Dec 23, 2010

Kamu kategori mana?

Pernah tak rasa down atau sakit hati atau sedih atau kecewa. Haha. Soalan sengal jek. Sape lak yang tak pernah down kan. Tipu lah tak de. Yang bezanya kita tahu dengan tak je kan.

Sebab de orang sekali dia down, uih satu dunia boleh tahu ni. Siap boleh tahu sebab pe semua. Yela, kalau kau sendiri pergi bagitau terang terang kat fb blog or twitter..Takpe, tak cakap pun salah. Mungkin dengan cara tu dia rasa lega kan. Biarlah dia, asal dia tak kacau hidup orang kan..Suka hatilah blog dia, fb dia twitter dia. Kau tak suka tak payah la follow dia lagi kan.. Senang cerita.Tapi kalau down sampai keluar perkataan perkataan tak elok masa buat luahan hati tu aku kurang suka la..Tapis sikit boleh tak..hehe..Budi bahasa budaya kita...Aicece..=)

Tapi de orang pula dia buat dek je..Ni bukan pendam cuma orang macam ni dia tak suka orang sibuk sibuk nak tanya itu ini, kenapa kau down bla bla, atau dengan kata lain, he does not feel like talking. Orang macam ni kalau dia nak cakap, dia sendiri pergi cari kawan baik dia, cakap straight. Kau memang susah la nak agak bila masa dia down sebab dia ni macam ala ala pelakon sikit la..Sangat pandai cover bila dia down. Orang macam ni selalu dicop macam tak de masalah. Happy je memanjang.Btw, orang macam ni memilih sikit dan sangat perahsia. Dia tak akan senang senang je bukak cerita dekat random people..Selalunya kawan baik dia je yang tau tapi tak semua. Sebab dia rasa de benda dia rasa tak perlu nak bebankan fikiran kawan dia. Baik dia tanggung je sorang sorang.

De orang pula bila dia down je, orang keliling dia jadi mangsa. Tarik muka 14 memang langsung tak comel la kan..Yela, de ke muka masam comel. Tarik muka takpe lagi, ni lengkap pakej suma, orang tanya pape, nak tak nak je cakap, padahal orang tu tak de kaitan pun dengan masalah dia. Paling best kalau tak pasal pasal kau kena tengking..Itu memang terbaik la kan..Tapi kalau kau dah tau perangai kawan kau memang macam ni, kau biar je la dia. Tak payah nak sibuk sibuk bajet caring, tak pasal pasal gaduh je. Orang macam ni biasanya cepat lupa apa dia buat. Lepas tu dia baik balik macam tak de buat apa apa pun. Haha. So tak payahlah nak makan hati dengan orang macam ni..Buang karan je tau.

Ok..ni kategori last. Ada orang asal down je, dia tak suka cari kawan tak suka nak bising bising dekat fb blog or twitter. Dia bukak lagu kuat kuat agak agak sampai nak pekak. Pastu melalak sama. Lepas tu rasa lega sikit kononnya kan..Masuk bilik air jap..Bukan pergi sempurnakan hajat tapi pergi melalak dalam bilik air lak..eh bukan melalak..maksudnya menangis la tue..Yela..Kang pergi menangis kuat kuat dalam bilik, kantoi lak kan..At least masuk bilik air leh cover2 dengan bunyi shower ke..lol..Tapi lelaki mb tak buat kot nangis nangis ni kan..Tak tau la kot de..Takpe jangan segan segan..Tak hilang macho la setakat nangis je..Tapi kalau selalu sangat mungkin aku akan buat muka camni--> O_o..haha.

Ups..de lagi satu perangai orang bila down. Dia akan lepaskan rasa down dia tu dengan buat something yang lasak. Bukan la pergi pecahkan muka orang ke, hempuk kerusi ke..Tu macam kurang waras ye kawan kawan..Tapi kalau kau rasa nak hempuk gak kerusi, suka hati lah, barang kau kan. Ada aku kisah?=P Tapi aku pasti kau tak sampai hati nak hempuk laptop kan kan..lol..K sambung balik..De orang dia akan lepaskan down dia tu dengan pergi bermain main..Ish ni bukan setakat main main zeropoint ke batu seremban..Contohnya main futsal ke bola ke badminton ke..Takpun dia lari lari joging joging macam kena kejar anjing keliling taman ke..

Fuh fuh..Itu lah antara perangai perangai orang bila down. Aku yang..erk..biarlah rahsia..hehe..Apapun..Bila down tu..jangan buat benda tak sihat..Cuba salurkan ke arah yang sihat ye..Ala macam pergi main main tu ok la..tapi yang paling bagus dan InsyaAllah kurang rasa down tu..Minta tolong kat Allah, minta sungguh2 tau.Minta la apa kau nak minta kan..Mengadu kat dia..Biar terasa macam cakap sorang sorang pun tak pe sebab hakikatnya kita tak cakap sorang2..Allah kan Maha Mendengar..Hah, kau dah percaya kan dah akui kan..jadi kenapa nak rasa pelik bila mengadu2 kat Allah..Pastu macam biasa lah semua orang pun tahu kan..nak dengan tak nak je buat,baca Al Quran, banyak banyakkan solat sunat k..InsyaAllah tenang la hati tu..Wah bajet macam pakar motivasi plak dah..Aiceh..

K la tu je..setelah sekian lama aku tak update kat blog ni..Sian dia bersawang sangat dah.

Sep 8, 2010

Yuuuuhuuu!!

Blog ni mungkin akan jarang diupdate.
Ni tempat membebel baru. Sapa rajin lawat.
http://bilaakumembebel.tumblr.com/
Tak rajin tak payah.Tak paksa ok.
Huahua.
(otak senget menjelang hari raya..hooh)

Sep 1, 2010

Sem baru!

Semester baru dah bermula. Subjek kali ni macam menarik juga sebab ada praktikal.Tak adalah asyik belajar teori. Dan ada juga masuk fizik sikit sikit belajar pasal macam mana alat alat yang digunakan dalam makmal berfungsi. Lab dia memang memenatkan la..Mungkin juga sebab tak sempat rehat apa, teros pergi kelas, petang tu pula ada lab..Bayangkan tak tidor lebih dari 24 jam tolak tersengguk sengguk curi curi tidur masa dalam bas. Sampai ja kerbau, rehat dalam sejam, bergegas gi north. Nasib la mengadap kira kira (calculus2) bukan lecture immunology,kalau tak memang tak dapat la nak celik mata. Petang tu pula masuk lab instrumental analysis. Oh memang kepala jadi weng habis la..Nasib tak rebah..Hee..Lepas tu stay kat sekolah sebab ada iftar macam biasa. Pukul 10pm sampai rumah terus 'pengsan'. Esoknya pula kelas pagi sampai tengah ari. Patutnya de lab petang ni, nasib la cancel kalau tak mang tak tau apa jadi. Jetlag habis la petang tadi. Padahal homework berlambak, suma nak kena hantar esok. Terima kasih la..Kecewa juga sebab first day kelas dah belajar pun..Kena la cover sendiri.Tahun depan kalau balik confirm punya tak skip kelas walau sehari..Pengajaran pengajaran..Ngee..
Malam ni kena siapkan homework..Chayok!!
Petang ni malas nak pergi iftar jadi order pizza ja. Nak masak bahan mentah tak beli lagi + tak bertenaga..Hee..
Btw aku rumah aku penuh kali ni..Dapat housemate dan roomate baru..Sorang tu memang dah kenal pun, member sendiri je pon, sorang lagi pula baru nak kenal kenal =)
Dan oh minggu depan raya. Tak tahu lagi beraya di mana. Mungkin di kerbau saja.
Hmm tinggal berapa hari lagi puasa. Boleh tahan la puasa sini, subuh masuk 5 suku, maghrib dekat dekat pukul 8pm..Tapi kena bertahan sikit la dengan cuaca, memang panas semacam la jugak. Masih summer kan..

Apa pun, sem ni harap boleh bawak lagipun macam semangat sikit nak belajar sebab macam variasi dan seimbang sikit..Sebab ada bio, chem dan math.Beratnya tu dah terasa sikit la..Tak apa..jom berjuang dan menjadi nerd..!! WOHOO..:D
*ouch, tinggal lagi 4bulan ja nak masuk 2011. Huahh,dah nak 22..Tak bestnyeeee..=(

Aug 14, 2010

Huhu

Dah hari keempat puasa. Kali ini dapat lama sikit berbanding tahun lepas, lebih kurang 3minggu la. Kiranya balik sana, tinggal seminggu lebih lebih je puasa. Tahun lepas sempat seminggu puasa kat sini. Dah macam terbalik pula kan. Kali ini, kelas pun mula lewat juga..(yeke, ke sama macam tahun lepas?)..entah, tak pasti. Tapi seingat aku, tahun lepas balik awal sikit. Tahun ni, entah apa kes la buat kerja skip kelas sehari. Dan akibatnya dah terlepas orentasi masuk major. Padan la muka. Hmm tapi nasib baik skip ramai ramai..hehe..=P
Cuak tu memang cuak juga. Harapnya tak ada apa apa sangat. Huu..
Hah aku sebenarnya dah ada rasa bosan sikit sikit ni. Bukan apa, banyak sangat masa lapang.haha.Gedik! Dulu masa belajar, bising nak rehat la itu ini, nah sekarang dah cuti, rindu pulak nak belajar..haih entah apa apa. Tinggal lagi 2minggu balik sana dan tak tau kenapa rasa masa sangat perlahan. Mungkin sebab dah terbiasa puasa pergi kelas belajar, jadi rasa kejap je. Macam macam. Haih fanah, bersyukurlah boleh rehat rehat ni..Enjoy la! Lepas ni padan muka masuk tahun ketiga, mesti sangat busy okeh!
Ouh ya, sebenarnya saja ja syok syok nak update, padahal nak testing ni..hehe..
Siapa suka, meh tekan like..hee..:D..ups bukan suka aku, post aku la..ngaa..=P
Dan lupa pula..Salam ramadhan..Banyakkan amalan,rajin rajin tarawikh ye=).Tapi janganlah bila habis ramadhan, dah kurang amalan pula..hee..(peringatan buat diri)

Aug 4, 2010

快乐的

nak update nak update..hehe..ntah pape je.
sekarang,aku kat pelis..
dah gaya cam batwoman la pulak,kejap ada kat melaka,pastu kl tup tup
dah balik pelis..
pegi kl weekend semata yang tak tahan tu.
xpe la berkorban untuk orang tersayang ekk..=P
2 hari lebih tu aku terasa bajet sikit..konon konon artis yang perlu membahagikan masa nya buat keluarga dan peminat peminat..kah kah..
kakju! i tau u peminat i..kah kah..n u juga babe..peminat setia dari dulu=P
please jangan muntah bila baca ni, bagi la sekali sekala I nak perasan..ngah ngah..
Hari sabtu tu spend time dengan cik kak cik kak dari buffalo plus cik kak sesat dari pittsburgh..ngaa,memang maintain kodiang la u kakfatin=P
ntah camne ntah aku boleh sesat bergeng dengan seniors ni..
tapi apa pun memang gempak la walau xde benda pun yang buat sangat, masa banyak dihabiskan atas kereta..haha..tapi memang excited habis la bila masuk seksyen 18..
almaklumlah setahun kat situ, macam macam kenangan ada..heee..=)

then, hari ahad tu spend time lak ngan my next fans..=P
madiah dan ruru..dan ada la sekali si dak kecik tu, syafiq bersama mamanya..
layan budak kecik tu pun satu hal..ada ke main kejar kejar dalam mall??isk..
tapi berdating ngan cbuk geng mang best cuma mula mula memang rasa kekok habis,tak tau apasal..maybe sebab setahun dah tak jumpa ma babe.. dan ruru?? lepas spm dulu ke last kita jumpa??
adeh,lama tu..aku macam kena fikir balik macam mana aku bila bersama mereka ini..(ceh..ayat nak skema ja)..yela sebab aku rasa la..ni tak tau orang lain camne..sebab aku mesti akan berubah perangai atau cara pembawakan..lain orang lain caranya..adeh,itu dikira hipokrit ke??ngaa..tak kot..sebab bagi aku tu namanya mengikut suasana..yeke..mende la aku merepek ni..tapi betul lah kot,selalu dengan orang kita rapat sangat,gaya kita lain,dengan kurang rapat,lain pula gayanya..woah hipokrit ke tu?? ikut suka korang la nak fikir hipokrit ke tak..
huh papelah..btw,aku ada dalam sebulan la kat sini, dekat dekat sebulan lebih kurang..tak tau dah nak wat pe..maybe aku duduk je baik baik kat pelis ni..ngee..
ouh tadi dapat tau satu benda best..tak perlu cite sini..biarlah rahsia..heheh :D
tapi aku sedar yang benda tu boleh wat aku senyum senyum macam hape ntah sorang sorang..sah psiko!! tapi cam susah je nak capai..tak pe, jangan berhenti berharap!=)
ok la..sini dulu..daaa.

Jul 28, 2010

Gula dan kopi

"lagi bapa taun kat sana?"
"dua lagi" sambil senyum bajet comel macam cik T=P
"sat ja la..duk sana bapa lama ntah?"
"dua juga.."
"2 dah..macam sat je noo.."
angguk angguk kepala..(upss angguk angguk tak semesti tanda setuju ye!)


padahal dalam hati..
sat apanya..2 tahun tu macam 20 tahun! ngaaaa.. punya la banyak benda berlaku
sampai balik pun mau orang tanya..cerita la sikit pasal sana..
nganga.. nganga... sebab tak tau nak mula dari mana dan tak tau apa nak cerita.
2 tahun sama dengan 4sem, setiap sem tu cerita sangat berlainan..isk..
dah sebijik macam cerita novel dah mau karang..
tapi mau aku karang pun de ke orang nak baca??...haha..=P
(oit fanah!!,kau bajet ko artis!=P)

jatuh bangun..bangun jap, pastu jatuh balik..hati sakit pun de, pastu sembuh balik, pastu dah elok elok sembuh je,ada la pula yang datang bersama gula dan kopi..
manis je kan,pastu pahit semacam je..abaikan,sebab aku je faham apa yang aku merepek ni..tapi biasalah tu..adat hidup kan..
mau sedap je duduk kat atas tilam empuk,sekali sekala kena tidur atas tikar mengkuang,pe salahnya sakit sakit badan kejap kan..
apa pun,setiap yang berlaku tu mesti da sebab, kesilapan sendiri juga.
tak apa, hidup ni kan satu perjuangan..mengejar syurga..ada ke orang mengejar neraka?
kenyataannya banyak..cuma diri je yang tak perasan benda tu atau buat buat tak sedar.
sebab manusia kan sifatnya memang camtu lalai..
tapi janganlah pula dijadikan alasan untuk mengejar benda yang mungkar,
benda yang Allah suka/Allah perintahkan tak nak buat..
Setiap hari, perbaiki diri..nak berubah drastik memanglah susah..
Selalu fikir mati pun bagus juga,jadi pendorong untuk beramal..
Banyak mana sangat la amalan..Cukup ke nak dibawa ke sana?
Bukan budak budak kecik lagi yang tak tau fikir dosa pahala..
Sebut pasal budak kecik.teringat Irdina..
Sudah besar budak itu..tak de lah besar mana pun..
selalu cakap sorang sorang "taa taa..daa taaa daa.."
haha ntah pape je..bahasa alien..ngeh ngeh..
ok.cukuplah update ni.dah berhabuk benar aku tengok blog aku ni..
cuti tinggal lagi sebulan.

Sem depan, sem baru..wee..dah yes, InsyaAllah nak buka buku baru=)
apa apa benda sakit hati ke luka luka ke simpan je dalam buku lama
pastu campak jauh jauh..haha..lepak lepak sudah..apa la sangat nak banding
dengan orang Islam kat Palestin tu yang jauh jauh benar hebat ujian yang Allah bagi..
kita yang tengok dan baca ni dah rasa semacam tambah yang merasa kan..
So sama sama lah muhasabah diri dan perbaiki mana yang kurang..=)

Jun 27, 2010

Jalan jalan=)

Kali ni aku nak cerita pasal aktiviti jalan jalan sempena habisnya kelas summer..sebelum ni kan macam serius je post aku, macam nak marah orang pun de bila baca balik..okeh so sekarang kita relax relax sikit ^_^

Kelas summer aku habis dengan rasminya hari jumaat, dekat dekat pukul 9 pagi..Pukul 7 pagi dah tercongok depan tempat tunggu shuttle tu..ngantuk toksah cakap la..sebab sejak kelas summer ni, aku selalu malam berjaga sampai ke subuh tak tido, siang faham faham lah kan..=P
lepas tu tunggu la punya tunggu sampai pukul 8.00 pagi, baru exam..
habis je exam tu, aku terus cabut..Sebenarnya dah rancang dari semalam, nak pergi makan McD kat hujung jalan keluar dari school.
So, habis je exam, pergi la makan egg n cheese muffin dan mocha..nasib aku tanya dulu de pape tak selain egg dalam muffin tu..kang free free je merasa ham/pork..eww..so aku mintak nak egg n cheese je..

Sorang sorang duk melangut kat McD tu, muka happy habis tak boleh belah sebab rasa bebas gila gila kot...almaklumlah lepas ni kan balik..wohoooo :D
Aku toleh la kiri kanan jap, err tengok makcik n pakcik tua je banyak..serius, kadang kadang tahap nenek dan atuk dah ni..huu, ni satu benda aku pelik dari dulu, kalau kat Malaysia, confirm penuh pasangan pasangan muda mudi kat McD..ni aiyark..tak pasal pasal terasa satu geng lak..hooohh =.="

Then malam tu, aku dan kengkawan pergi usha bunga api..huu..dah lama tak tengok bunga api okeh..kat sini, setiap jumaat de bunga api kat niagara fall..cantik wuu..ramai orang berkumpul kat padang depan air terjun tu sambil melangut kekaguman tengok bunga api..







Esoknya, cadang konon konon nak petik strawberry..Malangnya strawberry farm tutup, dah habis dipetik orang T_T so, malam tu, gi la petik kat kedai je =.="

Next,ahad..hari terakhir rent kereta..Sebab kitorang tak de keta, so nak gi jalan, kena la rent..Hah sebelum tu, sempat gak aku lepas rindu memulas stereng dan menekan2 minyak dan brek..hehe..balik ni lesen jom!(ces, padahal orang lain lepas spm dah de lesen, aku baru nak terkial2..nyesal lak dulu xmo amek..hmm abaikan)
Ok sambung balik..So last day berjalan jalan ni, kitorang gi pantai..nama dia Beaver Island..Best jugak la tempat ni..Sesuai nak picnic..main frisbee ke..Tapi tadi kitorang main teng teng dan frisbee..

ok tu je la aktiviti best+habis gempak aku buat sebelum balik minggu depan..best+penat..aduss,pe aku nak wat 5 hari yang tinggal ni sebelum balik ha??on9?boringg...nanti lama lama kena tambah power lak asik ngadap laptop je.hoh..
Bola??erkkkkkkkkkkk....Takpe la..aku lebih rela main dengan cik T dari tengok bola=P

Jun 21, 2010

Remaja dan seks

Apa nak jadi dengan remaja sekarang?

Serius rasa takut dan terkejut bila baca berita harian tentang remaja 13-25 tahun yang mengaku terlibat dengan salah laku seksual dan gejala seks.
Tu yang mengaku, yang tak mengaku entah berapa ramai. Itu belum termasuk pergaulan bebas laki perempuan, pegang pegang yang kononnya ringan ringan je bagi mereka asal tak sampai tahap mengandung sudah.
Itu tak termasuk lagi dating sana sini, berdua bajet macam suami isteri. Kalau mati masa tengah pegang pegang or tengah jalan jalan pegang tangan pergi tengok movie, pastu kena langgar kereta, mahu ke mati dalam keadaan camtue? Haih tak tau la pe nak jadi.

Lantaklah orang nak kata aku kolot ke, bajet baik ustazah,or perempuan tak laku bising je lebih, tak de boyfren or whatsoever. So what, kalau tak de boyfren?
Terasa de jaminan ke boleh kahwin aman damai, ada jaminan ke bahagia dunia akhirat, kalau perangai masa muda kira nak berhibur je, ilmu agama entah ke mana..
Boleh ke nanti nak didik anak2 jadi baik, berakhlak kalau bakal ibu bakal ayah pun dah perangai macam apa..
Bercinta tak ingat dunia, agama buang tepi. Yang lagi tak tahan, tanpa segan silu, boleh pula post gambar2 bersama dating, tangkap gambar dekat2 bajet macam dah jadi suami isteri..yang lagi sedih tu bila orang yang tau hukum tapi tak tau la asal buat buat tak faham pulak.

haih perempuann, silalah jaga akhlak kamu, tak sayang diri ke..Tak takut dosa ke..
Tak nak salahkan lelaki sangat sebab lelaki ni tak de sebab nak paksa kalau perempuan tu tak bagi..
So perempuan, please la jangan jadi desperate sangat. Biar tak de boyfren pun tak pe, dari hidup bergelumang dengan dosa..
Zaman sekarang yang makin pelik, benda yang terang terang salah dianggap biasa.
Somehow rasa bersyukur sangat sangat datang sini, sebab tak ramai melayu, so pengaruh yg konon2 benda biasa tu, berdating sana sini bajet suami isteri tak de kat sini. Aku tak tau la kat local ipta camne..tapi dari pembacaaan dan dari kawan2 kat sana, benda2 camni sangat2 lah normal.
Yang tak terlibat tu pulak dianggap luar biasa.
Kat sini, universiti lain aku tak tau la camne..Tu baru satu hal..Yang satu hal lagi, pasal bukak tudung padahal tahu hukum hakam agama, yang lagi sedih pergi sekolah agama kot..Tak tau la culture shock dekat dari arah mana sebab punya la berlambak orang Islam kat Malaysia tu. Tapi yang lagi sedih, banyak kes pakai tudung tapi dressing fuhh kalah orang yang free hair ni..Kalau orang yang tak faham maksud 'menutup aurat' tu camne, tak pe jugak..Ni yang faham ni,tak tau asal still nak buat. Takkan nak tunggu tua baru nak berubah, kalau mati masa muda camne..Bukannya kita tahu pun bila masa nyawa ni Allah nak ambil.Pinjaman je kot.
Btw for those yang tak tahu(perempuan), menutup aurat tu bukan sekadar tutup rambut semata-mata, tapi biar sampai tak nampak susuk tubuh,tak jarang dan tak ketat.Tutup semua kecuali muka dan tapak tangan. Aku perasan kat Malaysia, trend sekarang pakai selendang ek? Tapi satu yang tak best, makin lama aku tengok,asal makin singkat je selendang tu + nipis lak tu.Nak bergaya pun, tapi agak2 la batas wahai perempuan..Bukannya rugi pun jaga..Untung lagi adalah..Allah pun suka.

Aku ingat lagi dulu masa first year, aku je satu2 orang pakai tudung gi kelas, dan satu2 nye orang Islam for most of the kelas..Pernah gak la kekadang rasa cam alien gitu. Rasa cam orang asyik pandang2 gitu dan tak rasa macam orang lain.
Sampai satu tahap aku macam pernah terfikir gak nak bukak je, tapi nasib baik mak ayah dah kasi didikan agama secukupnya+hantar pergi sekolah agama, tahu benda tu salah. Pengajaran kat sini,kalau nak buat pape pun, kita kena la fikir dulu, bukan main taram je sebab orang lain buat, kita pun rasa best nak buat. Apa apa hal pun, berbalik pada Al Quran dan sunnah. Bukan hidup suka hati macam orang tak ada agama. Sia-sia je kat IC tu tulis ISLAM..Macam tak de nilai.Patutnya buat kurungan sekali ISLAM(warisan)..

Sorry la post ni sangat lah tajam gitu,memang tak ada tapis2 lagi. Cuma rasa bertanggungjawab untuk tegur dan peringatan untuk diri jugak. Sebab aku pun banyak cacat cela dan sedang dalam proses memperbaiki diri menjadi sebenar benar Muslim, bukan sekadar warisan mak bapak je..

Jun 12, 2010

Cik T

Wah, Jun sudah. Tak lama Julai. Nervous pula..hehe..maklumlah dah setahun tak balik. Heh, ngada ngada je bunyik=P
Minggu depan last lab fizik..Yeay!! Wah tak sabar.
Tapi yang tak bestnya, kena stay dekat seminggu pula lepas habis exam sebelum boleh terbang balik..Haih.Nak tiket murah sikit punya pasal,terpaksa la.
Cuti hampir 2bulan..Ok lah tu..Walapon tak sempat nak raya..sob sob sob.
Btw, rumah kitorang sekarang de orang baru.Nama dia cik T. Dia baru 3bulan camtu..Sangat aktif tapi kekadang bila datang mood malas, tido je tak berhenti..huh.







*orang kata bela kucing hilang stress tapi aku lak makin stress sebab dia comel sangat!!!haha..:D

May 20, 2010

musim panas!!

Musim panas sudah kembali!! Yeay!
Suka sebab apa? Sebab dah tak lama nak balik. Kena la mula mengira hari untuk balik Malaysia kan kan..hehe..Tapi ada orang lain sibuk kira hari nak final..Takpe,lepas final,boleh balik gak..hee..
Macam tak percaya pula dah nak masuk tahun ketiga..Wah cuak kot..
Nak masuk major pun sakit..Tambah bila dah masuk major..
Macam biasa, setiap tahun, mesti ambil summer class. Tahun ni paling dilema kut nak pilih kelas mana..Plan kena betul, kena ada strategi, bukan main taram je ambil..
Akhirnya, decide ambil 2 subjek. Kelas tetiap hari, paling lewat pun sampai 1 petang camtu la..Malas den nak ambil kelas petang..
Ingat lagi masa baru buat blog ni, aku de cerita pasal grad my seniors..Masa tu first time attend commencement kat US..Hari tu, untuk kali kedua, aku attend lagi..Tahun depan?? Takde dah, coz dah tak ada seniors..Haih..Tapi InsyaAllah lepas tu (lepas 2tahun), giliran aku lak..Pray for me =)
Ni gambar2 grad my seniors..







May 4, 2010

random

random..
aku perasan cam ramai lak orang layan adamaya.
dah jadi popular ala ala nur kasih gitu.
aku pun layan gak. Tapi tak ada la minat macam tengok nur kasih.
tiba tiba rindu nur amina. suka tengok dia bawa watak perempuan yg kuat, lembut tapi tegas..sebab rindu nur amina or tiz zaqyah, layan la asmaradana. boleh tahan la cite ni pun, tgk pun sebab pelakon perempuan dia cun cun..haha.
(aku suka tgk perempuan cantik=P..xpe..I perempuan, usha perempuan xde salahnya..haha)
dah merepek2..abaikan..

sebenarnya nak share lagu ni..jom jom dengar:))

Apr 28, 2010

stress???!




Tak ada sebab musabab sangat tetiba upload si comel ni..
Lately mengalami gangguan mental yang agak ekstrim..ngah ngah..bukan gila lah..biasalah tensen kan nak habis sem ni..normal la tu..lainlah kau pelajar hebat+gempak+dasat yang selalu dapat 4flat setiap semester..huhuhuhu..
dah abaikan pasal tu..
Jom tenung2 kucing sekor nie..Tak rasa ke comel dia cam ekstrim..GERAMMMM!!!
*Tolonglah someone kasi aku hadiah kucing sekor~ XD

Apr 15, 2010

nikmat sihat

Baru perasan sangat lama kot tak update.
Agak sibuk+ketandusan idea.
Apapun, tinggal lagi setengah bulan je lagi.
Ya Allah, macam tak percaya pun ada. Agak cepat la semester ni.
Biasalah 1 sem kat sini sangat pendek tapi punyalah padat. 1 sem tak cukup 4bulan pun sebenarnya, hampir hampir 4 bulan je. Tapi yang tak boleh blah, walaupun dah kat 2 tahun kat sini, masih macam terkejar kejar dan merungut dengan sistem belajar kat sini yang almost every week ada exam:P haih apalah aku ni.

Abaikan pasal tu. Nak cerita sikit pasal satu nikmat yang aku selalu lupa iaitu sihat. Masa demam hari tu, baru la macam tersedar betapa bestnya sihat. Selalu macam tu la kan, bila dah hilang something, baru lah nak sedar kepentingan dia.hmm.
Bila dah sakit tu, baru la nak ingat Allah lebih kan.
Terasa macam nak mati pun ada, pastu mula la terfikir adeh banyak nya dosa sana sini, dengan amalan yang tak seberapa lagi, sedia ke nak jumpa Allah..Terus macam insaf gitu. Tapi bila fikir fikir balik, sakit tu satu nikmat juga sebenarnya,sebab masa sakitlah rasa macam sangat hampir dengan Dia. Pastu macam muhasabah balik diri. Dapat bentuk diri jadi lebih sabar dan redha.

Cakap pasal sakit, teringat cerita melayu Asmaradana samarinda tu. De la juga pengajarannya dalam cerita tu walaupun tak banyak. Ada pasal hikmah sakit. Si mak mentua yang selama ini asyik cari kesalahan menantu dia akhirnya kena stroke. Dah sakit tu, menantu yang dia asyik cari gaduh tu juga yang jaga dia, kiranya dia berubah la lepas dia sakit tu..Besar kan hikmah sakit ni.
Apapun aku kena jaga kesihatan elok elok,dah la bulan ni memang bulan berperang dengan exam every week.Oh fanah, sila jangan stress sangat okay.Hooh.

*Usaha habis habisan. Doa terus terusan. Tawakal.

Mar 13, 2010

Kenal

Sikit lagi, dah separuh bulan Mac
Lama betul tak update ni
Spring break pun nak habis dah
Agak sedih. Tapi tak apa. Dah puas dah berehat2.
Tengok movie. Jalan2. Tidur:P
Tapi kena ingatkan diri, enjoy2 juga, tanggungjawab jangan sesekali lupa.
Yeah, assignment. Study. Kehidupan normal seorang pelajar.

Tapi terhenti di situ saja ke tanggungjawab kita?

Tanggungjawab seumur hidup kita. Sudah tentu dengan Pencipta, Allah.
Hubungan dengan Allah tu lain. Tak boleh nak buat sekerat-kerat atau nak buat hanya bila rasa suka.
Bila rasa rajin.
Bila rasa sedih
ke.
Baru lah kalut nak buka Al-Quran. Baru nak doa.

Memang la bagus bila ada kesedaran tapi seeloknya usahakan supaya berterusan atau istiqamah. Bagi ada rasa atau penghubung denganNya.
Pendapat aku konsepnya sama dengan cinta kita sesama manusia.
Macam mana nak cinta, kalau kenal pun tidak. Contohnya tahu nama je.
Jumpa tak pernah, bercakap tak pernah, apatah lagi nak kenal sifat2 orang tu.
Baik ke peramah ke kelakar ke.
Contoh selalu kita dengar pasal kawan yang dah makin jauh rasa.

'Dah jarang contact.'
'Dah lama kot tak jumpa dia.'

Jadi rasa itu makin lama makin pudar. Paling teruk terus hilang. Tak ada dah rasa cinta.
Cuma bezanya kita mungkin rasa macam hubungan dengan Allah macam sebelah pihak je kan.Kita yang kena jumpa dia 5x sehari (solat), baca A-Quran, puasa.
Inilah silapnya. Silapnya tak kenal Allah betul betul.
Bila dah tak kenal,macam mana nak cinta. Dah tak ada rasa cinta, nak jumpa Allah pun rasa malas je kan apatah lagi nak buat benda Dia suruh dan tinggalkan benda Dia larang.

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujjah-hujjah di antara manusia melalui Al-Quran supaya mereka berfikir (mengenalku serta bersyukur); dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku kufur."
Surah Al-Furqaan:50

'Supaya mereka berfikir' dalam erti kata lain mengenalku serta bersyukur.
Allah pun dah tekankan 'mengenalku'.

Teringat ayat popular ni. 'Tak kenal maka tak cinta'
Tapi sayangnya orang suka kaitkan kata kata ni atau lebih tepat aplikasikan dengan cinta dengan lelaki perempuan je.

Kesimpulannya, kita yang atas kad pengenalan-Islam ni jangan rasa terlalu relax dan leka, cari dan cari ilmu tu. Banyak. Nak tak nak je. Internet ada. Gunakan sebaiknya, bukan asyik melayan movie je(peringatan untuk diri sendiri juga). Bukannya tak boleh tapi seeloknya janganlah berlebihan sampai abaikan tanggungjawab dengan Dia.
Tapi sumber yang paling utama sudah tentu Al-Quran. Tetapi,hanya sekadar baca tanpa faham pun tak ke mana juga. Sebab faham itu penting. Bila dah faham baru rasa seronok nak beramal bukan sebab terpaksa :)

Apapun, yang baik dariNya
yang tak baik kelemahan diri sendiri

Feb 24, 2010

Hari Jadi

Ini kali kedua menyambut hari jadi di sini
Sambutan itu tidak perlu, tapi lebih kepada meraikan
melahirkan kesyukuran masih dipanjangkan umur.
Alhamdulillah.
Dan mungkin juga hari itu kita terasa dihargai dan disayangi
Siapa tak suka orang sayang kan
Tak perlu dinyatakan umur ke berapa. Yang tahu diam diam sudah :P
Bercakap pasal umur, mesti nak kaitkan dengan kematangan
Setiap orang itu berbeza kematangannya
Umur sama tapi belum tentu mempunyai tahap pemikiran dan pandangan yang sama
Pendapat aku seseorang itu semakin matang apabila dirinya didedahkan dengan
pelbagai suasana, pelbagai jenis ragam orang dan pelbagai bentuk ujian dariNya
Sebab dari situ, fikiran tak sempit hanya pada satu arah sahaja
Kekuatan menghadapi dan menangani ujian hidup menjadikan diri makin kuat
Di luar mungkin kelihatan gembira ceria tapi sebenarnya
Aku punya ujian berperang dengan diri sendiri
Terlalu banyak nikmat dunia yang sementara perlu diperangi
Kalau tersilap langkah boleh menjauhkan diri dariNya
Berfikir dengan akal yang sihat, rasional dan ilmu
untuk memilih yang lebih utama
Berusaha untuk menjadi hambaNya yang terbaik
Kadang kadang tersasar dari jalanNya
Berharap dengan umur yang semakin meningkat
Ilmu makin bertambah
dan dimanfaatkan sebaiknya
InsyaAllah
Moga kita semua berada dia bawah lindunganNya

*26 Feb. Hari jadi my hero. May Allah bless him. Love always~

Feb 13, 2010

Susah?

Februari sudah.
Baru suku semester tapi sudah ada exam
Perkara biasa mungkin di mana mana university di sini
Ouh mungkin akan berkata 'biasalah test je pun'
Tapi beratnya itu sama sahaja seperti final
Jika kecundang di awal exam. Hah sakitnya untuk cover.
Dan lebih sakit bila mendapat lecturer yang bukan tak bagus
Tapi mungkin aku yang tidak cukup bagus untuk faham
Jadi belajarlah sendiri sampai otak sangat penat
Dan terima kasih buat kawan kawan yang sama sama membantu
sebab semua pun sama
merungut tak faham juga

Ouh memahami ilmu bukanlah mudah
Tidak semudah tidur dan makan
Tidak semudah menonton movie
jalan jalan shopping
Tapi ia jadi mudah buat kita yang mampu ni
Ada orang susah nak tidur sebab insomnia. sampai kena depend dengan pil tidur.
Ada orang yang nak shopping tak mampu, duit tak ada

Jadi jangan cepat melatah bila susah
Dan jangan pula bandingkan dengan orang lain
Sebab nak beritahu orang dia lagi susah
Kononnya dia lah yang paling susah
Yang paling hebat cabarannya

Contohnya:
'alah ko nye course pe la sangat. Aku ni punya la berlambak subjek nak kena cover. Semua tahu kot aku nye course susah'
'alah, subjek tu je pun. Aku ni bla bla bla..'

Ouh agak tak sedap di situ.
Kenapa mahu berlawan siapa lagi susah.
Sepatutnya cakap yang baik baik. Naikkan semangat.
'InsyaAllah kau boleh buat.Nak berjaya, kena la susah dulu.'
Hah tak ke sedap bunyinya.

Ingat ini. Lain orang. Lain kemampuan.
Lain orang. Lain ujian dia.
Bila rasa susah. Ingat. Bukan kita seorang je yang rasa.
Semua orang pasti merasanya cuma mungkin dalam keadaan yang berbeza.

Apa apa pun.
Jom bersusah bersama sama
Berjaya sama sama


p/s: dengar my juniors ada exam lagi. Goodluck korang:)


Jan 31, 2010

RINDU

R I N D U

Aku sangat rindu. Rindu pada semua.
Rindu keluarga..Itu sudah pasti. Tiket sudah ada. 4 Julai 2010. Sangat tak sabar.
Tapi aku perlu sabar. Sabar sabar sabar. Lagi 6 bulan.
Sebelum tu Spring semester dan Summer kelas dulu...
Suka suka suka(padahal dalam hati...benci benci benci)
Lepas tu aku rindu seniors juga.
Teringat zaman dulu dulu..Banyak kakak kakak.. Suka suka suka.
Sekarang banyak adik adik..Tak apa tak apa..My turn jadi kakak eh.
Rindu jalan jalan buat aktiviti best dengan seniors..wee.
Rindu juga kawan kawan terutama CBUK geng..
Semalam tengok video kitorang.
Sedih sedih campur gembira. Sedar tak sedar dah dah nak masuk 6tahun.
Tadi dapat gather sama sama..Suka suka suka..
Masih macam dulu dulu. Kuat merapu. Sayang sayang sayang korang.muah muah muah.haha.
Nanti nak jumpa..mesti jumpa tau..huk huk.
Aku dah lalui 4 zaman.sek rendah, sek menengah, kolej dan university.
Kalau diberi pilihan mahu kembali masa sek menengah..haha.
sebab masa tu tak payah fenin fenin fikir. Budak budak lagi.
Pergi sekolah. Buat bising. Sembang sembang. Kacau kawan. Buat cikgu marah.
Huahua..Sangat best dan penuh kenangan.
Lagi satu best sebab semua perempuan.haha..girl power!
(tak anti lelaki.harap maklum =P)

Ni tadi merepek2 dengan CBUK geng.71 komen!

*tak tahu kenapa aku suka ulang ulang satu perkataan 3x*

Jan 24, 2010

KAWAN

KAWAN
Siapa yang tak nak ada kawan.
Belum menjejak kaki ke tadika lagi, aku dah ada kawan.
Dengan abang aku la (walaupun aku rasa dia lebih banyak membuli dari berkawan..tak apa..anggap je kawan.haha.)
dan ya, sepupu aku juga, aku panggil dekwa.
Bila dah pergi tadika, dapat kawan kawan lain pula.
Kemudian sek rendah, sek menengah, dan sampai ke kolej dan ya sampai sekarang:)
Tahun demi tahun kawan itu bertambah.
Ada juga yang hilang.
Ada yang masih kuat ukhwahnya.
Ada yang biasa biasa sahaja, melihat perkembangan dari jauh.
Dari mana tu? Facebook dan blog la..mana lagi kan..hehe..:D
Friendster? Erk. maaflah dah lama delete.

Bila dah besar ni..Umur pun dah bertambah (ish sensitif bila sentuh bab umur ni:P)
Mesti akan menilai semula atau sedar.
Mana satu benar benar sayang kamu sebagai kawan. Mana satu benar benar kawan baik.
Bukan sebab kamu pandai. Bukan sebab kamu kaya. Bukan sebab kamu cantik. etc etc.
Tapi sebab kamu adalah kamu. Baik buruk kamu.
Yang baik dipuji. Supaya kawan itu rasa senang.
Yang salah ditegur. Supaya kawan itu tahu dia ada buat silap.
Tapi janganlah tegur membuta tuli, tanya baik baik, tegur baik baik.
Kalau tak sampai bila pun dia takkan tahu silap dia dan terus membuat kesilapan.
Sebab kamu sayang kawan kamu.Kamu mahu dia berjaya sama sama ke jalan yang diredhaiNya..Itulah baru kawan.

Kawan baik tak bermakna kawan yang kamu perlu cerita semua tentang kamu.
Bila kawan kamu berahsia. Hormatilah dia. Sebab dia juga punya ruang dia sendiri.
Kawan baik tak akan berprasangka buruk dengan kamu.
Kawan baik itu tak akan cemburu dengan kamu. Bila dia lihat ramai orang sayang kamu dan ramai orang mahu rapat dengan kamu.
Dia akan makin sayang dengan kamu dan rasa bertuah dapat jadi kawan kamu.
Kawan baik itu tak akan menceritakan perkara perkara buruk tentang kamu bila berbicara dengan kawan lain walaupun masa itu dia sedang marah dengan kamu.
Kawan baik itu tak akan cari kamu bila masa susah sahaja, bila perlu kawan untuk mendengar. Tapi dia cari kamu sebab mahu tahu tentang kamu, mahu berkongsi suka duka.
Kawan baik itu bukan diukur dari lamanya masa kamu kenal atau banyaknya masa kamu luangkan bersama.
Kawan baik itu bila dia dapat pengaruhi kamu ke arah kebaikan.
Dan dia tidak menolak bila kamu mengajaknya ke arah kebaikan.
Itulah sebenar benar kawan. Ukhwah yang terbina kerana Allah.
Jom berusaha jadi kawan yang baik.
Barulah kita akan mendapat kawan yang baik juga :)

*Sebenarnya sangat rindu kawan kawan aku. Nak ambil kesempatan mohon maaf kalau ada buat salah silap sepanjang kenal. Tak kisahlah kawan tadika ke,sek ren,sek men,intec,suny..huahua..*dah macam hari raya lak..xpe..takkan tunggu raya baru minta maaf*

Jan 17, 2010

CINTA

Akhir akhir ni aku lihat banyak post pasal cinta. Tapi sudah tentu pengisian yang berbeza.
Ada orang jatuh cinta, meluah rasa resah di hati.
Ada orang jatuh cinta, meluah rasa rindu kepada orang yang dicinta.
Ada orang jatuh cinta tapi tak mahu melayan cintanya, berharap Allah melindunginya dari cinta yang melalaikan malah merosakkan.
Ada orang mungkin jatuh cinta mungkin tidak, tapi mengingatkan teman agar tidak terjerumus ke dalam cinta yang merosakkan itu.
Pokoknya semuanya soal cinta.

Ouh aku pula bagaimana? Cinta jugakah.
Persoalannya kat sini kenapa semua asyik fikirkan soal ini.
Kenapa? Tak bolehkah?
Bukan budak budak lagi, sedangkan budak budak pun lagi pandai bab bab ini.
Boleh. Bukan tak boleh. Jatuh cinta itu normal. Tiada apa yang pelik pun.
Yang menjadi pelik bila cinta itu buat jiwa kacau, hidup tak tenang.
Lagi teruk, terus rosak. Rosak bagaimana?

Rosak bila kamu asyik fikir soal cinta sampai kamu lupa tanggungjawab kamu sebagai hambaNya.
Rosak bila kamu asyik melamun fikir
adakah dia jodohku
adakah dia juga sedang rindu aku
adakah dia akan setia pada aku
adakah dia akan tinggalkan aku
adakah dia tipu aku selama ini
benarkah dia betul betul suka aku
perlukah aku terima dia menjadi bf/gf aku

Ouh sedihnya..berapa banyak masa kamu terbuang bukan
Dan lagilah rosak bila masa kamu terbuang dengan berjumpa,(dating) dan etc etc.
Padahal dia itu bukan milik kamu.
Istilah 'in a relationship' itu tidak wujud selagi mana dia itu belum sah menjadi hak kamu, halal bagi kamu.

Jadi mengapa perlu membuang masa?
Sedangkan banyak lagi perkara lain yang kamu perlu risau
Yang kamu perlu cari
Yang kamu perlu perbaiki
Bagaimana hubungan kamu dengan Dia?
Kamu tak takutkan makin jauh dengan Dia?
Kamu tak takutkah Dia 'tinggalkan' kamu?
Selalu tak periksa?
Pernah tak rasa rindu Dia?
Rindu itu dalam erti kata,
'sehari tak baca Al Quran, jiwa rasa kosong. Bila lambat solat, mula rasa bersalah.
Bila tengok benda yang melalaikan, cepat cepat tersedar, rasa Allah sedang perhatikan'
Ouh itu antara contoh contohnya..
Ada ke tak ada? Mari periksa sama sama.

Itulah yang aku maksudkan dengan rosak.
Rosak bila sebahagian atau mungkin keseluruhan hati kamu itu diambil alih dengan cinta yang rosak.
Bila hati dah dipenuhi cinta rosak itu, masih adakah ingatan kamu untukNya.
Ya,kalau ada pun..berapa percent sangat? Cukupkah untuk bekalan akhirat kelak?

Agak sedih bila cinta rosak ni jadi keutamaan.
Itu baru cerita jatuh cinta. Bagaimana putus cinta?
Menangis air mata darah macam suami/isteri mati?
Ada ke kamu menangis bila mendengar ramai yang tersepit, tercedera, hilang nyawa akibat gempa bumi di Haiti baru baru ini.
Ada ke kamu ambil kisah tentang perkara2 yang berlaku di sekeliling kamu.
Musibah, perang atau bencana.
Buka minda. Jangan biar terperangkap dalam cinta rosak.

Moga aku juga dijauhkan dari cinta rosak. InsyaAllah.
Yang baik itu dari Allah.:)

Jan 9, 2010

Sudah 2010

Lusa adalah harinya.
Sejujurnya aku tak bersedia.
Oh tak bersyukurkah aku?
Hampir 3 minggu tinggalkan buku. Sentuh pun tidak. Apatah lagi mengemas semula nota nota lama yang dah bercampur campur tu. Physiology, Organic Chemistry dan Fizik.
(sebenarnya tak ada la lama sangat, baru je beberapa minggu lepas aku tinggalkan setelah berakhir semester yang sangat menyeksakan bagi aku, Fall2009)
Tapi Alhamdulillah berjaya juga harunginya. Tapi lelahnya masih terasa. Belum puas rasa berehat-rehat. Perjuangan baru bakal bermula.

Spring 2010..ups sudah 2010.

Maksudnya apa? Umur pun sudah bertambah. Agak sedih ya di situ..T_T
Percaya atau tidak, bila umur bertambah.
Benda yang datang dalam fikiran, mesti ini kahwin..haha..Banyak la kahwin, diri sendiri pun tak terurus.
ok abaikan pasal kahwin.:P

2009. Banyak kenangan. 2010 bagaimana ya? Hanya Allah yang tahu.

Mana tahu mungkin ini tahun terakhir aku bernafas di bumiNya.
Cukupkah amalan? Belajar belajar juga tapi jadi sia-sia bila tujuannya hanya di dunia sahaja.
Sebab mahu 4flat sematakah? .Dapat kerja bagus? Mahu beli kereta besar? Rumah?
Jadi mind setting kena perbetulkan. Yang lepas biarkan lepas.
Bersyukur dengan apa yang ada, dengan apa yang Allah dah beri.
Usaha mesti berterusan + doa yang tidak putus.


Dan hargailah orang orang yang hargai kita dan mungkin selama ini dia pernah menjadi orang penting dalam hidup kita dan pernah sekurang-kurangnya buat kita bahagia.
Ouh mungkin kamu kata tak dapat lagi jadi macam dulu atas sebab2 yang kurang pasti. Sudah berubah mungkin. Tanpa disedari. Tapi sebaiknya sesama Islam, elakkan bermusuhan, belajar memaafkan.
Cemburu, sakit hati, marah bila dibiarkan membuat jiwa tidak tenang.
Tak guna bermasam muka pada benda yang tak perlu pun. Esok tiba-tiba mati macam mana, berbaloikah bawa masuk kubur semua tu.
Hidup ini simple jika apa yang kita fikir dan tindakan kita kerana Allah.
Kita yang suka buat ia menjadi kompleks.
Hidup di dunia ini ujian semata dariNya samaada kita benar benar beriman denganNya.

Susah itu satu ujian dan senang itu juga satu ujian.
Aku paling takut ujian senang. Sebab cepat terbuai dan leka.
Selalulah bersyukur padaNya walaupun benda itu nampak simple.
Jangan hanya nak ucap syukur bila result gempak.
Kadang kadang kita terlepas benda benda simple.
Bersyukurlah padaNya kita masih mampu lihat, dengar, cakap, bergerak, makan, minum, tidur. Alhamdulillah ditambah sihat pula tu.

Ouh bersyukur bukan sekadar mengucap Alhamdulillah.
Gunakanlah sebaiknya pemberian yang Allah dah beri.
Contohnya, kurangkan menonton atau mendengar benda2 yang boleh buat kita lalai dari mengingatiNya.

*Moga hari esok lebih baik dari hari semalam.*
*Ouh dan ya..jangan segan2 tegur diri ini jika tersasar dari jalanNya. Sama samalah kita ingat mengingat :)*