikuti perkembangan kami sekeluarga di mana jua kami berada. Jadi, kita masih boleh berhubung dan saya Insya Allah akan memberi sokongan yang semampunya usaha-usaha Restu Kids dan Yayasan Restu dalam memartabatkan Al Quran.

Gambar-gambar di bawah sebagai kenangan buat semua. Di harap jika para fasilitator mempunyai koleksi gambar-gambar menarik sepanjang 3 hari 2 malam di Kem Smart Hafiz ini, dapat emailkan kepada saya.

Semoga usaha-usaha ini diberkati Allah dan kita semua beroleh manfaat untuk dimanfaatkan bersama.


Sijil Penyertaan Kem Smart Hafiz 2009

"Aku burung, burung tiung berbunyi. Sungguh riang di sangkar ku ini. Suaraku seperti manusia. Bersiul dan ketawa sentiasa"

Lagu "Aku Burung Tiung" ketika di Darjah 2. Siapa masih ingat? :)

Dengan Kak Ain dari Kedah, teman sekatil Insyirah

Pelukan perpisahan oleh Insyirah dan Maisarah. Keduanya menangis selepas gambar ini diambil. Tetapi ada guru yang menangis terlebih dahulu melihat aksi perpisahan dan keakraban mereka.

Aunty doakan semoga Maisarah terus berjaya dan cemerlang. Bak kata Ummi Maisarah "Insya Allah, Insyirah dan Maisarah akan jumpa di universiti nanti". Ameen.

Dengan Teacher Shila, mengajar subjek English


Aksi Abang Amir di tangga asrama Insyirah.

Inilah katil kakak

Bersama Teacher Hazzira, Teacher Dilla dan Teacher Yani

Dengan fasilitator, Teacher Romie


Ummi Insyirah, Ummi Maisarah dan Ummi Hannah

Peserta termuda Kem Smart Hafiz, Maisarah, Insyirah dan Hannah. Yang tudung merah tu, Mashitah, adik Maisarah

Sesi penyerahan sijil penyertaan

Sesi penyerahan sijil penyertaan dan saguhati

Persembahan hafazan oleh anak-anak dewasa


Kami si kecil yang ceria !

Tahniah Kem Smart Hafiz 2009 !

Aktiviti masa lapang agaknya

Macam mana Teacher Romie dan suami boleh ada dalam gambar ni :)

Lagi aktiviti masa lapang Insyirah :)

SALAM MAHABBAH PENUH UKHUWAH BUAT SEMUA YANG TERLIBAT DENGAN KEM SMART HAFIZ 2009