Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com
Discount Magazine Subscriptions - Save big!
Tuesday, April 8, 2008
Kenangan Terindah
Friday, December 14, 2007
Gambar Kahwin
Ini adalah gambar perkahwinanku. Ketika ini usiaku 24 tahun. Tanggal 31 Ogos 2001 aku selamat diijabkabulkan bersama lelaki pilihan hatiku. Aku mengenali suamiku pada tahun 1998 dan percaya atau tidak, sepanjang perkenalan aku dengannya hanya sekali kami berdating. Itupun blind date sebab suamiku admired kat aku sepanjang kami menuntut di PUO Ipoh. Aku tak kenal dia tapi rupanya ada mamat yang dok usha kat aku. Ada peminat gak aku ini. Dah masing-masing habis belajar baru dia utus surat kat aku untuk berkenalan.
Puteri Pertama Putri Nurlyana Safura

Puteri pertama hasil perkahwinan kami. Kami beri nama Putri Nurlyana Safura. Aku amat berminat dengan nama Puteri. Masa anak dara berangan nak jadi tuan puteri dan berkahwin dengan anak raja. Tup-tup kahwin dengan anak raja manjoi. Terpaksa le letak nama anak dengan Putri.
Kontroversi gak letak nama Putri ni dulu. Mak mentua tak suka sebab bukan keturunan Megat atau Raja tapi lama-lama benda tu pun dah lupa. No hal lah....
Puteri Kedua Putri Nurlydia Natasya
Ini adalah puteri kedua kami. Orangnya manja sangat. Tak boleh Umienya tersalah cakap mesti menangis. Umurnya dah 3 tahun tapi bila tanya nak sekolah ke tidak, pasti jawapannya tidak. 

Panggilan manjanya Adik. Selalu bergaduh dengan kakaknya. Maklumlah dua beradik aje. Dua-dua perempuan lak tu. Kalau ditanya sama ada Adik nak adik tak, jawapannya pun tidak juga. Ntah le Adik....
Bercuti ke Langkawi
Adik & Kakak
Tuesday, December 11, 2007
Sayang ku
Lelaki ini yang selalu mencintaiku
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertahkta dalam sanubariku
Subscribe to:
Posts (Atom)




