Saturday, August 13, 2011

Keputusan

Untuk membuat sesuatu keputusan, bukanlah mudah.
Tambahan pula kalau keputusan yang perlu di ambil itu melibatkan banyak pihak,
dan perlu mempertimbangkan beberapa perkara terutama apabila keputusan tersebut bakal merubah sebahagian besar hidup seseorang.
Membuat sesuatu keputusan tak semudah kita mengadaptasi kisah hidup kita dengan situasi orang lain, atau situasi yang kita lihat dengan mata kasar.
Memang tak mudah.
Mungkin orang luar tengok sesuatu tindakan itu mudah, tapi tidak bagi orang yang melaluinya.
Apa yang perlu kita buat, sebagai individu yang nak membuat keputusan,
Jangan cepat terpengaruh dengan desakan orang lain, ambillah pendapat mereka sebagai satu
nasihat berguna, tapi tak semestinya kita perlu ikut.
Kadang-kadang, kita sendiri ada perancangan yang sudah lama kita aturkan, tinggal nak jalankan saja semua rancangan tersebut, mengikut masa dan turutan.
Lebih baik tidak tergopoh-gapah dan haruslah realistik dengan tindakan dan perancangan yang nak di lakukan.
Insyallah, akan ada kemanisan dalam setiap usaha, tawakkal dan kesabaran.
Orang di luar jugak haruslah menghormati situasi orang yang nak membuat keputusan tersebut.

Thursday, August 11, 2011

Oh NO!

say NO and DON'T feel GUILTY!

Personal Belongings

I don't want to share everything with everybody.
Sometimes, I need some understanding.
Please try to understand me.
I've tried to consider and to compromise.
But, I still end up with a heartache.
Hello, it's one of my PERSONAL BELONGINGS!


p/s: I am too emotional! Yes, I am.


Tuesday, August 9, 2011

Saya sayang hamba-hamba Allah ini

**bentuk-hati**

Kosong.Ayah saya. (sangat jauh di mata tapi sgt dekat di jiwa)
Satu. Ibu saya.
Dua. Abang dan Kakak saya.
Tiga. Mr GRAPHENE saya.
Empat. Keluarga dan sahabat saya
Tidak bernombor. Diri saya sendiri.

Ya Allah ya Tuhanku, lindungilah kami...



Monday, August 8, 2011

Santan vs Susu Cair

Bulan puasa ni, nak jugak makan bubur jagung campur gandum.
So selalunya mak akan buat guna santan.
Tapi kali ni saya nak gantikan santan dengan susu cair ye.

Saya: OK, kali ni takmau guna santan untuk bubur ni, nak ganti susu cair!
Mak: Bukan santan lagi sedap ka daripada susu?
Saya: Susu lagi sihat... santan kurang sihat...
Mak: Amboi, selama ni mak dok bela adik masak dengan santan tu lah...
Saya: OK lah, sekarang e bela mak dengan susu... sebab mak dah warga emas... kena jaga kesihatan...
Mak: OK, nanti bagi mak makan susu pastu mak melawan adik.
Saya: Hehehe...

E sayang mak!!! Oh Tuhan, terima kasih kerana mengurniakan saya ibu yang sangat kelakar!

p/s: tak sedap pun bubur jagung gandum letak susu... dah rasa dah... errrr

Thursday, July 21, 2011

Ironman

Saya memilih jalan yang susah.
Yang banyak liku dan halangan.
Supaya saya dapat mencari penyelesaian,
memperoleh pengalaman dan belajar menghadapi dan menangani kesulitan tersebut.
Dan yang UTAMA, mendekatkan diri pada yang MAHA penyelesai masalah bagi sekalian manusia.
Macam pertandingan "IRONMAN - a strong man of exceptional physical endurance"
Saya nak jadi salah seorang daripadanya, yang meliputi juga "mental and spiritual endurance".
Saya suka melaluinya walaupun kadang-kadang "the icebergs melt".
Tapi kata orang yang merasa garam lebih dahulu saya, "bukan kamu saja yang mengalami situasi ni, but the whole world. Dan siapa yang akan menyelesaikan masalah?" - ALLAH MAHA BESAR.
Percaya. Percaya. Percaya.
Dan saya sesungguhnya gembira bila ada yang menghulurkan tangan, telinga dan hati mereka untuk saya.
Saya amat menghargainya.
Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita.
Saya menyayangi ibu saya yang menjadikan saya hari ini.
Dan saya menyayangi ibunya yang menjadikan dia hari ini.
Semua ini dengan izin Allah.
Saya menghargai setiap detik yang saya lalui dan bersyukur.

Friday, July 1, 2011

hit and run

Shivering.
That was the first response.
Why you have to act like that.
Can't you be just towards her.
Oh my Lord.
Hit and Run.
Everyone who loves peace hates this!
I hope the Lord save me and lend me one of the best.
Like what I possess now.
Ameen.

Aku Insaf

Setelah melalui 2 minggu hingga sebulan,
Akhirnya aku nak insaf.
Daripada 'addiction'.
Oh Tuhan... kuatkanlah imanku...


Monday, June 20, 2011

I was down...

Sebab pertandingan Marigold Peel Fresh 25 Years of Juicy Goodness tu,
kemenangan dikira berdasarkan berapa banyak borang yang di hantar.
Aku cuma ada dua borang ja.
Padan muka.
Bosan!

Saturday, June 11, 2011

Leaving 123 for good


4 years - Not exactly 4 years, may be more or may be less... finally I decided to leave 123 for good... and I would say... with full of PRIDE...
Never to look back upon what had happened all these years... but I shall leave them as my own good memories and good experiences as well ... and be thankful to what I have become today...

4 years - meeting: the best part of my life... and leaving: the hardest part to be done.
That is all about life and its real truth. I love all the 'hers' and 'him(s)' that I've ever met... but I still have to move on with my life... with a very big ambitions to be pursued. Today I would admit that I'm starting to miss all my routines back in USM with my 3 sweethearts... Last week when I was doing the 'desk clearance', I could feel the "don't-go" feeling in one of the rooms in my heart... Monologue: "Okay, I will leave this place but I never had any intention to leave all my sweetheart(s) for good, they will stay in my heart forever because they are very sweet!"
To all my sweetheart(s), take care! work hard! let us start our dream business!!!


Monday, May 16, 2011

"Laminating"

Commitment.
As simple as this kind of appreciation.
Simple, yet it really made my day!
Good night, Good dreams, Good morning,
and
Good Day!
Thank you, Sir.

p/s: I wonder how could I laminate the pieces together! Anyone?


Friday, March 25, 2011

The Heyraud

Woi.
Panggil lah aku interview cepat
Aku dah tak sabar nk pakai 'The Heyraud'
Entah-entah dah berkulat kat dalam stor kat rumah tu.

Bryan Adams vs Adam Sandler














Hello ada 2 Adam(s) di sini (maybe 3?)
I just love these guys!
They are amazing in their own ways...
Bryan Adams - lovely voice. I will keep repeating the same song over and over again!
Adam Sandler - sense of humor. I will laugh out loud!!
And the third one - as he is!
So, here are the ADAMS!

It's time to leave....

Okay. Okay. Okay.
Sensitif aku sekarang.
Tinggalkan sesuatu untuk dapatkan sesuatu! (besar maknanya)
So melayan lagu Bruno Mars- Count on Me & Dione Warwick- That's what friend are for
Okay mood sedih
That's life and its real truth
And I have to move on
For a brighter and better future
And it's time to leave...
Friends. Friends. Friends.
Like what I have read in my Mum's autograph book during her school years
F.R.A.N.C.E - Friendship Remains And Never Can End.
So sad! But TRUE!!!

Thursday, March 24, 2011

Stupid!

Stupid issue!
Banyak lagi issue yg boleh dibincangkan, mcm pelajaran, kemiskinan, teknologi, etc
Hello! Malaysia perlu maju lah!!!

Mood: Takda mood.

Wednesday, March 23, 2011

Low

OK,
Everything is ............... (fill in the blank)
1. Low quality
2. Bad hand-writing (because Cikgu Salmah and MAK said so :p)
.but.
practically & emotionally & intentionally
very high high high definition!!
.
-waiting for my funky-meal-
.

Tuesday, March 22, 2011

Pie in minutes!

Tadaaaaa!
Ini lah Peach-Apple-Pie yang aku buat.
OK, hanya memerlukan lebih kurang 90 minutes untuk menyiapkan sebiji P-A-P ni..
That's why tajuk entry ni "Pie in minutes!"

Thursday, March 10, 2011

Cakap dan dengar

Orang yang bercakap,
Boleh cakap apa saja yang dia nak cakap
Tanpa memikirkan perasaan orang yang nak mendengar,
Sama ada akan menyakitkan hati orang yang mendengar
Atau melegakan hati orang yang mendengar.

Orang yang mendengar,
Dia ada pilihan untuk mendengar, dan menerima dengan hati terbuka,
Atau mendengar, dan berubah rasa jadi tidak gembira.
Itu pilihan orang yang mendengar.
Sama ada nak berduka dengan apa yang didengar.
Atau nak bergembira dengan apa yang didengar.
Mendengar dan menjadikan apa yang didengar itu satu motivasi
Atau mendengar dan menjadikan apa yang didengar itu satu penolakan dalam hidup.

Maka, pandai-pandailah menilai apa yang nak dicakapkan, dan apa yang didengar.
Aku harap percakapan aku dapat memberi kesan yang baik terhadap orang yang mendengar.
Walaupun mungkin kedukaan tu akan muncul pada respon pertama, (aku terima)
Tapi harapnya, respon yang berikutnya, menjadi motivasi...

Anda nak gembira atau berduka?
Masing-masing ada hak untuk memilih :)

p/s: self-evaluation


Monday, March 7, 2011

Saya nak...

... berterima kasih kepada ramai orang.
Buat masa sekarang masih sibuk...
Akan update tak lama lagi...
Dan sebagai permulaan,
" Terima kasih yang tak pernah cukup untuk diucapkan..."

Yang berterima kasih,
Ariza

Friday, January 28, 2011

RALAT

Masa umur aku 6 tahun
Aku lemas dekat sungai
Masuk hospital tak ingat berapa hari
Dan mak sentiasa ada kat sebelah aku
Setiap kali buka mata..dia ada kat sebelah..
Walaupun mak tak dapat tidur malam sbb tak selesa
Tapi dia tetap tegar tinggal kat hospital
Sebab nak teman anak bongsu dia ni..


Bila aku umur 16 tahun
Mak aku kena lalui satu operation
Dia mintak aku teman kat hospital
Tapi aku tak tunaikan permintaan dia
Sebab takmau ponteng sekolah.
Dan lepas mak balik dari hospital
Mak memang tak gembira
Mak tak cakap.
Aku tau mak tak gembira..
Tapi masa dah berlalu pun.

5 tahun berlalu.
Perkara tu masih ada dalam ingatan aku.
Aku tulis surat dekat mak sempena mother's day
Mintak maaf dengan tindakan aku 5 tahun dulu
Sesalan yang tak dapat nak aku undur balik.
Yang pasti aku boleh buat perubahan untuk jadi yang lebih baik...
Dan sampai sekarang aku cuba lakukan yang terbaik utk MAK

Sampai sekarang aku terbayang perasaan mak, bila dia buka mata lepas sedar dari operation, dan tengok anak dia takda kat sebelah..
Itulah RALAT terbesar dalam hidup aku selama 26 tahun bernafas di dunia ni.



Thursday, January 27, 2011

Kenapa kadang-kadang ada manusia
Yang terpaksa berdepan dengan orang lain,
Dan tolong menjegilkan mata orang tu
Demi untuk orang tu nampak,
Kehebatannya, kemantapannya, kepandaiannya, etc ...?
Bukankah orang yang hebat itu tak perlu menjegilkan mata orang lain
Dan menjerit di telinga orang lain
Supaya orang lain dapat melihat apa kuasa-X yang dia ada?
Aku memang tertanya-tanya.
Pada pendapat aku, kalau orang tu hebat, tak perlu pun nak buat tu semua
Sebab, kehebatan itu akan terpampang dan diceritakan walaupun bukan atas permintaan.

Sunday, January 23, 2011

Jangan salahkan

Kalau kita bertemu orang yang tidak baik,
Jangan sesekali menyalahkan AGAMAnya..
Kerana tiada agama yang mengajar penganutnya untuk berbuat tidak baik.
Salahkan individu itu sendiri..sebab segala tindakannya adalah dari hati dan akalnya, yang berada di dalam tubuh badannya...
Jika kita bertemu orang yang buruk sifatnya,
Jangan sesekali mengaitkan dengan BANGSAnya..
Kerana pada dasarnya, setiap bangsa tidak sukakan perpecahan.
Yang mencetuskan peperangan sesama manusia ialah fikiran dan hatinya.
Janganlah kita salahkan orang lain,
Tetapi muhasabah lah diri... Kita akan menemui siapa kita sebenarnya..



Friday, January 21, 2011

Menyelam di laut dalam

OK hari ni hari Jumaat yang terkejut!
Dan sempena Jumaat yang terkejut ni, aku nak bermuhasabah diri :)
Apa yang aku nak dalam hidup yang aku dapat fikirkan sekarang?
1. Msc
2. Kerja
3. Kawen

Walaupun hanya sempat fikir 3 perkara saja, tapi amaun tu berganda macam 3 ribu perkara.
3 perkara tersebut walaupun nampak simple dgn satu perkataan saja, tapi impak tu sangat besar.
Bila aku muhasabah diri, 3 perkara ni sangat besar dan hebat dalam hidup aku..Sebab untuk mencapai 3 perkara ni, akan wujud tanda soal (?) dalam kepala..5WH 1H questions..what, why, when, where and who...termasuk lah how?
Untuk mencapai sesuatu yang HEBAT, apa yang mesti kita ada ialah "kesabaran, ketabahan dan pengorbanan"
Apa saja laluan yang kita sedang hadapi dan bakal hadapi, kena lalui dengan tenang, sabar dan tabah...
Kalau kita inginkan sesuatu yang HEBAT dan BESAR, pengorbanannya pun mestilah HEBAT dan BESAR...contoh macam kalau nak beli kereta mini cooper S lah..mesti la kena korbankan duit yang banyak..macam tu lah situasinya..
So apa yang aku sedang lalui sekarang, pada mulanya adalah TEKANAN..tapi bila difikirkan, semua yang aku nak, besar-besar dan hebat belaka..makanya..aku perlukan kesabaran dan ketabahan yang tinggi, diiringi pengorbanan yang besar serta usaha yang lebih.
Sepertinya aku sedangan menyelam di LAUTAN yang sangat dalam untuk mencari sesuatu yang istimewa kat dalam laut..mungkin mutiara, mungkin harta karun, mungkin keluarga duyung..
Masa menyelam, pasti aku jumpa coral yang cantik, ikan-ikan yang warna warni dan pada masa yang sama, mesti akan jumpa ikan buntal yg banyak duri, coral yang tajam, pastu silap2 pirana pun ada..pastu mungkin todak! kalau aku tabah, kuat semangat dan bersabar dan ambik risiko utk digigit ikan2 ganas, pasti akhirnya aku dpt temui harta karun tu..walaupun perjalanannya sangat panjang...begitulah kehidupan seorang manusia..setiap langkah, keputusan dan tindakan pasti ada risiko..dan semua itu adalah learning proses untuk jadikah aku lebih matang dan mahir dalam sesuatu aspek..

Untuk sahabat-sahabat di luar sana yang baru nk menyelam atau sedang menyelam...kuatkan semangat... Allah akan memberi apa yang kita usahakan..We will earn what we deserve..

p/s: walaupun aku tak reti berenang apatah lagi menyelam..tapi imaginasi aku dapat merealisasikannya :)

Tuesday, January 18, 2011

Padam

OK, bila inbox handphone aku dah penuh,
Aku nak delete ja semua messages yang ada kat dalamnya.
Tapi rasa takut.
Mana tau nanti dah tak dapat messages yang macam tu lagi, i.e yang boleh bagi :)
Macam mana nak mengatasi rasa takut tersebut??
Caranya ialah:
Kena atasi rasa takut dengan jadi BERANI.
Macam mana nak buktikan yang aku BERANI?
Jawapannya:
Dengan aku memilih option delete kat dalam handphone tu.
SIAP!!!
Kan dah terbukti berani?

Tapi, sebenarnya, apa yang ada dalam inbox kepala ni, tak semudah tu aku nak delete..walaupun aku tekan delete, tapi rupanya dia masuk Recycle Bin, yang aku boleh retrieve file yang aku delete...
Ini keaadaan yang sungguh menakutkan..hehe

RULES

Kadang-kadang
Bila terlalu banyak RULES yang dibuat oleh manusia
Sampai aku sendiri rasa
BOSAN dan FED-UP!!!!
dan rasa macam nak cakap
LANTAK KAU-lah!

Wednesday, January 12, 2011

Malam yang panjang..

tidur semalam bagaikan princess :)

10:00 pm
Good night.......

Terjaga, rasa dah lama tidur, mungkin sekarang dah 6:30 am, waktu bangun!
Tengok jam..
11:30 pm
what??? baru pukul macam ni? rasa macam dah lama tidur..sambung tidur..


Terjaga lagi..
Tengok jam...
2:30 am..
apa??? awal lagi..then ada fikir..mungkin waktu utk bertahajud...
tapi apa kan daya, iblis menang dalam percaturan ni..
sambung tidur lagi...

Lagi sekali terjaga..
Tengok jam...
4:30 am..
Huh..kenapa masa macam lambat kali ni??
Tak jugak aku bangun tahajud..
tidur terus..

Kesekian kali terjaga..
Tengok jam..
6:00 am..
OK, akhirnya sampai jugak subuh hari ni
tapi sebab nak tunggu wake-up call,
aku dengan disokong sang iblis, sambung lagi..
tidur..
.
.
.
wake-up-call!!!! 6:36 am
OK, nak tidur lagi skit...
.
.
.
6:59 am..
OK fine, sang iblis jugak menang..
Subuh lambat!
Besok tak boleh macam ni..
Mana tau kalau takda esok?

Insaf.

Malam semalam sungguh panjang...

Saturday, January 8, 2011

I just missed.....


Sekarang ni hati tengah dalam mood rindu semua perkara dan orang yang pernah berada dekat dengan aku..
Sahabat-sahabat sejak sekolah dari Convent bawak ke Tunku Putera & SMK Baling..
Aini, Ummul, Azlin, etc...
Aziah, Pija, Juliana, Anim, etc...
Sahabat-sahabat sejak matrik
Nazura, Toyu, etc...
Sahabat-sahabat sejak USM..dan alhamdulillah yang ni masih boleh berjumpa..
Masih ingat macam mana boleh kenal dengan Intan Liyana Merza, sahabat pertama yang aku jumpa kat USM..walaupun lain course..but our friendship remains..and we never forget each other's B-day..! (tapi masih hutang dia birthday gift, sorry Intan..)
Dan seterusnya Zati, Husna, etc..(too many)..sahabat gembira dan duka
Kenangan-kenangan dengan semua sahabat.
Ada jugak perasaan, bila aku tak menghargai semuanya..persahabatan dan kasih sayang bersama mereka semua..so, I would say, "I am sorry my dear.."
Beginilah masa merubah semuanya..
Macam dalam bait lagu:

Those were the days my friend
We'd thought they'd never end
We'd sing and dance forever and a day
We'd live the life we choose
We'd fight and never lose
For we were young and sure to have our way
Those were the days, oh yes those were the days...


Semua masa tu dah berlalu...
Dan tak pasti dapat tak nak duduk bersama dan sembang tentang semua kenangan ni..
Yang aku sangat pasti...
I just missed everything and anything!

Sunday, January 2, 2011

Inspiration..


Kadang-kadang, kita perlu melihat satu sisi kehidupan orang lain..
Yang dapat memberikan kita
INSPIRASI
......untuk terus menjalani kehidupan...dengan lebih berani, tabah dan sabar...
Dan Allahyarham Mas Afzal Masarudin, menjadikan perjuangan dalam kehidupannya sebagai satu inspirasi dan untuk aku mengingati siapa yang mencipta dan berhak ke atas setiap yang diciptakan-Nya..

"Allah certainly has unique ways to show His LOVE. I hope I will not lose my chance" - Allahyarham Mas Afzal Masarudin, Al-Fatihah


Saturday, January 1, 2011

Hello 2011


Nervous..
Nervous...
Nervous...
But what else can I do...
I asked Him to show me the path...
And to give me courage...
To move forward, without any fear...
And to follow my heart..and meet my destiny..

I was granted a "today" to erase a "yesterday"
.... all the bads,
and to remain all the goods...
I noticed a sign, so I could follow the light...

Please, allow me to love, to own and to guide...

How I missed everything..