CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Header. Show all posts
Showing posts with label Header. Show all posts

Tuesday, September 22, 2015

#4 : My New Header

Assalamualaikum



Tadi update Checklist Birthday Melissa. Sesambil tu edit gambar sikit untuk diselitkan dicelah-celah entry. Pastu teringat "dah lama tak tukar kepala blog" HEHE. Bila tengok kepala blog sekarang ni, teringat time tu tengah pregnantkan Melissa. Masa tu baru 2 bulan of pregnancy. Masa tu aku baru baik demam yang paling teruk aku pernah rasa. Demam pregnant pun ada eh? Almost keguguran jugak sebenarnya, tapi Melissa memang budak yang kuat dari dalam womb sampailah lahir ni. Hiyarghh!

Sebab tu aku rasa saiyangggg sangat nak tukar kepala. Header. Sebab ada banyak memori tersembunyi disebalik gambar tu. Tapi bila difikir-fikir balik kepala baru yang aku nak ganti ni siap ada Melissa lagi. Lagi best kot kan? Kalau korang klik kat label 'Header', korang boleh nampak kronologi header2 aku. Bermula dari header kawen, berdua, sekarang ni bertiga!

Header baru aku kali ni pun kategori best jugak. Sebab gambar-gambar tu diambil semasa birthday Melissa yang pertama! Sempat mintak photographer Amar snap kan beberapa keping gambar. Dekat kawasan perumahan kami je. Tak pergi jauh-jauh pun. Tetamu masih dirumah tak habis-habis lagi makan. Hehehehe!















Kenapa la aku sampai buat label khas 'Header' ni? Gigihlah u olls, aku ni takde bakat secara elektronik nak edit-edit gambar. Setakat jahit manual, tampal-tampal guna gam tu boleh lah. Hehehe! Dari awal header aku memang edit sendiri. Asal nampak cantik je kat mata aku. Nak upah rasa macam belum lagi. Tapi ya, siapa tahu. Insyaallah nak jugak upah yang pakar buatkan kepala untuk blog ni.

Jadi, berkepala barulah blog puterigaban ni hari ini. Yayy! Sampai bila itu belum pasti lagi. Kalau boleh nak kekal lama. Ngko ingat profile picture FB ke asyik tukar-tukar? Tak kuasa. Profile picture aku kat FB pun susah nak tukar. Walaupun edit terus dari tempat DP, tetap naik kat home yang kita ni tukar picture. Ish, malu sungguh! Kalau boleh taknak la orang tahu kita tukar gambaq!

Instagram takpe..kerap benar aku tukar profile picture. Hikhikhikhik!

Baru aku perasan, setiap kali aku tukar header mestiiiii potpet potpet kan? Tak boleh ke tukar je. Nak jugak bercerita itu ini. Patutlah sampai berlabel. Eh, tapi bila baca balik entry2 tu syok jugak. Haha.

Amacam? Dah lama x membebel kan? Tak puas kot. 




Love,
Nursaila Norman!



Wednesday, April 2, 2014

#3 : My New Header

Assalamualaikum.


Harini takde keja, boss pun takde. Boleh lah meng'edit' secara mengila vavi. Hiks! Pastu upload pulaks gambar sekeping dekat FB. Tapi gambar lama la. Gambar baru takde sebab keluar jalan-jalan pun baru je masuk gear 1. Pastu selekeh pulaks. Nak bergambar pun malu!














Gambar header ni aku paling suka sejak dari hari pertama aku snap. Sebab pakai baju rumah je laki bini, berselipar jepun, sebab ingat dalam kereta je. Tetiba singgah KTM Kuala Lumpur. Pastu apa lagi, buat muka badak jelah. Pedulik apa aku. Hahaha. Tak rasa bersalah pun. Hikhik!

Gambar ni bulan Februari lepas, tapi kalau korang perasan, blog aku lama takde header. Sebab takde masa nak edit. Plus keja banyak. Boss ada. Tak syok pulak nak meng'edit' dengan gangguan kan? Poyo je. Makanya, harini blog aku dah ada header lah seperti blog orang lain. Walaupun tak se'gempak' header orang lain. sobsobsob! Orang lain punya gempak-gempak. Pastu pandai guna photoshop lah, adobe lah, aku? Manual je. Huwaaaaaa.


















Profile picture tu aku terjumpa. Lepas godek-godek folder gambar aku kat laptop ni. Tetiba.. Tetibaaaaaa, aku rinduuuuuuuu nak naik motor laju dengan Suami. Huwaaaaaaa! Gambar tu pun masa pergi Sepang. 

Nampak tak takde modal nak bercerita. Mengarut pasal benda macam ni pun boleh. Sape pedulik aku tukar profile picture? Cover photo? Sape? Huhuhuhuhu!

Dah lama tak bercerita benda bebas, macam ni lah. Maafkan saya. sobs!




Love,
Nursaila Norman!



Thursday, September 26, 2013

#2 : My New Header

Assalamualaikum.


Honestly kalau aku stress aku akan baca komik Detektif Conan. Jangan gelak! Tapi dekat ofis mana ada stock baybeh. Huhuhu.

Oleh itu aku dapat header baru. Haha!
















Akibat stress, otak aku bekerja untuk men'design' sesuatu. Itu normal. Adakah header baru aku ini dikatakan sebagai design? Hahahaha!

Nampak less is more tak di situ? hewhewhew. Ini header ke-empat selepas header ini. Takde tema kawen kawen lagi dah. Almost a year. A'ah la! Fuhhh.. Tapi satu benda yang aku suka, kalau jumpa sedara mara yang jauhhhh yang susah nak jumpa diorang masih panggil kami 'pengantin'. Awwww.. Lalalalalalalala..

Wink! Wink! Pengantin.. Haha pitam.

Kali ni tema lemau-lemau sikit, Tengok warna la.. Gila pucattt.. Ikut mood sekarang kot. Huhuhu.















Yang ini cover photo untuk FB. Amacam? Cun tak? hikhik! And again, synchronize. Tukar cover blog, cover FB pun nak tukar jugak. weeeee :)





















Kenapa pucat sangat? Wuwuuwuuuwuuuuu!






Love,
Nursaila Norman!


Friday, April 5, 2013

#1 : My New Header

Assalamualaikum.


Hahaha.

Ini lah header ke-3 sepanjang aku berblog. Sumpah tak up to date sungguh T___T. Ada header pun sejak kawen. Sebelum ni header gambar cincin merisik. Ada siapa-siapa ingat? Takde sape nak ingat header kau lah. Still tema kawen. 

Dari yang ini...



























Kepada yang ini...







Cover FB pun dah ada. Dulu takde, tak berkesempatan nak mengedit. Kemain lagi update gambar. Jangan ada yang muntah dah la. Eh, tapi bila jumpa sedara mara, jiran tetangga, diorang masih panggil kitorang pengantin baru. lalalalalalala. blushing! so masih boleh la mengupdate picha tawen tawen kan?kan? hikhik!


oh,oh sedihnya.. Profile picha dengan cover blog sama! Kalau dah suka tu, sanggup apa saja :p


Love,
Nursaila Norman!