....
Malam itu, abang aku yang sudah pencen dari jadi guru besar datang ke rumah. Dia sudah bermaustatin di Perak dan hanya pulang ke Terengganu sekali sekala bila perlu.
Malam itu adalah hal yang perlu.
Abang aku dan kakak ipar aku menjemput kami sekeluarga untuk majlis aqad nikah anak keduanya bersekali mengantar di rumah pengantin pasangannya di Melaka.
Ada benda yang kita tak boleh nak tolak kalau tiada musaqah lain. Ini adalah satunya.
Malam khamis itu, ketika isteri aku yang aku sayang itu sedang mengemaskan kain baju anak-anak untuk di bawa ke Melaka. Aku tak bertanya apa-apa. Memberitahu apa-apa pun tidak. Semuanya macam sudah ada dalam hati kami. Tak perlu segala perancangan, hanya mengikut arus perjalanan.
Dalam gerimis di pagi Jumaat, kami bertolak.
Kali ini, kami tak mahu mengikut jalan Kuantan-Segamat atau Kuantan-Mersing dan berpusing semula ke Melaka.
Kami ke Kuala Lumpur dahulu.
Petang itu kami tiba di Bangi. Sejuk dingin cuacanya. Semalaman kami singgah di situ.
Pagi Sabtu kami bertolak ke Melaka dan kami dengan sengaja singgah ke Seremban.
Sengaja.
Tapi kami buta tentang Seremban. Akhirnya kami singgah barang seketika di Jusco di Seremban2. Rupa-rupanya, ada kedai basikal 'high-end' di sekitar situ.
Berpusing-pusing juga kami mencari tapi tidak bertemu. Kami keluar ke lebuhraya semula.
Kali ini, kami ada misi.
Kami masuk bila tiba di susur keluar Senawang.
ya...Senawang.
Terpampang besar sebaik sahaja melepasi pondok tol adalah Tesco Senawang. Betul la ..ada Tesco di Senawang. Sekarang aku percaya benar.
Benar percaya.
Berpusing-pusing lagi kami sekitar Senawang namun tetap tidak bertemu. Kami melencong jalan ke arah Rembau dan akhirnya ternampak deretan gerai-gerai di tepi jalan sebelah stesen minyak Petronas.
"meh kita berhenti, kot-kot ada..." kata aku.
Orang rumah hanya mengiyakan.
Ada! ada!
Tapi masakannya aku kategorikan sebagai gagal kecuali pengubat rasa, siput sedut masak lemak cili api yang OK OK sahaja.
Pedasnya kurang menyengat. Air pun segelas sahaja.
Lain kali kami akan mencari lagi dalam misi yang lain pula. Kami bertolak ke Melaka petang itu dengan misi yang baru.
Asam Pedas.
Kami sengaja biarkan orang Senawang terus berada di dalam rasa bersalahnya.
he he
~Po.
Tuesday, December 20, 2011
Monday, December 12, 2011
Doa - kata Ramli Sarip
Kasihku dalam hidupku
Tak kulupa kewujudanmu
Sebagai hamba yang hina
Kaulah segalanya
(chorus)
Tanpamu aku hilang
Hidup di dalam awang-awangan
Tuhanku dalam doa kudus
Ku sering mengaku
Kesalahan dan dosa
Yang aku lakukan
(solo)
Pencipta kaulah berkuasa
Atur wajah perjalananku
Biar duka dan hidup merana
Aku hanya berserah
(chorus)
Tanpamu aku hilang
Hidup di dalam awang-awangan
Tuhanku dalam doa
Kusering pohon padamu
Ketenangan dan kemenangan
Dunia dan akhirat
Dunia dan akhirat
- Doa - Ramli Sarip.
****
Tak kulupa kewujudanmu
Sebagai hamba yang hina
Kaulah segalanya
(chorus)
Tanpamu aku hilang
Hidup di dalam awang-awangan
Tuhanku dalam doa kudus
Ku sering mengaku
Kesalahan dan dosa
Yang aku lakukan
(solo)
Pencipta kaulah berkuasa
Atur wajah perjalananku
Biar duka dan hidup merana
Aku hanya berserah
(chorus)
Tanpamu aku hilang
Hidup di dalam awang-awangan
Tuhanku dalam doa
Kusering pohon padamu
Ketenangan dan kemenangan
Dunia dan akhirat
Dunia dan akhirat
- Doa - Ramli Sarip.
****
Segugus Rambutan Masaknya Kuning.
Semalam, aku pulang ke rumah Che'.
Sekadar mahu bertanya kalau-kalau Che' mengubah fikiran mahu mengikuti kami ke Melaka hujung minggu ini. Pernikahan cucunya yang aku sendiri pun lupa untuk berapa kali cucu Che' meninggalkan alam bujang mereka.
Aku balik sendiri.
Mendengar cerita-cerita Che' tentang Tuanku yang akan pulang ke negeri hari ini setelah lama menjadi Yang Dipertuan Agong. Cerita-cerita Tuanku ketika kecil beliau.
Che' pun sudah tidak boleh mendengar dengar baik. Komunikasi menjadi agak terbatas. Adakalanya aku terpaksa mengulang-ulang bertanya.
Che' memberitahu yang rambutan belakang rumah yang dahannya masuk sehingga ke telaga ruang mandi sudah masak.
Manis, kata Che'.
Aku keluarkan telefon dan mengambil gambar di rembang senja ketika Maghrib sudah separuh usia. Menyingsing-nyingsing seluar untuk mengambil wudhu'.
Kata Che' ; ambik gambo buat apa, bukan buleh rasa.
Aku pulang selepas Isya' selepas abang aku tak berapa nak bagi pinjam VCD ustaz azhar milik beliau kerana katanya, yang aku pinjam dulu belum aku hantar.
Ketika aku pulang dalam gelap malam bersendirian. Aku terfikir, kalau nanti Che' sudah tiada lagi.
Pulangkah aku ke rumah itu nanti sebagaimana begini?
Rambutan itu segugus masaknya kuning. Bukan merah.
~Po
Thursday, December 08, 2011
Happy Birthday Po...
...
Malam tadi. Terlalu banyak benda yang berlegar di dalam kepala aku hingga aku tak dapat lelapkan mata.
Antaranya; apa yang hendak aku catatkan di sini pada genap usia aku ke empat puluh satu. Mungkin, suatu hari aku membacanya kembali dan dapat mengingatkan tentang di mana aku berada di usia ini.
Aku bangkit dan aku ambik laptop yang selama ini menjadi 'milik' kakak sepanjang cuti sekolah ini. Aku 'on' kan ia tapi yang ada hanya cahaya putih dan satu tanda sengkang yang berkelip selama-lamanya.
Aku tertidur dengan cahaya putih dan tanda kelip itu. Windows tidak muncul-muncul.
Sampai subuh.
Hari ini melayan ucapan-ucapan pada Facebook daripada 'all the great people out there, friends and family'.
Apa yang mahu aku catatkan di sini pada usia aku ke empat puluh satu?
Kalau tahun lepas aku buat 'Reminiscing 40 years of living'. Takkan tahun ini memandang belakang lagi? kan?
I want to look forward. Look ahead. The future. What lies in front.
I still have a good life. May be a few ups and downs but still, a good life. Alhamdulillah. Bak kata Sinatra; regrets I have a few but then again, too few to mention.
Tekad dan azam untuk kuatkan lagi ibadah. Jangan asyik ralit berbasikal ke sana sini. Must have balance. Life is about balance.
Kerja, nothing much to complain. As is where is basis. We have walked far enough, just continue to walk, no need to run. I can't get that bag of gold at the end of the rainbow in time. I guess. So, what's the rush?
Family, I still have hopes that my kids will make me cry someday. Some day. The cry of joy.
Basikal, nak tukar yang lebih ringan dari yang ada sekarang, lebih mahal. Lebih megah, lebih gaya. He he he...
Nak ke Mekah for Haj, for sure. Umrah, may be. tengok rezeki Allah bagi.
Wife, that one still. Mahu dakap sampai mati bak kata Usman Awang.
Kids. No more. Tutup kedai. 4 is enough tapi kalau Allah bagi rezeki, who are we to say no. kan?
Entahlah, malam tadi sikit punya baik ayat-ayat aku susun for my own birthday tapi hari ni it seems like just another day. Age is just numbers.
Syukur aku pada Allah for giving me the time, the place and being me until today. Alhamdulillah.
For those of you who are reading this, u may know me in person and u may know me online or you may know me just as Po in here. Thanks.
...for listening.
I guess, being 41 is being me right now.
Happy Birthday Po.
Semoga Allah merahmati kalian semua.
~po.

Wednesday, November 30, 2011
Masak Lemak Cili Api
....
Ketika orang rumah aku bersiap-siap memasukkan pakaian anak-anak ke dalam beg. Aku ulang berpesan.
"Malam sampai tu saya nak berkayuh di Putrajaya."
Orang rumah hanya mengiyakan. Mungkin sudah faham dengan obsessi aku akhir-akhir ini.
"Hari ahad tu, kita ke Seremban atau mungkin ke Kuala Pilah sebab nak merasa masak lemak cili api. Angah dah janji nak bawa kita ke sana."
Pun juga orang rumah aku mengiyakan. Dia kenal dengan Angah dan mungkin dia masih terasa kehebatan masak lemak cili api Negeri Sembilan yang kami sama-sama jumpa di satu kedai di Nilai 3 suatu ketika dahulu.
Pagi Jumaat itu kami bertolak ke Kuala Lumpur sambil di iringi cerah pagi. Hujan renyai belum turun lagi.
Sampai di Bangi, rumah ipar aku. Aku terus keluar ke Precint Diplomatik kerana janji kami mahu mula berkayuh di situ sambil ditemani beberapa orang teman dari Putrajaya dan Bangi.
Selesai kayuhan malam itu. Puas hati.
Sabtu itu, aku sms kepada Angah tentang janji kami nak mencari Masak Lemak Cili Api yang paling pedas berapi di Malaya ini.
Malang sekali kerana Angah berada di Melaka, bercuti.
Aku khabarkan kepada orang rumah, Angah tak ikut. Dia ada kerja lain.
Orang rumah aku kata 'tak pe lah bang..kita pergi saja ke Seremban, sana mesti ada. Kita cari lah.'
Hari Ahad, entah kenapa kami tak keluar ke Seremban. Orang rumah aku mengikut ipar dia mencari baju di sekitar Bandar Baru Bangi manakala aku mengikut ipar ke Mines, mencari alatganti komputer.
Petang itu.
Kami bersandar di sofa sambil melihat tv.
Menjilat-jilat bibir.
Sedapnya masak lemak cili api.
Masih terasa hingga ke hari ini.

Tuesday, September 27, 2011
Thursday, August 04, 2011
machines of the dream
No. 1 - Basikal Giant Trance dengan tapered headtube, Fox talas front fork, Sram XO dan 'top of the list parts'.
No. 2 - Suzuki RG Gamma 250 type 1 model 1983 (collector's item)
No. 3 - Land Rover 110 double cab. Baru punya RM163K tapi lama punya lagi best. Baca review 'kenderaan yang paling tidak selesa, tidak boleh laju, tidak aerodynamic, tidak mewah, peralatan asas tetapi 'it can go just anywhere...'
kata orang...
tak salah nak bermimpi.
kan?
~po
Wednesday, August 03, 2011
One Day In The Year Of The Fox
...
Satu hari.
Anak aku, si Fifi berikan aku satu teka teki.
"bah...apa yang naik dan naik dan dok akan turun-turun"
Untuk soalan dari seorang budak darjah dua, aku macam ...hmmmm...hujan kot? tapi hujan turun tak naik.
Takkan budak darjah dua nakkan jawapan harga barang-barang naik? harga minyak? Pasaran saham?
'cannot be'
Aku lalu diam seketika.
Aku tak ada jawapan.
'Not even a clue.'
Aku tanya Fifi. Apa dia?
Selamba ... "umur kita lah bah, kalu dah tua tak leh jadi muda semula..."
...dan aku macam...hmmmmmm...ooooooo...ok.
'okay...point taken'.
Po. - you can't buy back your younger age.

Ada Sinar Di Mata Mu....
Baru-baru ini, ketika aku di dalam perjalanan untuk mengambil anak bungsu aku. Aku melintasi sebuah bengkel motosikal di kampung Banggul Pauh, Seberang Takir.
Selama ini, bengkel kecil itu tidak pernah menarik perhatian aku sehinggalah ke hari itu.
Dihadapan bengkel, antara deretan motosikal yang mungkin untuk dibaiki terdapat sebuah Suzuki RG Gamma 250 bewarna putih belang biru.
Sebijik dengan gambar di atas.
Di atas pelana terdapat satu tanda diperbuat dengan kertas kadbod.
"UNTUK DIJUAL"
Aku seperti mahu menekan brek , mengundur dan lalu keluar dari kereta. Bertanya harganya yang aku agak mungkin tak sampai RM5,000.00 harga 'market'nya sekarang untuk model motosikal yang buleh dikatakan hampir menjadi 'collector's item'.
Lalu aku membayar harganya.
Aku memakai topi keledar putih dari jenama AGV dengan 'visor' gelembung disingkap ke atas topi. Jaket kulit hitam dan seluar jeans. Kasut 'hi-cut'.
Ray ban.
Aku hidupkan enjin Suzuki RG Gamma 250 cc. Melantun-lantun bunyinya keluar dari corong ekzos berkembar di kiri dan kanan motosikal.
Aku masukkan 'gear' satu dan zooom menderu membelah angin.
Sambil aku menunggang motosikal yang paling hebat di zamannya aku melihat seorang budak sekolah menengah yang aku agak mungkin di Tingkatan Tiga atau Empat. Budak itu tidak berkelip melihat aku dan motosikal aku yang sengaja aku perlahankan.
Aku beranggapan bahawa budak sekolah itu mesti sedang bermimpi untuk memiliki sebuah motosikal sehebat motosikal aku.
Tentunya budak itu sedang berangan menjadi 'Zek' seperti di dalam filem Azura.
Budak itu tentunya memasang impian bahawa di suatu hari nanti, tidak kira walau motosikal itu akan dianggap ketinggalan zaman, dia akan tetap mahu memiliki.
...ada sinar di mata budak itu.
Motosikal itu aku pecut meredah angin sehingga ke hujung pandangan lalu hilang di ufuk senja yang rembang.
...
Dari cermin pandang belakang kereta aku, aku melihat motosikal itu seolah-olah menunggu untuk aku usap tangki minyaknya, mengelus pendikit minyaknya dan menuil-nuil tuas brek dan klac nya.
...tetapi aku tidak menekan brek.
Aku meneruskan perjalanan.
Filem Azura sudah lama aku tinggalkan.
Ogy pun sudah tidak secomel dulu lagi.
he he he
~Po
Tuesday, July 26, 2011
Monday, July 18, 2011
Falsafah Basikal lagi.
…
Dari hari ke hari, terlalu banyak yang terkumpul di dalam benak aku, aku harus zahirkan di sini.
Dan di sini aku zahirkan.
…
Bila bercerita atau berbicara tentang basikal, kita biasanya akan membayangkan tentang satu sukan yang memerlukan kekuatan fizikal atau ketahanan mental yang sangat tinggi yang hanya mampu dicapai oleh athlit-athlit yang terlatih dan terpilih sahaja.
Sebenarnya, basikal itu mempunyai falsafahnya yang tersendiri yang sangat unik.
Sukan atau disiplin berbasikal itu hanyalah satu cabang yang 'extreme' dari falsafah itu sendiri.
Saya sendiri kembali berbasikal atas sifat mahu kembali ke zaman yang pernah menjadi zaman keriangan dalam hidup saya. Zaman kanak-kanak saya.
Orang kata; 'there's a boy in every man...'
Selain, saya perlukan sesuatu untuk fokus dalam kehidupan. Saya sudah melangkau usia empat puluh.
Mungkin ini, seperti kata sahabat saya; a mid-life crisis. Entah.Apapun, saya sukakan aturan ini dalam hidup saya sekarang. A ride of my life. A journey to the unknown.
Saya sebenarnya suka melihat aktiviti berbasikal ini dari sudut semangat, keazaman dan kesungguhannya.
Kecekalan untuk meneruskan kayuhan walaupun tubuh sudah menyerah kepada keletihan, kelesuan dan tiada upayaan.
…kerana jika kita bermula di titik A dan seharusnya tamat di titik B, tiada kompromi. Kita harus tiba di titik B walau berapa lama masa. Sebab, walau apa yang berlaku; kita mesti pulang.
Itu pun satu falsafah kehidupan. Kita tetap akan pulang.
Seperti juga kata Einstein; hidup ini perlukan keseimbangan. Untuk mendapatkan keseimbangan itu; kita harus terus berkayuh ke hadapan. 'Life is about balance'. Dunia dan akhirat.
Berbasikal juga mengajar saya tentang bagaimana kita harus melihat kehidupan itu sendiri, bagaimana kita hendak menyelesaikan dugaan, cabaran dan ujian dari masa ke semasa.
Hidup tidak ada jalan yang landai sepanjang masa. Seperti berbasikal; ada bukit yang harus kita daki. Ada jurang, lembah dan lurah yang harus kita turuni. Sebagai pengayuh basikal jenis MTB atau 'mountain bike', saya harus pandai bermain dengan 'gear'. Harus pandai mengawal kudrat yang ada. Menaiki bukit dengan gear tinggi dan mengayuh rentak biasa, cuma lajunya akan berbeza. Akhirnya, kita akan tetap tiba di kemuncaknya. Biarlah orang lebih gagah memintas, dia ada kudrat tapi kita tetap tiba di puncak yang sama. Kita mungkin memintas orang yang lebih perlahan tapi harus kita ingat, dia pun akan tiba juga. Tiada beza. Tiada kehebatan kita lebih dari orang lain. Jangan sesekali lupa yang Tuhan juga yang maha berkuasa.
Biar perlahan asalkan jangan berhenti. Akan tiba juga nanti ke destinasi.
Berbasikal juga akan memupuk semangat melawan yang kental.
Lance Armstrong, juara 7 kali Le Tour de France melawan kanser dengan cara terus meneruskan kayuhan dan pinggirkan kesakitan itu. Hidup mesti kuat. Livestrong.
Saya juga sakit, bila kelesuan datang, saya menjadi tidak stabil. Rasa takut dan serangan kebimbangan (anxiety attack) akan menguasai diri. Anehnya; bila saya mula berkayuh, semua rasa itu hilang. Semua dipinggirkan. Saya merasakan ketenangan.
Tenang dan damai apabila melihat kejadian ciptaan Tuhan, matahari yang mengufuk, pokok-pokok yang rendang, angin yang semilir perlahan.
Semua itu menjadi sangat indah jika kita berkayuh perlahan-lahan. Memerhatikan. Kadang-kadang ketika berhenti seketika mengambil nafas dan dunia seakan-akan turut sama berputar mengikut rentak kita.
'The art of going slow'.
Kata seorang teman; “when we live our life at a slower pace, then we start to notice small2 things that normally we don't even bother at all…”
Kalau anda membawa kereta dengan kelajuan 120 km/j. Terlalu banyak yang anda terlepas pandang di sekeliling sepanjang perjalanan. Kalau anda mengayuh basikal dalam kelajuan 20 km/j, terlalu banyak benda disekeliling anda yang cukup menarik untuk dipandang dan difikirkan.
Basikal itu sendiri adalah satu ciptaan manusia untuk keriangan sambil melihat keagungan ciptaan Tuhan
Dan basikal juga mengajar kita tentang jatuh. Kata orang; 'To fall down is life, to rise up from it is living'.
Ringkasnya; I ride.
Do you?
~po
Tuesday, July 12, 2011
Abang Aku Tu...
...
Abang aku yang ini satu. Pendiam.
Tak cakap banyak.
Kalau sembang, dia jawab sepatah sepatah.
Entah kenapa aku teringat kenangan ini, bila ingatkan abang aku itu.
Ketika itu kami masih anak-anak. Dia mungkin sekolah menengah dan aku di sekolah rendah. Entah kami gaduhkan pasal apa, aku lupa. Seingat aku pasal majalah gila-gila. Entah mungkin berebut baca.
Dia berada di hujung rumah dekat pintu besar dan aku di hujung lagi satu, di satu ruang menuju dapur, rumah kayu yang senget di atas sebuah lembah.
Jauh.
...dan dia melontarkan bren-gun mainan dari sudut itu sehingga kena tangan aku. Aku menjerit dan mengadu pada Che' sambil aku pegang tangan aku. Che' buat endah tak endah, anak-anak dia sudah selalu begitu.
Aku berlari masuk bilik dan aku balut tangan aku dengan kain putih. Entah mana aku dapat. Aku tak tahu.
Aku tunjuk kat Che'. Che' masih buat endah tak endah.
Aku berlari lagi masuk bilik. Aku cari dakwat merah. Aku titik dakwat merah pada kain balutan tangan aku. Mula-mula setitik.
Aku keluar bilik dan berjalan depan Che'.
Selepas itu, aku masuk bilik semula. Aku titikkan lagi dakwat merah pada kain balutan tangan aku. Nampak macam luka aku makin parah.
Che' sudah panik dan abang aku kena marah.
...
Malam semalam, Che telefon aku. Dengan nada gundah Che' beritahu aku; 'abang mu nak kahwin lagi satu'. Kakak ipar aku telefon Che'. Mengadu.
Semalam, aku balik rumah Che'.
Che' nampak sedih dan termenung panjang.
"Che' cuma risaukan anak-anak dia tuh" kata Che'
...
Kali ini, aku telefon abang aku tu.
Dia macam biasa, tak cakap banyak. Hanya banyak mendengar aku di hujung talian. Mengiakan apa yang menjadi tanda tanya.
...
Aku kata; 'sekali melangkah, segalanya akan berubah...fikirkanlah dengan hikmah.'
...
Perlahan-lahan...
Aku buka balutan tangan aku yang berkubang merah . Tiada luka, tiada nanah.

Kedua
...
Abang aku nak kahwin lagi satu.
Huh?
~po
Abang aku nak kahwin lagi satu.
Huh?
~po
Thursday, May 26, 2011
kenangan itu memberikan kekuatan pada jiwa ini
...
Teringat.
Ketika aku berlari naik ke rumah.
Dengan air mata yang bercucuran dan tubuh yang terasa lemah.
Che' sudah menunggu di pintu. Berdiri. Menangis lagi.
...dan Che' menerkam memeluk aku.
Dalam esak tangis dia...Che' ulang-ulang kata-katanya.
"Ayohmu takdok doh..Ayohmu tak dok doh...(Ayah mu sudah tiada..ayahmu sudah tiada...)"
Dan aku ketika itu tidak tahu, haruskah aku menjadi lemah dan tenggelam dalam pelukan Che' yang masih sekadar mampu berdiri menunggu anak-anaknya kembali seorang demi seorang lagi.
Atau;
Aku perlu jadi kuat untuk Che' yang baru kehilangan separuh jiwanya. Teman bersama berdua berpuluh-puluh tahun lamanya. Separuh kehidupannya.
Aku pandang dan aku tenung sekujur tubuh di pembaringan tertutup dengan kain batik lepas di ruang tamu.
Jasad arwah ayah.
Ayah tentunya mahu aku jadi kuat untuk Che', untuk orang lain, untuk keluarga aku, setiap pelusuk alam semesta. Untuk sesiapa sahaja. Tentunya.
Lalu, aku peluk Che' erat dengan kekuatan aku yang baru. Dengan azam dan dengan tekad. Aku hentikan tangisan.
Aku jadi kuat untuk Che'.
Supaya Che' tak perlu berdiri, aku ada di sisi.
Aku ada di sisi.

Sunday, May 22, 2011
...dan tanah itu meruntuh.
...
Lama aku tidak menulis di sini. Sungguh.
Sebentar tadi, sejurus berita arus media perdana. Montaj memainkan klip video tanah runtuh di Hulu Langat yang mengorbankan enam belas orang.
Aku merasakan sebak.
Kali terakhir aku sebak melihat montaj di akhir berita adalah ketika Imam menyembahyangkan jenazah adik Nurin dengan ketar suara menahan pilu dan air mata yang turun laju.
Tadi, melihat sususan jenazah di sembahyangkan oleh ratusan jemaah di dalam Rumah Allah. Jasad-jasad kecil anak yatim yang dipanggil Tuhan yang nyata amat disayangiNya.
Membayangkan betapa di saat akhir melihat dunia dengan tanah yang menghimpit setiap tulang-tulang mereka. Aku menjadi sayu dan pilu.
Mereka yang masih kecil yang pasti diberi kerahmatan oleh Yang Maha Esa.
Lama aku tidak menulis di sini.
Himpunan rasa-rasa sayu aku ini.
Aku panjatkan doa dan aku sedekahkan Al-Fatihah buat kesemua yang dipanggil Ilahi.
Al-Fatihah.

Wednesday, April 06, 2011
Cerita Dari Atas Basikal
Di satu malam. Menghampiri jam 12 tengah malam. Kami dalam satu kumpulan. Berbasikal pulang dari bandaraya Warisan Pesisir Air. Berhenti melepaskan lelah buat seketika di satu bahu jalan yang sunyi.
Jarang-jarang ada kenderaan melalui.
Kami berenam. Kesemua veteran; akhir 30an, awal 40an dan Abang Mat, 60 lebih.
Yang muda-muda sudah jauh meninggalkan kami. Entah sudah tiba di rumah masing-masing.
Tiba-tiba...
jeng jeng jeng
Ada sebuah motorsikal melintasi kami. Sepasang. Lelaki dan perempuan. Muda.
Si perempuan berbaju ketat dan berseluar jeans.
Kemas memeluk si lelaki di hadapan.
Bukan peluk pinggang tetapi peluk bawah pinggang si lelaki.
Tidak berpaling melihat kami.
Kami semua memerhati.
Fadli kata; 'kita sangka baik, mereka itu suami isteri!'
Semua senyum.
Hussin pulak menambah; 'entah-entah dia sedang berzikir di belakang..kot-kot ada tasbih di tangan si perempuan, mana kita tahu'
Sangka baik.
Sangka baik.
Aku menambah lagi nasi tambah...
'Nanti si perempuan tanya cik abang dia...Bang! apasal lebih dua?'
patut-patut 33 jadi 35.
Dalam deraian tawa itu kami perlahan-lahan mengayuh pulang.
~po.
Monday, April 04, 2011
Maaf, aku tersentuh...
...
Membaca suratkhabar hari ini. Aku tersentuh. Dalam.
Anak kecil yang ditahan oleh gurunya di sekolah agama di Perlis. Koma akibat komplikasi jantung dan gegaran otak. Pergi meninggalkan semua kita di sini.
Tujuh tahun.
Di dakwa mencuri wang rakannya berjumlah RM7.
Anak itu telah kehilangan ibu dan dihantar ke asrama sekolah agama untuk mencari ilmu.
Akibat di denda dan disoal-siasat, anak itu lantas tidak sedarkan diri selama 3 hari.
..dan mati.
Aku ingin melihat dari sudut yang lain. Aku cuba untuk tidak melihat dari pandang mata guru itu. Terlalu kejam gambarannya.
Aku membayangkan anak kecil itu yang mungkin nakal. Bukan jahat. Budak berusia 7 tahun tidak layak menjadi jahat.Tidak. Nakal kerana dia telah kehilangan ibu dan mungkin merasa rindu yang teramat sangat.
Mengingati setiap saat.
7 tahun. Dia sudah terlalu mampu untuk merasa rindu.
Mungkin, dia berdoa.
Mungkin.
'Tuhan..aku mahu bertemu ibuku.'
Mungkin...dan Tuhan maha mendengar.
Tuhan makbulkan doanya untuk bertemu dengan ibunya.
Allahuakhbar.
lalu...adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee sedang tenang di sana. Bermain-main di padang syurga. Riang dan ketawa. Bergembira sambil menanti masa untuk membawakan air kepada ibu dan bapanya di mahsyar nanti.
Aku merasa lebih tenang memikirkan itu berbanding berfikir tentang saat akhir yang dilaluinya sebelum di sapa Izrail.
Al-Fatihah buatmu dik.

Thursday, March 31, 2011
Kaya Itu Subjektif Jis.
....
Seminggu dua ini, hujan turun berterusan dan hanya sesekali berhenti. Matahari seakan-akan berehat seketika dari saban hari memancarkan sinar dengan izin Ilahi.
Bagaikan Disember.
Pagi-pagi, selalunya ketika aku menghantar anak-anak ke sekolah buat mencari bekal ilmu hidup. Hujan renyai-renyai turun membasahi bumi semenjak akhir-akhir ini.
Jalan menjadi sesak kerana kenderaan bergerak perlahan.
Masa seolah-olah berputar semakin laju apabila semua pergerakan melahu.
Di satu persimpangan lampu isyarat. Jam sudah menunjukkan pukul 7.40 pagi. Hanya 5 minit lagi sebelum pembelajaran anak-anak bermula. Masih ada 3 kilometer berbaki sebelum sampai di pagar sekolah.
...dan aku menunggu lampu isyarat bertukar hijau.
Diam.
Anak-anak pun diam.
Ada tekanan dalam atmosfera. Stress.Jari mengetuk-ngetuk stering. Radio memainkan lagu yang entah apa-apa.
Aku melihat ke kiri.
Seorang ayah membawa anak perempuannya untuk ke sekolah. Di atas motosikal Honda Cup.
Berbaju hujan lutsinar. Bertopi keledar.
Ayahnya berpaling dan membisikkan sesuatu kepada si anak di belakang yang menggigil kesejukan.
Aku ralit memerhatikan.
Anak perempuannya ketawa dengan apa yang diperkatakan oleh si ayah tadi. Lucu barangkali. Menampakkan gigi.
Dalam hujan yang melebat.
Nyata.
Dua beranak itu lebih kaya daripada seorang peguam yang memandu sebuah MPV hitam dalam hujan di satu persimpangan. Masing-masing tahu bahawa masa sudah lewat untuk anak-anak mereka. Masing-masing mengejar bekalan dunia sementara. Demi kudrat, demi iradat.
Ayah itu masih mampu buatkan anak perempuannya ketawa.
Aku lihat wajah anak-anak itu.
...dan lampu pun bertukar hijau.
Lalu aku biarkan dia berjalan dahulu dalam hujan yang masih turun melebat dan langit pun masih gelap menyusuri sebuah jalan kehidupan yang serba sarat.
Kaya itu subjektif Jis...

Monday, March 28, 2011
ajis...hidup ini satu perjuangan.
...
Setelah hampir 24 tahun aku meninggalkan Tingkatan Lima, Sekolah Menengah.
Pagi tadi, aku menerima sebuah/sepucuk/selembar sms?
Dari Ajis.
Terakhir bertemu mata dengannya adalah semasa peperiksaan SPM atau mungkin ketika mengambil keputusan SPM di sekolah.Selepas itu tidak lagi.
Ajis, budak baik yang jarang bercakap dan mempunyai hobi menghafal Jadual Berkala di kulit belakang buku Kimia. Sehabis sekolah dia menyambung pelajaran di Universiti tempatan dalam jurusan Kejuruteraan Kimia dan kemudiannya memulakan karier di ibu kota sebelum kembali berkhidmat di kampung halaman sebulan yang lalu.
"tuan..bila nak belanja makan?" ringkas sms Ajis. Seringkas tuannya. Seringkas ingatan aku kepadanya.
Short and simple.
Kami berbalas-balas sms ringkas untuk aku menjemputnya di pondok jaga wisma kerajaan. Dia menunggu aku di dalam hujan dengan payung merah milik Jabatan. Masih dengan penampilan serba ringkas.
Melangkah masuk dia ke dalam kereta aku. Soalan dia yang pertama.
"mung kaya doh?" (kau dah kaya?).
Aku jawap; kaya itu subjektif Jis...
...and it simply ends there.
Kami ke gerai nasi dagang Warisan. Nasi dagang dan telur ayam kampung separuh masak dengan madu lebah tualang. Teh tarik gelas besar.
Hujan masih renyai-renyai.
Kami mula bercerita tentang diri masing-masing.
Aku kata..'Jis, doh 24 tahun kita dok temmung..'
Dia menafikan. Kata Ajis, ada pernah sekali selepas SPM kami bertemu di stesen minyak ketika aku mengisi angin tayar motorsikal.
Aku lupa. Sungguh.
Tapi..aku percaya pada Ajis. Orang yang menghafal Jadual Berkala pada muka belakang Buku Kimia tak mungkin akan lupa perkara-perkara sebegitu.
Ajis kata...semasa bertemu itu; aku kata padanya.
"jis..hidup ini satu perjuangan...."
Aku terkedu.
Sungguh.
Aku tanya Ajis...
Aku kata gitu Jis? sungguh?
Ajis hanya senyum ringkas dalam ringkas penampilan, ringkas perbualan. Seperti dia, Abdul Aziz.
A simple guy.
Selepas aku menghantarnya pulang ke pejabat dia dan aku kembali ke pejabat aku...aku melihat pada tingkap di belakang meja kerja aku hingga jauh ke hujung bukit Grammar yang dilitupi kabus dan rintik-rintik hujan.
hidup ini satu perjuangan Jis.
satu perjuangan...
as simple as that.

Tuesday, March 22, 2011
eulogy national rx compo.
Akhir-akhir tahun tujuh puluhan, aku pun lupa darjah berapa tapi aku ketika itu masih kecil lagi, mungkin darjah satu atau dua.
Mungkin darjah tiga, empat atau lima.
Entahlah labu.
Yang aku masih ingat, kami adik-beradik pergi ke satu tapak pesta yang juga aku lupa apa pestanya. Pesta Pantai mungkin atau ekspo mungkin.Lupakan.
Dan Abang aku yang cikgu itu telah membeli satu set pemain kaset dari jenama National berbentuk ‘deck’. Maksudnya; ada dek pemain kaset dan radio dan dua buah pembesar suara bersaiz besar. Ketika itu, belum wujud ‘mini-compo’. Ketika itu juga adalah ‘musim’ peralihan daripada pemain kaset dari bentuk ‘catridge’ kepada jenis kaset yang lebih kecil.
Daripada pemain kaset itulah aku membesar.
Aku dibuai lagu-lagu Alleycats, ABBA, Beatles, Emmilia Contessa, Titiek Puspha, Jamal Mirdad, Bee Gees, Rod Steward, Kembara, Jamal Abdillah dan lain-lain yang seangkatan.
Sekitar tahun lapan puluhan, usia meniti remaja di sekolah menengah, ketika jiwa asyik memberontak, ketika hati sudah pandai memikat, ketika sekolah mengadakan perkhemahan, aku meminjam pemain kaset kakak aku dari jenis Toshiba Bombeat dan memainkan lagu-lagu Alleycats di kala awek lalu lalang.(Toshiba bombeat ketika itu adalah sangat 'hip'! semasa breakdance mula-mula menular ke urat dan tulang).
Sampaikanlahhh salammm cintakuuu padanyaaa….
Sekali-sekala memainkan juga lagu-lagu Allahyarham Sudirman.
Tercalarrrrr mimpi semalammmm....:)
Ketika itu, kualiti bunyi bukanlah sesuatu yang menjadi tumpuan. Asal bunyi lagu, sudah.Yang penting lirik dan melodi.
Di sekolah, bertukar-tukar kaset itu adalah sesuatu yang menjadi lumrah. Sangat lumrah asalkan tidak diselongkar oleh Pengawas atau Cikgu Disiplin (yang akan merampas kaset dan menyimpannya untuk mereka dengar sendiri di dalam bilik disiplin).
Ketika itu, Rock belum sampai lagi.
Paling rancak pun kumpulan Headwind.
Kita serupaaa….:)
Ketika waktu-waktu itu juga aku berjaya meminta duit che’ untuk aku beli pemain kaset berkembar (double cassette deck) bersaiz kecil bewarna putih. Seken hand. Ketika itu ‘mini-compo’ adalah satu budaya. Satu ikutan. Satu impian. Belum mampu di gapai tangan.
…dan ketika-ketika itu jugalah aku menjadi seorang penggubah lagu yang serius! Ya, aku membuat ‘dubbing’ atau menyalin semula lagu-lagu terpilih ke dalam kaset kosong. Penggubah lagu la tu..masa tu mana ada album kompilasi lagi. Kalau ada pun lagu-lagu kompilasi 60an yang tiba-tiba aje menjadi sensasi. Jefridin, S. Jibeng, A Rahman Hassan…
Korang ingat lagi masa ‘comeback’ lagu-lagu 60an tu? Ntah hapa-hapa kan? (aku pun demam pop yeh yeh..he he he)
Alangkah sedihnyaaa...aaaaa..hatiku. parap! parap!
Bila habis sekolah, aku buat macam-macam kerja dan bila masuk U, duit simpanan aku masih bersisa.
Di tahun pertama masuk U, yuran dah bayar, duduk pulak dalam asrama, motor belum bawak, baju beli ‘bundle’…apa lagi yang hebat?
Beli mini-compo.
Bukan macam sekarang, nak beli handphone, laptop, mp3 player, portable DVD player bagai…yang canggih-canggih.
Dulu, sangat mudah dan ringkas.
A good mini-compo is a dream.
Di setiap bilik di kolej, boleh dikatakan semua memiliki mini-compo. Ada yang hebat, ada yang sekadar berbunyi. Ada yang tak ada langsung. Yang itu, geng surau. he he
Aku beli National RX-C53D dengan pembesar suara AFD dan Auto-Reverse. Oh ya..XBS lagi (extra bass sound). Ianya sangat gempak gila.
In 1989, what more can you dream?
Ianya kecil, bergaya, lincah, bunyi tweeter yang halus dan bunyi bass yang sangat sedap. Seketul-seketul merdu bunyinya. Mudah di bawa ke mana-mana sahaja. Naik bas ekspress balik kampong sambil menjinjit mini-compo tersebut seolah-olah semua mata awek memandang kita dengan penuh teruja. He he he.
Betul, aku tak tipu. :)
Empat tahun aku di U, dialah peneman setia. Menyanyikan lagu-lagu gembira,banyak lagu putus cinta, beberapa lagu mencari cinta dan lagu-lagu yang menjadi santapan halwa telinga. Tidak pernah gagal untuk melayan mood aku dengan sebaiknya.
Bila aku mula bekerja dan selepas itu berkahwin, aku membeli pemain CD dan pembesar suara yang besar untuk di letakkan di ruang tamu. Boleh memainkan VCD sekaligus. Mini Compo itu aku letakkan di dalam bilik untuk sekadar memainkan radio.
Apabila lama, ia mula mengikuti fitrah dunia. Mula-mula, ‘auto-reverse’nya rosak. Selepas itu, pemain kasetnya rosak tetapi fungsi selainnya masih elok dan berbakti.
Kaset pun bertukar CD.
VCD bertukar DVD.
CD lagi bertukar MP3
Mini compo bertukar kepada telefon bimbit (betapa teknologi mengubah budaya).
National RX-C53D auto-reverse,speaker AFD,XBS hanya di buka untuk mendengar azan di bulan Ramadhan.
Kemudiannya ia bermaustatin di bilik tamu dan jarang dijamah oleh sesiapa.
Bertahun-tahun.
Dua malam yang lepas, aku cuba menghidupkannya dari lena yang panjang. Aku tekan suis. Tak nyala.
Langsung diam.
Tiada suara.Sunyi dan sepi.
Kaku tak bernyawa.
He he he
Terlebih-lebih la pulak melankoliknya.
Lalu, aku angkat dari bilik tamu dengan segala memori yang aku ada dengannya. Sedetik demi sedetik terbayang.Lagu-lagu kembali berputar. Bunyi-bunyi yang malar segar.
Sementara ini aku letakkan di bilik stor sebelum orang rumah aku bising bilik stor yang sudah menjadi sendat dengan segala alat. Nanti. Aku buanglah ia.
Rest in peace my dear mini-compo.
National RX-C53D dengan pembesar suara AFD dan Auto-Reverse serta XBS lagi.
1989-2011.
u'll be missed.
~po.
Friday, March 11, 2011
Thursday, March 03, 2011
senarai
...
Banyak benda yang terlintas dalam kepala.
Benda-benda yang tertunda.
Benda-benda yang aku nak kongsikan bersama.
I want to write a novel.
Cerita tentang kasih ayah. Bukan kisah cinta yang terlalu mudah.
At least the novel is for myself. For my kids.
Aku nak tulis di sini tentang kisah aku yang pernah merasa sakit.
...dan aku masih melawannya sehingga ke hari ini.
Aku nak tingkatkan bekalan.
Aku nak belajar membaca dengan lancar.
Aku nak dijemput berkunjung ke sana.
Banyaklah..benda yang aku inginkan.
For a start;
Aku beli kasut dulu.
Amacam? he he
Yang lain-lain akan menyusul. InsyaAllah.

Wednesday, February 23, 2011
Third Phase
...
Last night I received an SMS from a dear friend. It's been a while since we last have a good talk about life.
'u must be too busy biking'
...and i replied late last night.
' i need something to focus and move on. Mid life crisis ha ha ha '
...and i went to sleep like a log. Tido tak sedar diri.
This morning while driving my kids to school, i received another reply.
' quite simple really, we're in the third stage of life. The final phase. That's focus enough.'
...
The third stage of life.
The final tri-mester.
...and just now we had a chat on the phone. He said 'i'm glad that u've found a new spark in life..cycling.'
Thanks for being a friend.
Thank you. I needed that.

Tuesday, February 22, 2011
Lama
...
Lama tidak menulis di sini.
Bukan tak ada cerita cuma kurang ada rasa.
...lalu hidup berlalu sebagaimana biasa.
~po
Lama tidak menulis di sini.
Bukan tak ada cerita cuma kurang ada rasa.
...lalu hidup berlalu sebagaimana biasa.
~po
Sunday, January 30, 2011
Kadangkalanya Tidak Menentu
...
Hari ini mendung seakan hujan mahu turun. Barangkali lebat.
Barangkali tidak.
Kata orang, menjelang Tahun Baru Cina, biasanya cuaca tidak menentu. Adakala hujan, adakala panas dan terang.
Entah benar entahkan sebaliknya. Aku pun tidak tahu.
Kalau dulu, cuti Tahun Baru Cina memang kami tunggu-tunggu sebab biasanya sekolah akan mengadakan perkhemahan untuk badan beruniform.
Ada pernah sekali dalam satu perkhemahan, kami duduk beramai-ramai dalam satu bulatan waktu malam menjelang dan kami menyanyikan lagu dari kumpulan kopratasa. 'Masihkah kau ingat'.
Mula-mula perlahan tetapi menjadi semakin kuat dalam malam yang kian gelap.
Kami ulang-ulang lagu itu entah berapa puluh kali. Bagaikan keset rosak. Berpusing-pusing menyanyikan lirik yang entah apa-apa.
Kami pun tidak tahu kenapa. Mungkin jiwa remaja kami ketika itu tidak menentu. Seperti cuaca juga.
Barangkali.
Yang aku tahu, aku masih ingat saat menyanyikan lagu itu.
...dan aku pun meneruskan kehidupan aku.
aku harap kau pun begitu.

Thursday, January 27, 2011
If You're Reading This...Part 2
...
Look out your window.
Its a beautiful day.
Its a beautiful life.
...and people make mistakes every now and then.
People say things that they don't really mean.
Say things that they might regret.
Words can hurt even the toughest hearts.
...and sometimes, when two colorful balloons were flown to the sky, we tend to compare which balloon would fly higher.
People tend to forget what makes them fly.
...and I honestly forget, to see what's inside.
I'm sorry for that. I really am.
I should be better than that.
I know I am.

If You're Reading This...
...
If you are...
Look out your window from where you are now.
Same old view..kan?
Mungkin sudah bertahun, berbelas tahun dan mungkin sudah berpuluh tahun anda melihat pemandangan yang sama.
Tiada yang istimewa.
Nothing special.
Take another look.
Deeply.
Betapa indahnya dunia ini.
Betapa indahnya ciptaan Ilahi.
How beautiful life is....
Appreciate.
Sujudlah dengan KebesaranNya.
~po. - dan mungkin sesekali kau akan melihat seseorang sedang mengayuh basikal Giant Yukon FX baru dari sudut jendela itu. Itu mungkin aku... ha ha ha.

Thursday, January 13, 2011
Obsessi
...
Semenjak akhir-akhir ini. Beberapa tahun kebelakangan ini.
Aku perlukan sesuatu benda atau perkara untuk mengingatkan yang aku masih hidup di atas muka bumi selain kewajiban seorang hamba kepada Ilahi.
Aku perlukan peralihan tumpuan dari kerja seharian yang tak pernah surut hari demi hari. Tak pernah berhenti.
Aku perlukan obsessi.
Aku tengah obsess dengan ini.
For some people, it ain't much.
may be..
but for me, it's something to dream on, ride on, hold on to and keep going strong.
Obsessi yang buatkan kita happy.
Life is about being happy.
Being happy what makes this life a wonderful journey.
kan?
~po.- bila kita 'happy' semua disekeliling kita akan 'happy'.

Tuesday, January 11, 2011
Katanya: derita itu aku.
...
Katanya: derita itu aku.
(petikan puisi : janda setinggan karya Bapak A. Samad Said).
16—24, Disember, 1988
~po.
Katanya: derita itu aku.
(petikan puisi : janda setinggan karya Bapak A. Samad Said).
16—24, Disember, 1988
~po.
Monday, January 03, 2011
2011
...
2010
Terima kasih atas pengalaman.
Cerita dan keluh kesah kehidupan.
Seorang hamba yang sedang berjalan di atas muka bumi Tuhan.
2011
Selamat Datang
Semoga hari-hari itu akan penuh dengan keberkatan.
Dengan izin Tuhan.
~po. - Di Tahun Masihi ini, kita sama-sama berkelana mencari erti.

Subscribe to:
Posts (Atom)