Target

Wednesday, December 31, 2008

Makan di Tanjung Piai

Sebenarnya secara kebetulan je datang kat sini.. Lari dari orang rewang kat umah.. jahat tul!! Alang2 dah sampai sini dan perut pun dah lapar so makan la kat restoran terapung.. Gambar restpran lupa lak nak amik.
Antara gambar yg aku snap

menu....
Lastnya makan cendol kat Pontian before balik umah

Thursday, December 11, 2008

Interview SPA

Walaupun dah lebih seminggu aku menghadiri temuduga kat SPA tapi aku nak gak letak entry kat sini... Sebabnya ni la interview aku yang pertama selepas 9 tahun aku kerja kat M*x*s... Tak sangka sebenarnya sebab aku isi borang SPA dah lebih setahun dan tetiba dapat surat untuk hadir interview untuk jawatan Jurutera Elektrik untuk JKR.... Sebenarnya aku tak tau apa nak prepare so aku ala kadar je la.. Kalu ada rezeki adala... Interviewnya untuk teknikal lebih kepada Elektrik .. aku mmg kurang bersedia sebab aku lebih kepada telekomunikasi.. walaupun degree aku mmg banyak subjek lektrik tapi semua aku lupa.. susah nak recall... Untuk soalan general lak... bolehla aku jawab .. tapi tak taula camne ....


No aku... orang ketiga ...


Suasana di tempat menunggu.. Memang ramai orang

Kasut interview.. Sebenarnya ni kasut hantaran kawen.. Lama betul dah lebih 6 tahun usia kasut ni.. Sebenarnya aku jarang2 pakai sebab aku tak suka kasut tertutup dan bertumit... tapi sandal bertumit aku mmg suka.. dan kalau kasut tertutup aku pilih kasut kulit tanpa tumit

Wednesday, December 10, 2008

Teringin.....

Sebab dah lama tak makan singgang tulang... tetiba je rasa teringin... so apa lagi, gi tesco beli tulang lembu dan balik umah terus masak... dan hasilnya..........
Singgang Tulang Terengganu
Lauk tambahan... Sayur goreng dan telur dadar kegemaran my hubby
Siap dihidang!!!! ada extra sambal kicap sebab my hubby kan Jawa

Tuesday, December 09, 2008

Lori dan Muatan

Pagi tadi masa on the way gi kerja ...
Tengokla dua-dua lori ni yang aku rasa merbahaya berada di jalan raya... Ngeri betul masa aku follow betul2 kat belakang lori ni... kalau la tetiba tali terputus apala akan jadi pada kheta2 kat sebelah lori ni....

Officeku yang aman

Gambar mampu menjelaskannya.... Memang aman giler... orang tak ramai .. yang ada cuma yang kerja shift.. Yang kerja Office hour cuma 3-4 orang je.. Selalunya dalam ni memang kecoh tapi hari ni macam aku kerja masa Public Holiday.. Tepon pun tak bunyi sangat.. Bos pun tak de... Pendek Kata memang aman giler!!!!!!!!!


Hidangan di Pagi Aidil Adha 2008

Memandangkan aku & Hubby tak balik Kg, jadi aku kenala turun ke dapur untuk sediakan apa yang patut.. Kebetulan adik aku dah tinggal ngan aku dan adik ipar aku pun ada balik bercuti kat umah aku jadi ramaila sikit.. tak de la aku berdua je.... Mula2 nak buat nasi minyak tapi memandangkan ketupat segera aku masih tak terusik sejak raya puasa jadi aku batalkan niat untuk buat nasi minyak... So aku masak ketupat dan juga rendang....

Ketupat yang dah siap dipotong.. Ngam2 masak.. tak lembik tak keras..
Ni la Rendang daging air tangan aku... Jangan tak tau fisrt time buat.. Cuak gak la.. nasib la kira jadik .. ..
Ni lak Cheese cake .. bukan buat beli je kat Carrefour .. dan hidangan seterusnya Ayam BBQ yang dibakar dalam microwave.. Rasa nya tak sesedap di bakar ngan arang sebab ayamnya basah...
Tu je la hidangan untuk Raya qurban ni... masak banyak2 kang tak abis lak.. bukan ramaipun kat umah aku tu.............

Kad Raya Dari Cute-Miut

Terima Kasih Mama Mirul !!!!

Thursday, December 04, 2008

Kad Raya Dari Yan

Terima Kasih Buat Yan.....

Baru Mandi

Setelah sekian lama aku tak sempat nak hantar gi cuci... Kesian kheta aku .. dah tak macam rupa kheta dah...
Prosess mencuci oleh mamat bangla.. aku perati jerk

Siap dicuci

Wednesday, December 03, 2008

Annual Dinner 2008

Annual Dinner diadakan di KLCC convention center pada 28/11/08. Bertemakan era 60 & 70an.. Ada ramai gak yang mengikut tema tapi aku cam biasalah.. tetep ngan baju Kurung...
Ni Masa on the way ke KLCC...

Kononnya Nak pakai lain dari Biasa.. Apa lagi penatla si Suri ngan Naz jadi mak andam tak bertauliah.. Sebenarnya tak lama pun fesyen ni aku pakai sebab rimas.. aku tak biasa ... Kat Meja tu gak aku betulkan tudung aku


Ni lak dapat di lihat kat luar dewan.. Boleh pinjam untuk amik2 gambar

Kat atas meja makan

Bergambar sebelum makanan sampai

Menu yang bakal di hidang

Hidangan Makanan

Makanan lagi

Yang menjadi santapan aku

Gaya Makan

Tengokla camne si Lynn ni.. BErsungguh benar makan

Dah Kenyang.. Seisi bergambar la pulak

Bergambar lagik!!

Persembahan dari Francissca peter

Antara Artis Jemputan... Persembahan yang buasa2 saje.. tak de sorang pun pergi serbu artis2 ni.. malahan depan pentas lengang jer... Tak macam tahun lepas sebab ada Annuar Zin

Annual Dinner tahun ni mmg kurang meriah.. Banyak meja kosong malahan lepas je makan ramai yang balik.. tak tunggu pun persembahan artis... Makanan lak memang paling tak sedap sepanjang aku gi dinner....

2G Training!!!

Sebenarnya dah lebih seminggu berlalu tapi malas nak update.. Training ni bertempat di Office aku je kat SHTI.. Sebenarnya aku tak de jaga Radio pun tapi saje untuk pengetahuan.. so aku join sekali.. Ini sebenarnya lebih kepada Knowledge transfer.. Yang bagi training ni pun satu group ngan aku cuma level tinggi lagi la
Ni hari pertama.. biasala banyak teori.. sedikit mengantuk... Kinabalu tu nama bilik training kita orang..
Ni lak hari kedua.. Dah masuk bahagian praktikal.. so okey sikit la.. banyak gak la yang aku dpt dari class ni.. Kalu tengok gambar masing mmg tekun mendengar...
Masa balik hari kedua.. Hujan lebat dan sekali lagi banjir kilat
Hari ketika.. Seise lawatan tengok equipment.. Ye la sebelum ni kita login masuk guna Element manager je tapi tak pernah tengok real equipment.. So inila peluangnya..
Masing2 menunjukkan minat yang terlebih...
Antara equipment yang terdapat kat sini...
Ini lak masa lunch hour.. sebab hari jumaat banyak masa terluang so kitaorg ke SACC.. makan kat secret recepi.. Disebabkan lapar gambar nasi lupa nak amik.. masa dah licin baru snap... Coklat tu lak dpt free sebab bil lebih RM 50.. Yela 3 orang makan dah tentu lebih...

Gift dari Zie

Gift ni aku dapat dari Student Trainee dari UUM, Nur Ziadah sebagai tanda ingatan.. Segan lak aku.. tak sempat nak bagi pape. Dan semalam last day aku tak sempat nak jumpa sebab cuti!!! Kepada Zie harap sentiasa sukses di Luar Sana


Monday, December 01, 2008

Kegilaan pada Roti

Kegilaan ini hanya berlaku kat office aku je.. Masing2 bawah sebungkus roti setiap hari sebab kata roti ni sedap.. pada aku yang coklat sedap cuma butter tu aku kureng sikit.. Ye la selera masing2 kan berbeza...
inila roti kegilaan itu!!!!!!!!!

Kereta terbaru

Aku sebenarnya suka sgt mengumpul kheta.. Asal ada je iklan kat Tv sedaya boleh aku cuba dapatkan.. tapi kalu mahal sangat aku tak de la beli... Yang terbaru hari tu kheta James bond... Dapatla aku kumpul semua 5 biji...
Nama2 kheta
Yang ni lak dapat masa beli minyak hitam nak service kheta...

Kadang2 aku ni ngalahkan budak.. simpan je dalam almari.. kalau anak buah tengok aku buat2 tak reti.. Jangan harap nak sentuh kheta aku tau!!!!