December 23, 2009

I hate this - PERPISAHAN. Really really hate this!

...

Perpisahan itu satu kejadian yang paling aku tak suka.
Tapi orang kata setiap pertemuan PASTI akan ada perpisahan.
Kenapa kau dan aku harus berpisah?
“hidup ini selalu bersua…dengan pertemuan yang gembira”

Yang pasti…aku akan menghadapi “perpisahan” tak lama lagi.
Ikutkan hati aku tak mahu menghadapi pertemuan ini…kerana aku tahu ianya pasti akan berakhir dengan perpisahan.
Pertemuan ini sebenarnya TERLALU singkat bagi diriku.

Aku sangat sedih.
Aku tak pasti aku mampu untuk menghadapinya.
Aku tak mahu berpisah dengan dirimu wahai sahabatku kerana aku terlalu merinduimu.
Aku rindu kehidupan bersama seorang insan yang bernama “sahabat”.
Aku masih mahu bermanja – (sebab aku seorang budak manja…ekeke) kau yang berkata begitu.

Tapi aku redho.
Aku akan cuba menjadi seorang sahabat yang matang.
Ada masa...jika sudah ditakdirkan, kita pasti akan berjumpa lagi – Insya Allah.
Tapi pada ketika itu pertemuan kita mungkin tidak akan segumbira sekarang.
Kerana pada waktu itu kau sudah pun memiliki kehidupanmu.
Kau sudah mempunya “teman yang abadi”.
Arghhh!! Aku benci kau!
Tapi apakan daya….

”You make me crazy!” – kau pernah berkata begini padaku dulu sewaktu kita mula-mula kenal…(thru SMS ajolahhh)

Apapun…aku bermohon pada Ilahi agar aku tabah menghadapi perpisahan itu nanti.

If only I can make 3 wishes…I will:
1. DELETE “perpisahan”
2. Marry you
3. Living with you happily ever after – in this last wish…it will include everything that can make our life happily – $$, TLC…anything! You name it…You got it! *wink*

Ohh..by the way…this 3 wishes is only 3 from my trillion…billion wishes I have in my mind…hahahaha…sooo greedy! I got lots of wishes but its all start with “if only”…*sigh*


Until then…see you tomorrow buddy! I really missed you!!!

I am flyinggggggg….yipiiieeeeee!!!


it's me...your far far away Buddy (i hope i am your ONE & ONLY Buddy..huuu~)


Mama...please dont go...
(Ni candid masa kat KLIA last week...just playing around with my new toy! hahaha...)

December 05, 2009

Owh ohh..Owh ohh..its Saturday!

....

Pagi yang mendung.
Mataku mengantuk sangat sekali tapi aku mesti gi mandi (mmg dah mandi pun masa dok taip post ni)
Aku takmo tido lepas solat Subuh.
Satu kerugian buat aku sebab banyak benda yang harus aku siapkan.
Kalau aku tido...aku dah rugi banyak masa.
Lagi pun berpagi-pagi ni elok...murah rezeki (",).

Setiap pagi hari Sabtu aku kena sidai kain.
Aku kena mandi awal.
Kadang-kadang aku tido jugak pas solat tapi pastu bangun rasa menyesal yang teramat sangat.
Kalau aku bangun awal, aku boleh mandi awal. Tekanan air kuat...ehehe biasalah rumah orang susah. Kalau toilet kat bawah ada orang pakai maka air dibilik aku pun kecik jer keluar. Satu tekanan buat diriku...ekekeke.

Biasanya awal-awal macam ni aku akan kejar sunrise.
Sekarang aku dah tak gi tepi pantai lagi sebab aku rasa dah banyak sangat koleksi gambar sang suria dipagi hari.
Last week aku ajak adik lelaki & adik ipar aku gi teroka pot baru (bagi akulah).
Tapi hari itu mendung ditambah pula adik lelaki aku bangun lewat...adoiii!
Tapi aku teruskan juga misi.
Letih memang tak terkata sebab tak makan apa-apa lagi dah panjat bukit..dengan nyamak yang banyak gilaks! ahahaha...nak amik gambar punya pasal.
Hasilnya tak seberapa & tak banyak sebab tempat tu tak berapa menarik penglihatan mata kasar aku.
Aku nak pegi tempat tu sebab adik aku dok cakap tempat tu cantik...tapi sekalinya aku tenggok...hmmm, biasak jer.


Angle ni cantik kalau ada sunrise.



Pakai uniform askar (Msia vs US) sebab konon nak photo shoot ala-ala tentera...huahuahua

Arghh...mengantuknya!
Aku tenggah tunggu kain aku ni siap...second round (tuk baju-baju kat umah).
First round (baju kerja jer) dah ku mesin pagi buta tadi.

December 03, 2009

Nak post something last-last tak jadi..hakhakhak

kira nak post something tapi tiba-tiba hilang mood...hilang idea sebab mataku dah stim...ngantuk weyy...

apa dah account google aku tuk blog ni ek? aku tak ingat...iskk..kalu tak buleh upload gambar dari flickr..baru best..besauuuu...

tido jom!!

Dah tau salah, tukarlah topik...habis cite!

....



Pekara baru yang aku pelajari – kalau dah tau diri kita dah buat salah & orang sedang bincang kesalahan kita, cepat-cepat kita tukar topik lain. Sangat mudahkan?! So orang tak akan marah kat kita sebab dia akan lupa apa yang kita buat kat dia.

Amacam? Ok ka buat macam ni? Alaa…ok pe! Aku belajar benda ni pun dari orang lain. Aku nak jugak try wat macam ni nanti. Nak tenggok sejauh mana mujarabnya teknik ni…ekeke.

Apa sebenarnya “sahabat” “kawan” “buddy” tu ek?
Takde ke makna/ciri-ciri/syarat-syarat/apa-apa jer lah untuk perkataan ni?
Aku nak yang standardize.
Aku tak nak jawapan “lain orang lain anggapan/makna/spesifikasi/ciri-cirinya”.
Tu bukan jawapan tu…itu namanya “tukar topik”…ekekeke (ambik kau!!).

Sahabat
Seorang yang memang kita rapat sangat sekali.
Kalau kita gi mana-mana sorang-sorang, orang lain akan tanya mana si dia? Sebab selalu berdua.
Kalau dok jauh-jauh…gi mana-mana orang akan tanya kita “eh…si dia apa khabar? Blablabla”.
Dalam hidup kita ada dia.
Dalam masa kita…ada masa untuk dia.
Kalau boleh semua benda kita nak share.
Susah senang tu tak perlu cakaplah…tu memang quote yang biasaku dengar.
Kalau kita tengah dok bercerita dengan orang lain…pasti kita akan bercerita tentang kita dan dia…”macam si sahabat aku ni hari tu…bla bla bla”.
Semua benda nak sama. Contoh paling mudahlah yer…baju/kasut/selipar/tudung.
Semua benda yang kita ada…kita nak jugak dia ada (kalau bolehlaa).
Apa yang kita makan…dia mesti makan jugak. Tapi kalau dia takde masa tu…kita akan makan ala kadar sebab teringatkan kat dia.
Kita selalu a.k.a sentiasa akan bercerita tentang dia kat family atau kat kawan opis kita.
Pendek kata…setiap nafas yang di sedut dan di hembus…akan ada namanya.
Atau lebih sedap lagi ayat ni – setiap denyutan jantung pasti akan ada namanya dalam ingatanku.

Kawan
Orang kata berkawan biar juta-juta lemon.
Kawan ni ada banyak – kawan opis,kawan kepada kawan,kawan dalam Facebook, anak jiran sebelah rumah, anak kawan mak kita, kawan gi outing photo sama-sama, etc (you name it).
Kawan ni kalau kita jumpa baru kita teringat kat dia.
Kawan ni jarang masuk dalam scene hidup kita…ekeke.
Kawan ni..kawan lah…ada macam-macam jenis..ko nak yang mana? Huuu~

Buddy
Aku rasa buddy ni buleh jadi sahabat…buleh jadi kawan.
Tapi biasanya kalau cakap buddy orang akan anggap kawan rapat.
Kalau dah kawan rapat bermakna sahabat lah tu.
Kalau dah sahabat tu maknanya engkau kena tenggok kat atas tu..ciri-ciri buddy ni sama macam Sahabat.

Sekian untuk hari ini.
Wa billahi taufik wal hidayah..assalamualaikum WBT.



Aku yang menulis,
Aiyeen - seorang yang tak punya Sahabat (entalah Labu..aku tak pasti)





**Fuhh! Lama banget aku tak post sesuatu kat blog aku ni.
Yang sebenarnya aku ada blog lain…a tribute to my new project “a.i.y.e.e.n | w.o.r.k.”.
Tapi belum sempurna lagi kelahirannya…launching ditunda…hakhakhak!

.....

November 25, 2009

Currently looking for a new web hosting

of course lah yang FOC punya...ahahaha...

Insya Allah...I'll be back with a new looks...tungguuuu...


Selamat Menyambut Eidul Adha...


Chow cing chau!

Yang Menaip,
aiyeen
The Lone Ranger

........

October 30, 2009

I think I need a break...

.....

Macam iklan Kit Kat lah pulak...hakhakhakhak...


Super sesak nafas...kalau aku ada masalah mesti dada aku terasa berat...dunno why.

I need a break! I will be back when I'm ready...see you guys later...enjoy your days ahead...take care always!

Super benggong nih...I wish I can go back to my childhood time...*sigh*

October 28, 2009

Super duper bohsan

..............

Aku punya banyak masa tapi aku sungguh unproductive sejak kebelakangan ni..geezzz…
Untuk itu bermula esok aku akan bawak my luvly toy gi kerja…ahahaha..pedulik ku hape…

Arghh!! Sungguh aku super very the duper buhsan ni.
Tahap sangat sekali dah ni.
I am running out of idea.
No one will read my blog but still I wanted to write something here.
Something about things happening in my day life…

Apa itu makna mimpi?
Boleh ke percaya mimpi-mimpi tu semua?
Semalam aku tido separa kojol…jadi aku tak berkesempatan untuk bermimpi.
Mungkin kerana otak terlalu letih berfikir perkara yang mungkin bagi korang adalah sangat tak masuk akal…wakakaka…aku letih…letih sangat sekali.
Tolonglah…takde ke yang boleh memahami diri aku? Wawawawaaaa…


Entah apa-apa lah chik aiyeen nih…huhuhu…
Ada chik kawan pun semua jauh-jauh….dah nak kahwin.
Hiiishhhh…sungguh aku kebosanan super value meal nih…haiyaaa….

Dah lah…better stop…ortherwise I am going to write very the mengarut things here…all crap! Hakhakhakhak…harrkkk ptuuiiihhh.
Iskkk..Agas nih..mulut orang pun nak fly in…
Grrrrr..kan tak pasal-pasal meninggal…mati kau!


Currently listening: Fire On The Dance Floor (lagu lama..eee)

October 27, 2009

I wish there's someone to understand me...

....

Malam ini ku sendiri
Tak ada yang menemani
Seperti malam-malam
Yang sudah-sudah

Hati ini selalu sepi
Tak ada yang menghiasi
Seperti cinta ini
Yang selalu pupus

Tuhan kirimkanlah aku
Kekasih yang baik hati
Yang mencintai aku
Apa adanya


Mawar ini semakin layu
Tak ada yang memiliki
Seperti aku ini
Semakin pupus


***Iskkkkk...ok ke aku ni? ngeee...What comes in my mind...stay in my mind...bukan ada orang nak fahami aku pun.

....

October 26, 2009

Futsal

.....

Last Saturday a colleague of mine invited me to take pictures on her Futsal match. Walaupun aku takde telephoto lens & speedlight…aku pergi jugak…takperlah, sekurang-kurangnya aku ada benda nak buat dan aku boleh menambahkan knowledge aku. Plan asal aku nak bawak anak-anak buah aku pergi Taman Botanical untuk sesi photography tapi hujan di awal pagi lagi. So kebetulan ada orang jemput aku gi amik gambar then aku pun bawak rakyat aku gi gelanggang Futsal tu. Suka bah dorang.

Banyak lagi gambar budak-budak ni main Futsal…to view you can go to my Flickr…here

Tapi tak banyak gambar dorang beraksi sebab aku hanya boleh ambil gambar dari celah-celah net gelanggang…kecik jer bah lubang-lubang net tu…manalah muat lens aku. So kalau aku amik gambar pasti akan nampak net tu…huhuhu..

Best gak jadi tukang gambo budak-budak tuh…sporting & terror. Dorang menang semua game…rasanya dorang kot juara. Aku tak pergi hari Ahad tu…masa dorang final round sebab aku kena gi epot…hantar uncle & auntie aku gi menunaikan ibadah Haji. Ada jugak aku snap sket gambar orang-orang kat epot tapi takde yang comey pada pengamatan mata kasar aku. So aku simpan aje lah…takmo upload…hehehe.

Anyway...I enjoy my new toy! hehehehe...kena funds money tuk tambah lens & speed light..pastu lengkap lah sudah (untuk beginner macam aku lah...huhu)


......

October 21, 2009

Si Ikan Part II - Mati sudah bah...


...

Harini aku takde mood sangat sekali…nak pergi bank malas sebab tudung aku tak match ngan baju kurung…wakakaka..setakat duduk kat opis boleh la…kalau nak gi town, takmo lah aku..tapi takdelah out sangat…cuma tak berapa nak match lah…biasaklah aku…simple jak…sapelah yang nak tenggok aku kat opis nih…kalau aku pakai coverall baru orang dok perhati…trip-trip engineer lah kunun…huhuhu…

Semalam ikan emas aku kojol…isskkk…tergezut sungguh aku…yerlahhhh, baru je aku tukar air petang semalam…malam pas Isya aku nak bagi makan, dah keras…perut dok kat atas…Fikir punya fikir…baru aku teringat masa tukar air tu, aku lupa nak letak ubat anti-chlorine…macamanalah aku boleh jadi cuai sangat sekali? Huhuhu…pasni aku malaslah nak pelihara lagi…biasanya kalau kojol…aku akan beli baru. Yang ni dah setahun lebih aku pelihara….saja je…wat perhiasan. Aku tak suka pun kat ikan or binatang peliharaan…aku geli. Sebenarnya aku sayang kat balang tu…balang masa aku dok ngan Kak Ida…ehehehe…selalu Kak Ida akan cakap “Diq…air ikan tu…jangan di tukar…biarlah mati” ehehehehe…perli lah tu. Nak tak nak aku gi lah bawak balang tu ke toilet…tukar air then bagi makan. Dia yang nak pelihara…aku yang kena jaga…haizzz.

Takpelah, biar balang tu kosong. Balik nanti aku nak letak bunga kat balang tu. Letak “Money Plant”…tenggoklah kalau ada masa & kerajinnan…ehehehe. Now I have to make myself busy. “Orang” tu sibuk wat persiapan nak kahwin…takperlaahhhh…pasni tak geng dahlah dengan aku. Dah ada komitmen, dah ada kawan abadi, dah bertambah sibuk…semuanya dah berubah lah. Aahhhhh!!! Malas aku nak fikir bende nih…pedulik ku hapa?! Bukan dia yang atur idup aku. Dia takde pun tak jejas idup aku lahhhh...

I better stop typing now….nanti merapu-rapu aku tulis….chow cing cau!!

....

October 17, 2009

I wish I can fly...



Bestnya kalau boleh jadi macam Peter Pan ni kan? Takyah susah-susah kumpul duit beli tiket kapal terbang...

Weekend yang teramat bosan buat aku...so I grab my SLR to snap this...



I will be flying to some place....but I dunno when...huhuhu...takde ke orang nak sponsor?


(Bosannya...takde idea..sakit perutku nih...adoiii...silap makan apa ek?)

....

My nephew on Taekwando Battle



Today I went to give some moral support for my nephew - Izzul & Irfan. They got a Taekwando battle or so called sparing? (dunno what is the correct spelling/word). So I decided to snap some picture...but it was a dissapointment for me since I just snap a few picture only because I'm not feeling very well this morning. Actually I am fine at the first place but then on the way from my bicycle's parking to the hall...I'm exposed to rain. I'm not really sure if it is because of the rain (eleh...renyai-renyai je pun) or I dont have enough sleep...so I didn't wait for my nephew's turn, just cycling back to house to get some rest. All this while I didnt know that I cannot get wet under the rain...I am going to take some experiment to prove this...hehehe...since the weather here is everyday a rainy day so easy for me to do the test...see how lah later...ahakz!

After do some editing the picture's quality is not so good...I dont have the speedlight laaa...huhuhuhu....

Until I am posting this...I dunno Irfan & Izzul's result...

Irsyad also officially registered as Labuan Taekwando WTF's member...but he's not qualify to enter the battle....ehehehe...tapi takmo ketinggalan...nak-nak jugak pakai guard kepala & guard "tutttt" tu...suka pulak...ajak balik takmo...pujuk punya pujuk...aku berjaya bawak dia balik..adusshh!


Chaliukkk...songey...hahaha...teringat masa aku join Taekwando ni dulu...aku stop sampai belt Biru je...berhenti sebab apa? aku tak ingat...ehehehe...


.......

October 16, 2009

Already Gone...


...

Remember all the things we wanted
Now all our memories they're haunted
We were always meant to say goodbye

Even with our fists held high
It never would've worked out right
We were never meant for do or die

I didn't want us to burn out
I didn't come here to hold you, now I can't stop

I want you to know that it doesn't matter
Where we take this road someone's gotta go
And I want you to know you couldn't have loved me better
But I want you to move on so I'm already gone

Looking at you makes it harder
But I know that you'll find another
That doesn't always make you want to cry

Started with a perfect hug then we could feel the poison set in
Perfect couldn't keep this love alive
You know that I love you so, I love you enough to let you go

I'm already gone, already gone
You can't make it feel right when you know that it's wrong
I'm already gone, already gone
There's no moving on so I'm already gone

Already gone, already gone, already gone
Already gone, already gone, already gone, yeah

.....

October 13, 2009

Aku tak nak hadiah makanan...

...

Bulan Oktober…bulan kelahiran aku…ngeee…ramai adik beradik & sedara mara aku sambut birthday dalam bulan ni. Tahun ni aku rasa macam tahun-tahun sudah juga…takde yang special…kalau dulu-dulu aku pasti akan dapat hadiah dari orang tersayang (cewah…) tapi sekarang dah umur bertambah ni takde dah lahhh…jangankan hadiah, nak wish pun dia tak ingat…takpelah…tak penting pun semua nih…kalau dipanjangkan umur pasti akan ada peluang untuk jumpa lagi tarikh kelahiran aku…insya Allah…

Insan-insan yang lahir bulan Oktober dalam family aku:

03th Oct – Pretty (anak auntie aku)
04th Oct – Aku daaaa
05th Oct – Isteri abang aku
09th Oct – Kakak aku (mama Syahmi)
20th Oct – Didi
20th Oct – Izzati
28th Oct – Suami Didi

Ada lagi yang birthday on belas-belas haribulan tapi aku tak ingat siapa…kazen-kazen aku laa…

Macamana ek perwatakan orang lahir bulan Oktober ni? Aku pun tak tau sebab aku tenggok takde pun persamaan kami…Tak kisahlah apa-apa pun…yang penting dah dilahirkan sempurna ke dunia ni…pandai-pandailah menunaikan mana-mana yang wajib…tinggalkan mana-mana yang dilarang tu…jangan lupa asal usul sudahhhh…

Time aku birthday…adik bongsu aku wat suspender kat aku….chehh!! dia amik frame aku, pastu dia gi balut…dia ckp supaya aku dapat feel bukak hadiah…huhuhu…takpelah…dia tak mampu nak bagi hadiah sebab dia tak kerja…baru pas habis belajar …harini dia ngan parents aku dah gi Sarawak…nak gi konvo dia…aku tak dapat gi sebab ada audit…huhu…tak kisahlah….hadiah doa je pun dah cukup baik…asal jangan bagi aku hadiah makanan….aku tak suka sebab kalau bagi makanan, hadiah tu tak tahan lama…dan aku sendirik tak suka bagi hadiah dalam bentuk makanan kat orang lain…

....

October 05, 2009

I am not a good person...

.....

Aku bukan seorang kawan yang baik.....sungguh ni...i admit it...siapa yang rasa boleh berkawan dengan aku...bermakna dorang belum kenal aku lagi...hakhakhakhak...Tunggu dan lihat sejauh mana kesabaran anda mempunyai kawan macam aku...haiyark!!

But I dont want to be like this...it's just not me...I also dont understand myself...do u think u can help me to be a better/understanding/care/nice/etc (whatever you want to call it) friend?

I need some "time" to accept the facts & face the reality...

Thanks for everything...I really missed you! You're the best "thing" ever happen in my life...(even though u never say u missed me...why its so hard for you to say it?)

Have a nice day...take care always...

.....



.....

October 01, 2009

Almond London paling mahal di Malaysia

Rasa sayang pulak nak makan biskut Almond London dari NYC – biskut paling mahal di Malaysia yang pernah ku dapat & makan…ekekeke…aku bagi adik-beradik aku je makan sebab mahal etek…orang lain aku tak bagi…confirm! kalau buleh simpan wat perhiasan dah lama aku wat koleksi…muwahahaha…

Korang mana pernah makan biskut Almond London, Tart Nanas, Kuih Siput & Keropok Ikan mahal macam aku…ooohh lupa plak…Kak Ida pun ada gak sekut nih..tapi tak tau lah jenis yang sama ke tak…rasanya Kak Ida punya tuh mesti banyak jenis dari aku…yerlah…kakak kesayangan maa…

Plan nak makan sehari sebiji je…wakakaka….kalau buleh…paper cup & bunga Cengkih tu pun nak dimakan sebab taknak membazir…ekekeke.

Anyway terima kasih “sangat sekali” untuk Amalina sebab sudi kirim biskut-biskut tu…mula-mula biskut biasa je…dah sampai sini jadi biskut exclusive/elegant…Ferrero Roche pun kalah…ahaks!


**Sebab aku tak tau nak post apa...kebetulan aku buleh sarapan hari ni...alhamdullillah...jadi aku teringat kat sekut-sekut nih...

Biar Kulit Segelap Almond London...Asalkan Hati Sesuci Kuih Bangkit....Biar Iman Sekental Dodol...Jangan Senipis Rempeyek...Biar Jiwa Selembut Melting Moment...Asalkan Akhlak Secantik Tart Nanas yang ada Cengkih...


....

September 30, 2009

Open House - 10 Syawal 1430H

Alhamdulillah majlis rumah larak a.k.a open house kami semalam berjalan lancar…letih masa wat preparation tu jangan cakaplah…mula-mula aku fikir macam tak sempat siap je makanan yang kami nak hidang tu…memang pressure gilak masa last-last minit…aku rasa macam dok dalam dapur Chef Gordon Ramsay – Hell’s Kitchen….ekeke…mau tak…menu banyak sangat yang nak dibuat...erghh! tekanan sungguh! Mujur aku amik cuti 1/2 hari semalam.

Menu:
Laksa Asam (Ehem…ehem…ni aku punya kontrak)
Nasi Ayam (Didi punya kontrak)
Coto Makasar (Mama punya kontrak)
Ketupat, Rendang, Kuah Kacang, Kerabu Mangga & Kerabu Bilis (Mama punya kontrak)
Mee Goreng (Kak Yanie punya kontrak)
Sotong Kangkung (Didi punya kontrak)
Puding Jagung, Puding Trifle & Cupcake Oren (aku punya kontrak daa…)
Air minuman (Dilla punya kontrak)

Tugasan:
Cuci pinggan mangkuk tingkat (Lisa & adik lelaki)
Top-up makanan yang habis (Ridhwan & Izzati)
Lap pinggan mangkuk hayun ngan sudu garfu (Izzati)
Kutip piring yang dah pakai (Ridhwan & kadang-kadang adik lelaki aku)
Layan tetamu (Bapa, Mama & ayah Syahmi)
Main air bom/bedil/bunga api/yang sekutu dengannya (Irfan, Izzul, Rohaizad & Syahmi. Mujur tak main peluru berpandu Iran je dorang ni…berdesing telinga aku)
Dukung Mohammad Ilman & Mohammad Aliff (ayah dorang laa…ekekeke)
Tolong-tolong cuci pinggan/kutip pinggan/masak sket (kazen-kazen aku…mekasey yer)

Overall…sume berjalan lancar…tapi yang tak bestnya aku tak sempat nak amik gambar sebab sibuk gilak!

Menu paling cepat habis…sekali hadap je…apa lagi kalau bukan Laksa…cewah! Kembang kempis idung aku…tetamu first round datang jer dah habis…pastu terpaksa suruh Kak Yatie gi beli lagi mee laksa tu…wakaka…sempat lagi masak untuk second round.

Tahun ni lambat sket kami buat rumah larak…dahlah time weekdays…tak best langsung. Apa yang pentingggg? Berkerjasama…alhamdullilah sume dah setel.

**Mama suruh aku buat Cheese cake & Yam cake tapi aku tak sempat daa…panas gak telinga kejap…muwahahha…padan muka aku…dari awal tak nak buat…

September 28, 2009

Kek Lapis





Hari Sabtu lepas aku buat Kek Lapis Prune…larat jugak aku ek…hehehe…Cuma hasilnya tu membuatkan aku tak puas hati sangat…rasa kek tu ok dah…sedap la (ye kot…org ckp…aku tak ckp punnn..) kesilapan teknikal aku masa nak bahagikan adunan tu…adunan kaler cekelat lagi banyak dari yang ijau…so jadilah lapisan ijau nampak sket jak…lagi pun dulang kek yang aku pakai tu silap size…takut overload punya pasal la tu…sekali pakai size yang besar, jadi nipis lah pulop kek haku…chaisss!

Tahun ni tak banyak kek lapis kat rumah aku sebab aku ngan Didi ada penyakit M. Didi tu takperlah sebab dia dah ada Mohammad Ilman…payahlah dia nak wat kerja…tapi aku ni?
Gi beraya rumah orang…best je tenggok kek lapis dorang banyak pilihan…rumah sendiri? ada satu jenis je kek kukus…tu pun jenis tak berlapis & Didi yang buat…huhuhu…sebab aku takde mood etek malam raya tu….tambah lagi sakit kepala lutut & tumit…tambah lagi ngan mata beruang Panda…pastu ditambahkan sedikit penyakit M sebagai penambah perisa…jadilah raya tanpa kek lapis…wakakaka…Syawal ke-7 barulah aku rajin buat kek…ekeke…

Aku puas hati lagi kalau buat kek sendiri…kalau main “tunjuk” jer biasanya tak sedap laa…cantik memang cantik…siap ada corak-corak lagi tapi rasanya…sendiri mau pikir…(depends la…ada yang cantik & sedap…ada yang cantik saja tapi tak sedap…harkkk ptuii…)

Apa pun mood raya kat sini, to date memang down to zero…aku, since raya ke-4 lagi dah tak rasa kemeriahan raya…huhuhu…what ever….

Hehehe….Syahmi ni kalau gi beraya rumah orang…dia akan cakap “kita mo gi owang wen ni kan auntie”….adaka orang kahwin…maybe sebab dia tenggok ramai-ramai tu kot…jadi dia samakan hari raya = kenduri kahwin…ikutlah lah…


....

September 20, 2009

Hari ni Hari Raya lah wehh...








Alhamdulillah hari ni semua umat Islam seluruh dunia sambut Eidulfitri...semalam kat tempat aku hujan lebat...dari pagi Sabtu pas sahur...sampailah malam pas Maghrib...so kalau dah hujan maknanya akan nampak "Currently no services" la kat TV...so kalau dah nampak tuh maknanya tak buleh nak tenggok pengumuman tarikh hari raya...aku ni dah ready ngan handycam aku...nak rakam announcement tu sebab tiap-tiap tahun memang aku akan rakam...tapi tahun ni tak dapat. Kami tau 1 Syawal jatuh pada hari Ahad dari tunang adik lelaki aku yang dok kat Papar nuuu...huhuhu..

Pastu pagi tadi aku paling last gi surau...huhuhuhu...dahlah baru lepas hujan. Sunyi je jalan sebab orang lain semua dah sampai kat surau. Aku lambat sebab aku tak perasan yang dah nak kul 8. Solat sunat kat sini start kul 8...kul 7.45 tu aku masih rilek-rilek lagi...huhuhu..

Pas solat sunat...semua sedara-mara mai rumah kami dulu...sebab mama adalah yang paling senior dalam adik-beradik dia. Pas solat tu kami wat kenduri tahlil sekali. Aku jadi tukang gambo tahun ni....cewah! handycam...aku pas kat adik lelaki laaa tahun ni sebab aku tak cukup tangan kalau nak handle dua-dua. Cuma kalau aku ada speedlight barulah comey gambar-gambar yang aku snap. Payah wooo nak amik gambar indoor...pastu ada baby pulak tu...haiyark!

Apapun Selamat menyambut 1 Syawal kepada semua umat Islam...Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Salam Lebaran...

September 17, 2009

Mengantuk "sangat sekali"

Hari ni kat opis aku sunyi “sangat sekali” sebab dah ramai yang bercuti…majority yang bercuti tu yang memang bukan orang local so dorang balik kampung awal sket. Bestlaa…buleh cuti…aku jugak yang jadi penunggu setia kat opis ni. Budak-budak opis yang lain dok pelik kenapa aku tak cuti…huhuhu…dorang pun dah tau sebab tiap-tiap tahun, before raya aku sure akan cuti awal. Tapi takpelah…adalah hikmahnya tu.

Semalam PM (ke TPM ek? Tak pasti pulak aku) announce cuti umum hari Jumaat ni…esoklah tu. Aku memang semangat dah masa tu sebab aku tak tau lagi cite sebenar cuti tu. Aku cuma dengar dari bapa aku. Atas sebab nak puaskan hati…aku pun tunggu lah berita tentang cuti tu…tunggu punya tunggu..sampaikan aku lewat start wat “projek” aku. Ku fikir panas sampai ke petang…rupanya hujan di t/hari daaa…cuti umum tu untuk mereka-mereka yang dibawah KPM je…cheh! Maksudnya budak sekolah & budak IPT laa…aku bukan under kategori ni. Bapa aku tak dengar habis berita tu…huhuhu…

Takpe lah…aku pun bukannya ada mood nak beraya…padahal tinggal 2 hari je lagi nak Raya. Mama dok harap aku wat sekut & kek tapi sikit habuk pun aku tak buat lagi. Aku takde masa. Balik rumah aku tido sebab aku kerja straight 8 jam so aku letih & ngantuk sesangat. Semalam sebab lapar & ngantuk punya pasal…kepala aku rasa macam nak meletup…pwee…kebabooommm! Sakit sangat sekali. Ditambah lagi dengan terik nya matahari…ouch!! Rasa macam masuk dalam oven masa nak start enjin basikal aku.

InsyaAllah…esok kot aku start projek B aku…Alhamdulillah projek A dah setel pagi tadi…ada lagi sikit tapi tu kira “aci gapo”…ekekeke…

**Ooo Kak Ida…sekut dah sampai belum? Haiyarkk!! Tak sampai kalu sebelum ini hari Raya…Kak Ida simpan ajelah…wat hidang Deepavali nanti…ahaks!


**Gambar takde kena mengena dengan post hari ni...muwahahahaha...





....

September 16, 2009

Superman!!



Hari ni bosan "sangat sekali" (cara Syahmi guna perkataan "sangat"..ekeke) aku takde kijo sangat nak buat...ada je siap terus...so daripada aku jadi burung Belatuk...sebab ngantuk...so aku godek2 laptop aku...tenggok gambar-gambar yang ada...jumpalah gambo ni...

Gambar ni aku randomly snap masa dok kat kedai Super Heroes kat Dataran Pahlawan, Melaka. Amalina belikan aku sehelai baju Superman (mekasey deh...seronotnyeerr masa tu..)Baju tu on sale kunun...tapi harga masih mahal untuk sehelai baby tee yang simple...cheh!

Apa pun best la kedai tu...tapi kat tempat aku manada kedai macam tu....menggong larr...harga baju yang patung tu pakai lagi sehengget RM100...ikutkan hati nak beli dah tapi dua kali mikkir sebab kalau pakai tudung sure tak nampak logo tu...rugi woo...ekekeke...tapi ada orang tu...beli baju Batman wat pakai kat rumah...lagi power.

.......

September 15, 2009

Mau Raya sudah ka? aiyarkkk!!!

Lerrr….mau Hari Raya sudah ka? Duiii…indaku perasan bah Hari Raya is just around the corner. Kenapa ah? Mengkali sebab aku nada mood mo beraya…sebabnya aku kerja sampai Jumaat ni…uwaaaaa….nda pernah lagi aku kerja sakan macam ni. Biasanya a week before raya aku sudah cuti…ekeke..tapi nda pa lah, aku bagi peluang orang lain la pulak cuti…inda jua tahun-tahun aku saja yang cuti…cukuplah aku jadi selfish kat budak sorang tu saja. Pastu nanti raya ketiga…orang masih beraya tapi aku kena bangun awal…bersiap-siap gi kerja…huhuhuhuuuu…nanti kemeriahan raya sudah habis…baru aku dapat cuti. Macam orang kerja askar,nurse,polis,pak guard,etc..etc la pulak sebab inda dapat cuti. Biskut & kek untuk dirumah pun belum lagi aku buat…indaku tau bila buleh buat tu…gilaks eh!

Biasanya company kafir ni…last working day sebelum raya tu dorang akan bagi half day…tapi tahun ni aku inda yakin akan dapat half day Jumaat ni nanti sebab sekarang company kafir harbi ni tengan restructure…habis semua messed up…orang lain ada slogan Satu Malaysia…dia pun mau juga…jadilah ONE B.H…eeee….


Orang lain tu aku tenggok sakan bah...baju baru…biskut raya setambun…balang biskut raya baru…perabot baru, langsir baru, TV LCD baru…wow!!….aku biasa-biasa saja…baju raya pun aku nada tahun ni…nda pernah lagi aku nda gi buat baju kurung…tahun ni aku lupa mo gi buat tempahan…wakakaka..last² minit manada lagi tukang jahit mau terima…bulan 5 lagi sudah tutup tempahan…power! Menjahit laki bini buleh naik Civic model 2009…

Sebenarnya sambut raya ni untuk sambut kemenangan kita…Kemenangan itu bukan saja menang sebab berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu...cewah..tapi janganlah berlebihan… aku berdoa moga aku & ahli² keluarga aku…kawan² aku semua dipanjangkan umur & dapat jumpa lagi bulan Ramadhan tahun² akan datang…amin…



Last Wednesday & yesterday company kat tempat aku kerja invite staff-staff dia gi majlis berbuka kat Hotel Grand Dorsett....boleh laa...dah ni je hotel yg sediakan buffet OK sket...huhuhu...aku bawak rakyat-rakyat aku...hehehe..baru meriah!













Chow Cing Cau!!!



......

September 14, 2009

Aku booking yang ni..yea yea!







Last weekend was a sick & tired weekend for me...I still got a lotssss of unsettle things. Actually I did plan to settle all things on last two days but then I was so sick...I don't even can move...I just rest myself at my mum's room...*sigh*...but what to do...things happened and we're just human...we only can plan but Allah will decide if the thing will happen as what we want or not...and the best thing is...I forgot to bring cookies I've made yesterday...arghhhhh!!! I made it for Kak Ida & I want to courier it by today otherwise Kak Ida will not receive it before Hari Raya...what lah deyy!! Actually that's the first thing I wanted to do today but...*sigh*...



.....

**Picture copied from forwarded email from my colleague but I am not sure whether this model will be on Malaysia's market or not bcoz I couldn't find any news/forum/blog with regards this model (or maybe there are but I am very lazy to find it...I just go for a quick surfing la dey...huhuhu)

September 11, 2009

Recipe Books...bila boleh tercapai ek?

......



One day aku nak bilik aku ada rak buku macam ni. Penuh dengan buku resepi…tapi tak taulah bila buleh tercapai impian ni…sekarang baru nak start collect. Buku-buku resepi yang aku ada sekarang ada yang beli sendirik…ada yang orang bagi. Nanti nak kena beli rak buku besar sket…haritu aku ada nampak di Giant One Borneo…tapi nak mengangkut tu masalah sket sebab rasanya tak muat nak letak kat bonet keta aku tuh…takpe…projek ni aku put on hold dulu lah since aku masih ada projek lain yang belum aku capai…ekekeke…koleksi Coke Can aku pun tinggal nak collect dust je sekarang sebab takde tempat khas yang bertutup…haizzz….

**Kalau aku ada banyak buku resepi nanti...aku mesti cuba 1 or 2 recipe from that book otherwise its just a waste to buy the book just for collection...apadaaa...


(^_^)

September 10, 2009

Chimney

.....









...

Last Tuesday after finish work…my sister’s Lecturer ask me if I can take them for some walk around the Island. So we manage to go to some places even though it’s a hot day…some more we’re fasting…and I feel sooooo sleepy, tired & thirsty. There is not much to go here in this small island. We don’t have many tourist attractions here. I also don’t know where to bring them…hehe…so I just drove then stop whenever there’s a nice place to take picture…hehe…so pity.

I manage to snap some picture of my lovely & talkative nephew – Irsyad Syahmi. He know how to pose…he know where the best angle to take picture. I think he is interested into photography…be it a still image or video. He know how to use DVD handy cam…know how to use my SLR with just one time briefing on how to use it. He even teaches my mum how to record a video using handy cam…he is just 4 years old.

I plan to go this place again with all my nephews & niece…someday...don’t know when. Last time I went to this place was on 1994 to do some History’s subject assignment. Its been 15 years ago…hehe. Nowadays they got so much improvement on that place. It is one of a historical place in Labuan. So now if any of my friend come to this island…I know where to bring them…wakakaka…this is all we have la deyyy…

...

September 08, 2009

Dilla dapat anugerah Pelajar Cemerlang

....







...

Hari ni aku dok kat opis sekejap je…hehe…kul 9am aku mintak excuse dari boss aku untuk balik rumah sebab mama aku call…dia suruh aku balik. Alhamdullilah boss sangat pengertian orangnya kok…(eh..tertukar sleng lah pulokkk). Aku balik rumah sebab kat rumah kami ada sesi rakaman atau lebih femes lagi shooting lah kiranya…ekeke…

Rakaman tu bersempena dengan adik aku yang bongsu dapat anugerah Pelajar Paling Cemerlang kat tempat dia belajar…so lecturer dia datang Labuan untuk temuramah adik aku sekali ngan family dia lah. So aku termasuk salah seorang dari ahli keluarga yang memberi moral support kat dia sehingga dia berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Alhamdullillah…berkat doa ibu bapa…adik beradik…inilah hasilnya. Lepas ni kalau dia boleh dapat result with flying colors lagi di peringkat yang lebih tinggi…buleh masuk TV lah pulak…kali ni siaran langsung…hehehe…macam Nik Nur Madihah tu…baru awesome!

Masa rakaman tu…memula aku cakap lancar je…cewah…tetapi malangnya oleh kerana posisi membelakangkan cahaya matahari…jadi background jadi burn…so aku kena rakam semula. Sepatutnya aku boleh buat better lagi dari yang pertama tapi sebaliknya…wakakaka..nervous…macamlah kena interview live…huhuhu…

Apa pun bestlah dapat melalui kes-kes macam ni…pengalaman…kunun lah!

Pesan aku kat adik aku…tuntutlah ilmu sampai ke liang lahad…make us more proud!

** Aku pun nak kena sambung belajar…cuma aku tak gi lagi register tuk amik MUET…huhuhu…nantilah…aku jenis lambat sikit kalau nak wat urusan rasmi ni. Tambah lagi kena isi form..paling aku tak rajin.

** Sikit punya payah nak upload gambo..huhuhu..akhirnya berjaya jugak...yeah beybeh!!


....

September 02, 2009

My simple Orange Cupcakes






Last Monday, 31st August 2009 abang aku buat majlis berbuka puasa kat rumah dia...sekali dengan kenduri doa selamat pindah rumah baru...alhamdullilah...so aku pun dengan rajinnya (masa tu bosan sangat...so aku kena busy kan diri aku barulah aku tak "teringat" kenangan-kenangan benggong) so aku pun buatlah cupcakes Oren...cewah..siap letak fresh cream lagi kat atas...sekali hadap je...pastu aku wat jugak Kek Nenas...resepi ni aku dapat masa tenggok rancangan Uli-Uli Aidilfitri kat TV1 last week kot...simple je...so aku pun try...menjadi & sedap (aku tak makan...orang ckp sedap) cuma oleh kerana terlalu excited nak tenggok result...aku lupa nak potong tepi2 dia sebelum aku terbalikkan dulang pembakar tu...huhuhu...tu sebab kat tepi-tepi kek tu hancusss...apapun alhamdullilah semuanya menjadi & sedap...

Anyway selamat berbuka puasa...(^^,)


...

August 30, 2009

My new nephew...



His name is Mohammad Aliff Iqbal...budak gumuks...hehehe...kalau aku naik weight scale sambil dukung Aliff...berat badan aku akan jadi 50kg...wakakaka...berat Aliff 7kg...baru nak masuk 2 bulan...hehe...mama dia tak bagi aku pegang Aliff sebab aku akan cubit anak dia...geram bah...

Tambah lagi sorang daaa...7 orang anak buah lelaki...seorang perempuan....pergh!! Meriah sungguh...yabada baduuuuu....

August 21, 2009

.............

"Thoughtful...quiet moments are sometimes the most wonderful"




Ahlan Ya Ramadhan...Salam Ramadhan to all...



**Happy Birthday to Kak Ida... (^^,)

Kak Ida...bila nak start projek kita ni? huhu...i'm a bit busy lately...why dont you start it first...study it first..nextweek cuti sekolah maa...u got a lot of time...bagi si kecik tu tido dulu laa...baru godek internet...lama k gi skodeng kawan dia kat tingkap...panjat bangku...wakakaka...

.....(i'm a bit upset lately...tapi wat biasak² jer lah...aku bukan jenis orang yang suka tersudu-sudu...biar orang wat kat kita...jangan kita wat kat orang...aku dok elok² ni...gini pulak...takperlah..."Kedengkian dan keinginan yang kuat utk membalas dendam itu hanya akan membahayakan kesihatan sendiri, lebih besar dari bahaya yang akan menimpa pihak lawan" ngeee...)

:-p

July 22, 2009

Smile is like a flu...u'll easily get infected...




If you don't have a smile, I'll give you one of mine.

I've never seen a smiling face that was not beautiful.

It takes seventeen muscles to smile and forty-three to frown.

Dont forget to SMILE today.... (^_^)


Peace....

**What a boring day....but still....i have to SMILEEEEE....

July 21, 2009

B-Daman!!







Yeahhhh!!! anak-anak buah aku memang minat laa dengan kartun B-Daman ni...tapi sekarang ni kurang dah...sekarang dorang minat apa ek?? hmmm...ntahlah...

Anyway...enjoy! (my first trial daa...)

Cheers!

July 20, 2009

Perjalanan Kehidupan...(ntah pape...eee)



Hidup ni macam pokok Kaktus...banyak duri...tapi comey kalau wat tanaman perhiasan...ngeee...



Hidup akan jadi seronok ketika kita masih berada dizaman kanak-kanak....



Dan hidup akan jadi lagi best kalau kita ibarat "bunga"....semua orang suka...cantik...(luaran & dalaman laaa)...

Tapi walau apapun...bersyukurlah dengan apa yang kita ada....



P.E.A.C.E !!


**Sumber gambar: aku main snap je..wakakaka...not from my collection laa...cheh!

Bila otak banyak berfikir...

Aku bukan PELIK laaaaa....huhuhuhu....pemikiran aku stabil lagi ni...haizz...


Past is Experience, Present is Experiments, Future is Expectations… (^^,)



Cheers…


*Post ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah mati...

July 18, 2009

It's really...reallyyy been a while...*sigh*

Walah...walah...lamanya aku inda post something sini nih...malas bah aku...mungkin jua aku bulih katakan aku sibuk (cehh..kunun)sibuk doing my research on DSLR laa..learn few tips on how to take photos like pros...from sufring thru internet... thru reading...name it...sume sudahku explore...tapi inda "semua" lah...bulih laaa...ekeke...and i think...i'm ready...(kunun laa...iyaii...)

Still a need a lots to learn laa...yang penting semakin banyak aku baca/surf/tenggok orang punya Flickr...semakin meracun diriku untuk beli SLR...uwaaaa....(Huh?!! UWA = Ultra Wide Angle, lens la weh...lens yang bulih kasi bucur poket aku...gilaks!)





This is my lovely sandal (ker orang panggil selipar?) Kak Ida belikan...yipiee...




Erkk...Syahmi...anak buah aku yang aku rasa...dia memang minat photography...pandai bergaya...pandai amik gambar...kalah abang & kakak dia...serious i tell you...




Sabrina...anak tukang jahit dakat rumahku...mama dia bangsa Bisaya...papa dia Pakistan...cantik budak ni...aku suka tenggok...tapi gambar inda sharp laaa...

June 28, 2009

Bulan Rejab tiba lagi...

Alhamdullillah...bulan Rejab datang lagi...sama-samalah kita merebut peluang yang ada untuk mendekatkan diri kepadaNYA dengan memperbanyakkan lagi amal ibadat sunat kita...moga segala amalan kita diterima Allah...Amin...



Sempatlah posing kejap sementara tunggu azan Maghrib...Irsyad cakap "Auntie...aku posa jugak"...pastu aku jawap "Puasa? ni tenggah makan ni apa?" pastu dia jawap lagi "Eee...makan ni buyeh...tapi makan ice-cream inda' buyeh...sebab posa"..wakakaka




Errkk...Syahmi pula yang makan banyak..mengalahkan orang puasa...ekeke





Irfan khusyu' menikmati juadah berbuka puasa...hehe..actually dia request nak berbuka kat McD tapi terpaksa tukar plan since Izzul & Irsyad nak makan pizza...

Template by:
Free Blog Templates