Indahkan Solatku
ISBN: 978-629-7929-20-0
Penulis: Ustazah Naimah Yong
Kod: GB0948
Saiz: 6"x 9" (Portrait)
Tebal: 96 m/s
Berat:
Harga: RM15.00/RM17.00
Sinopsis
Solat ialah saat eksklusif seorang hamba berdiri menghadap Allah SWT. Namun, adakah kita benar-benar memahami apatah lagi menghayati setiap lafaz yang dibaca?
Indahkan Solatku hadir sebagai solusi praktikal untuk membantu kita memperbaiki dan menghayati solat melalui pendekatan tahriri—iaitu belajar dengan cara menulis, menyalin, membaca dan memahami setiap bacaan.
Buku ini membimbing pembaca secara langkah demi langkah, bermula
daripada bacaan dalam wuduk, niat dan takbiratulihram, kemudian Al-Fatihah,
rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, tasyahud, doa-doa dalam solat,
hinggalah salam. Setiap bacaan disertakan terjemahan agar kita dapat memahami
dan menghayati keindahan maknanya.



















































