My blog has moved! Redirecting...

You should be automatically redirected. If not, visit http://serambi.teratakrindu.net and update your bookmarks.

Monday, October 19, 2009

Tender oh tender

Alhamdulillah, sesi menyediakan jawapan bagi tender JPJ dan
U-Library telah pun berakhir. Aktiviti yang sememangnya lari dari
skop kerja seorang product analyst namun sebagai mana dinyatakkan oleh
penyelia, "panggilan syarikat" maka terpaksalah meredhakannya.

Banyak perkara yang boleh dipelajari dari aktiviti aktiviti tender.
Setiap kali menjawap tender, maka segala galanya perlu ditulis
semula, perlu diolah semula, Kenapa? kerana tiada template yang
memudahkan segala urusan. Namun kesedaran telah timbul, betapa
pentingnya template untuk menjawap tender. Selama hari ini, setiap
tender, kita personalizekan tender tersebut. Memberikan sentuhan
tersendiri. Dan setiap kali review, pasti kena tembak. Itu tak betul,
ini tak betul, macam budak sekolah, dan pelbagai bagai lagi kata
kata "hentaman" yang dianggap sebagai "pelajaran" oleh yang memberi
komen.

Kini semuanya dah berakhir begitu harapan saya agar saya boleh fokus
kembali kepada HISDET dan juga produk baru nak lahir iaitu EngineX.

Monday, June 15, 2009

Product Management..

Subjek yang agak mencabar bila hendak dibicarakan. Bermula tahun ini, saya ditempatkan di dalam Product Management Unit.

Pening kadang kadang bila level kita hanya senior executive namun kita perlu mendapatkan kerjasama dari mereka yang berlevel manager. Kadang kadang rasa kecewa sebab apa yang kita minta bagai tidak diendahkan langsung.




Friday, May 29, 2009

Monday, February 23, 2009

Perasmian Kiosk Maju Masjid

Saya mendapat jemputan dari CEO Maju Masjid untuk Majlis Perasmian Kiosk Maju Masjid, maka dengan rasa rendah diri saya pun menerima undangan tersebut. Terkejut juga saya diletakan di kawasan VIP sedangkan siapa lah saya. Apa pun sesiapa yang berkunjung di Masjid Kampung Baru silalah ke Kiosk Maju Masjid di Mesin ATM Maybank.

Wednesday, February 04, 2009

Sebelum sesudah

Hehehe jamuan perpisahan

Sebenarnya semenjak Januari 2009, saya telah pun dipindahkan ke anak syarikat HeiTech Padu Berhad iaitu HeiTech e*Business Solution atau lebih dikenali dengan HBS. Applied Research & Development Unit (AR&D)telah pun dinaik taraf sebagai PaduSoft Sdn Bhd yang berstatus anak syarikat HBS. Saya pula telah dimasukan di dalam Product Management Unit (PMU) HBS bersama dengan rakan sekerja saya Rashidi. Yang lain semua di dalam PaduSoft Sdn Bhd.

Perpindahan yang saya sendiri tak menjangka. Apa pun saya tetap menerimanya. Menyelusuri 2 tahun yang lalu, pulang dari Projek MIDA di KL Sentral, saya diberi pilihan sama ada masuk dalam Projek atau masuk ke dalam Unit AR&D dan saya telah memilih untuk menyertai AR&D. Pilihan saya tidak silap kerana di AR&D kami bagaikan keluarga kecil. Interaksi antara Ketua Unit, Penyelia dan ahli unit amat rapat sekali.

Setelah 2 tahun, bukan diminta namun diarahkan, maka saya pun meninggalkan AR&D dan memasuki PMU. Skop kerja yang baru, penyelia baru namun tempat duduk dan pejabat masuk lagi di tempat yang lama.

Dalam blog ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat. Membantu saya dalam usaha memberikan yang terbaik kepada AR&D.




Wednesday, January 14, 2009

Change or Die - Amanat CEO of HeiTech e*Business Solution

Tahun ini bermula satu detik baru dalam sejarah HeiTech Padu Berhad.
Banyak perkara yang disentuh oleh Dato' Mohd. Hilmey bin Mohd. Taib
dalam ucapanya semasa KICK OFF - 2009 Managing Uncertainties via
Innovation. Ayah Adam ingin mengucapkan tahniah kepada Kumpulan
Research and Product Innovation Center (R@PIC) yang memenangi CEO
award 2008. Banyak yang dapat dipelajari dari ucaptamanya.

Begitu juga dengan amanat Haji Safiee bin Haji Mohammad, CEO HeiTech
e*Business Solution. Antara kunci utama ialah Cost must be low,
Quality must be up and Customer Satisfaction must be up. Banyak
perkara yang meresap dalam minda ayah adam. Apa yang dibicarakannya,
ada kebenaran. Kalau kita tak berubah, kita akan lenyap dari senarai
syarikat di dunia.

Ayah adam harap, dapat menulis dengan lebih banyak tentang apa yang
diperkatakan namun sebahagianya adalah sulit.

Wednesday, December 17, 2008

Masa untuk derma darah.

Rasa macam baru lagi derma darah, rupanya dah hampir setahun. Kalai
terakhir pada bulan 1 tahun 2008 dan kini bulan 12 tahun 2008. Apa pun
Alhamdulillah. Selamat.