Nabhan and Nuha
Dalam banyak2 baby Dundee tahun 2004, Nabhan adalah yang terakhir lahir, dan dia tak sempat masuk buletin KMD pun sebab saya sakit nak bersalin lepas hantar manusrip Buletin KMD ke kedai untuk dicetak. Jadi, gambar dia tak sempat masuk.
Suatu masa, waktu tu Nabhan belum boleh berjalan, hanya merangkak. Nuha geram sangat kat Nabhan dan suka gigit, sebab kira mcm baby la. Pantang jumpa, dia akan gigit Nabhan. Sebagai ibu, saya mengerti, budak2.. biasalah, belum mengerti. Dalam hati saya, saya yakin, mereka berdua ni, walaupun masa kecil pantang jumpa, kena buli, sampai Nabhan fobia tgk Nuha, Insya Allah bila besar mereka akan berkawan baik. Entah2 jadi menantu, hehe.
Semalam, Nuha datang rumah dengan K Imah. Bila K Imah balik, Nabhan menangis2 nak ikut. K Imah bawa Nabhan sekejap ke Tesco, kebetulan nak beli barang. K Imah, kata comel aje mereka bercerita dalam kereta dengan vocab yang masih belum sempurna. Balik, K Imah hantar. Bila K imah nak beredar, Nabhan menangis nak ikut, Nuha pula menangis nak tinggal, nak main dengan Nabhan. Lagi pula Nuha nak main dengan Hanan. Nuha suka baby. Hehe, ciri-ciri menantu yang baik. Saya terpaksa tarik Nabhan masuk dalam rumah, dukung dia, dan pujuk dia sambil nasyidkan selawat kegemarannya. Dia tertidur.
Bila bangun, Nabhan menangis, "Nak likut, nak likut". Saya rasa , mungkin Nabhan mimpi main dengan Nuha tadi. :)
Cerita K Imah pula, Nuha tak nak balik hingga cakar2 muka K Imah, hingga berdarah, sikit aje lah. Huhu, sadis betul nak berpisah. Sampai rumah Nuha masih sebut2 lagi Hanan. Dia tak sebut Nabhanlah. OK la tu.
Insya Allah Khamis depan K Imah boleh la bawa Nuha lagi main2 dengan Nabhan insya Allah. Boleh baca buku sama2 atau mengaji AlQuran..
Almarhum Dr Azizan...
Saya contact Aqisy, bertanya khabar tentang Era Edar yang pernah disertai sejak di Mesir dulu. Antara produknya adalah Salindah. Menurutnya Dr Azizan telah mengadap Ilahi, sejak beberapa tahun yang lalu. Inna lillahi wainna ilaihi raji'un. Macam mana saya boleh tak tahu. Menurut beliau lagi, sejak itu, Era Edar dah tak menggunakan sistem pengedar seperti dulu. Salindah dah senang untuk diperolehi, di mana2 supermarket.
Berkain batik jawa ke Dil Se
Hanan meniarap

Hanan dah dapat meniarap 14 hb yang lalu. Di usia lebih 4 bulan setengah. Alhamdulillah. Tapi bila dah meniarap, tak boleh balik semula. selepas 2 hari boleh meniarap, asyik nak meniarap aje, kalau letak kat bawah. So, tindakan lanjut perlu diambil, iaitu tak boleh letak diakat atas2. Kalau tidur malam pun kena sendal kiri kanan dengan bantal. 15 dan 16 hb, Hanan dah tidur kat bilik tamu. Saje try test boleh tak tidur asing dengan umi. Boleh. Hanan tidur dengan abang Nabhan. Tapi kena jaga jugak. Nabhan boleh tindih adiknya tanpa sedar. So, Hanan dan Nabhan kena letak asing jauh sikit, melintang katil double, asing dengan bantal. Supaya tiada kes accident tindih berlaku.
Cuma, cons nya, kalau Hanan tidur dengan ummi dia akan bangun minta susu kalau lapar. Kalau tidur kat bilik lain, dia akan suap jari sampai ke pagi. Jadi, dah kurang khasiat susu ibu...
Nabhan posing

Masa ni Nabhan umur 2 thn. Sekarang Nabhan dah tak nak pakai baju sejuk kalau keluar. Jenuh nak suruh dia pakai baju sejuk. Tak mahu.
cow and gate

Tips pemakanan anak2 untuk para ibu dan bapa,
Sila lawati website ini(
cow and gate) , masukkan tarikh lahir anak anda dan bacalah nasihat2 berguna untuk cara pemakanan anak kita. antaranya:
- bahagian2 zat untuk diet pemakanan anak2 kita, dan bezanya dengan keperluan orang dewasa.
- resepi cadangan
- bagaimana plan makanan untuk bayi kita hingga seminggu.
- boleh join forum, tips2, pertanyaan masalah, live chat dll.
Ibu bapa di luar UK pun tak ada masalah untuk dapatkan manfaat ni.
untuk mendapat kelebihan lain, boleh join sebagai ahli kelab, percuma. Boleh dapat kupon.