Nak trafik tinggi, (1)pastikan keyword kita tepat dan cepat. Jika ada (2)berita terkini, pastikan terus (3)update blog dan post kan entry kita itu segera. Sebelum itu (4)kaji dulu tajuk mana yang sesuai dengan isu berkenaan. Ia menjadi (5)'key' penting untuk enjin carian menjengah ke blog kita. Jika kena dengan cara - gaya - key nya maka tak mustahil blog kita akan dikunjungi ribuan manusia mahupun 'robot' (yang nak spam shoutbox kita....). Namun ia masih tak cukup lagi tu. Banyak lagi langkah yang perlu kita lakukan untuk mencapai tahap RAJA SEO nih. Bagaimanakah caranya tuh!
Post Top Ad
Your Ad Spot
Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts
12 April 2011
21 January 2011
Tips Meningkatkan Trafik Blog - Berkawan Dengan Enjin Carian! - Terima Kasih MataHaw!
Salam 1Malaysia Semua
Ho..ho...yeah... Biasalah bangun pagi ni kena buat senaman muka dulu. Hehehe.. Kalo tak cepat tua..(melalut la ko ammboi...). Ok cam biasa, bila tajuk macam kat atas tu korang mesti fikir ammboi nak aksi tutorial kan? Takde maknanya tu. Ammboi bukannya pandai sangat dan ammboi masih lagi baru dalam dunia blogging ni. Pagi ni ammboi cuma nak story sikit berkenaan tips yang ammboi pakai jer. Diulangi ini bukannya tutorial.
13 January 2011
30 December 2010
BUKAN TUTORIAL >> Bina Kotak Iklan
Salam 1Malaysia Semua
Ammboi dengan rasa rendah dirinya terpaksa membuat TUTORIAL ini diatas permintaan saudara c2u. Beliau sudah lama dok bertanya pada ammboi macam mana mahu buat KOTAK IKLAN ni. Ammboi seperti biasa segan la untuk buat tutorial ni. Kerana ammboi pun bukannya terer sangat dalam bab godek menggodek ni. Namun untuk tidak menghampakan beliau ammboi usahakanlah jugak. BINA KOTAK IKLAN
27 December 2010
Tips Mendapat Buffered Earnings (BE) Nuffnang
Salam 1Malaysia Semua
Amacam petang ni? Ok ker? Demam TERKEZUT menang bola tak hilang lagi ke? Hehehehe.. Ok. Hari ni ammboi nak berkongsi satu TIPS lagi. Tapi sebelum itu ammboi nak ingatkan, ammboi ni cuma blogger amatur jer, masih baru, mentah dan pendek kata BELUM LAYAK UNTUK KASI TIPS semacam ini. Namun, atas permintaan rakan blogger, ammboi gagahkan diri untuk buat senarai langkah sebagai blogger untuk mendapatkan Buffered Earning (BE) ni yer. Tips Mendapat Buffered Earnings (BE) Nuffnang
22 December 2010
Tips Tingkatkan Trafik Kencang Seperti Kilat
Trafik? Rasanya rata-rata semua blogger mesti akan bercerita pasal trafik…ye lah bila kita ada blog nih, kita menulis mestilah nak ada pembaca kan…bila ada yang mengunjungi blog anda, mereka lah yang menyumbang kepada trafik blog anda…tapi, macam mana pula nak trafik yang tinggi? trafik kencang = $$$ masyuk…betul tak….sapa yg tak nak duit….semua pun nak duit…sebab tu la ramai blogger yang akan berkongsi tips untuk menaikkan trafik ke blog anda. Kini, semua tu tak mustahil lagi….terdapat cara hebat dan mudah untuk tingkatkan trafik blog anda.
p/s : baca entri ni sampai habis dulu sebelum buat...
08 December 2010
Pastikan Blog Anda Ada Dalam List Blogger Profile Agar Senang Di Follow
Salam 1Malaysia Semua
Wah wah wah... Gembira nampak. Mentang-mentangla Malaysia dapat masuk semi final kan. Ok ler tu. Syukur alhamdulillah. Takde la nampak bolasepak kita dah makin jatuh kan.
Ok, hari ni ammboi rasa sangat terkilan. Kenapa? Sebab ammboi tak dapat nak jejak balik pe'follow' blog ammboi ni. Ammboi tahu blog ammboi ni pun bukannya femes sangat. Kira ok la ada seorang dua yang sudi follow ammboi tu. Terima kasih. Masalah kat sini ialah ada beberapa blog tu yang ammboi tak dapat 'follow balik'. Kenapa?
Kebiasaanya bila kita klik pada pic orang yang follow kita tu akan keluarlah satu tab yang ada list blog orang tu follow dan juga pautan blog mereka sendiri. Yang pautan tu la kita boleh klik untuk ke blog diorang kan. Baru kita boleh follow jugak. Ada banyak blog yang tak keluar si 'pautan'(eja bebaik...takde kena-mengena dengan paultan yer..hehe) ni.
Macam mana nak kasi PAUTAN tu ada?
1. Mula-mula anda pergi ke dashboard.
2. Kemudian di sebelah kiri, anda klik "Edit Profile"
3. Di bahagian privacy, anda klik "Select Blog To Display" dan "tick" di nama blog anda.
4. Di sebelah kanan bawah anda "click" di kotak "Save Setting"
5. Selesai....
note : kredit tu cik cempaka melati kerana dpd beliaulah ammboi tahu pasal ni...huhu
29 October 2010
Timbang Blog Anda di iWEBTOOL
Salam 1Malaysia semua.
Pagi ini ammboi nak bercerita pasal timbang blog. Iaitu website yang menguji speed test (kelajuan muaturun) blog kita. Kenapa perlu timbang blog?
Kandungan dalam blog kita memainkan peranan yang penting bagi menarik minat rakan-rakan blogger untuk datang ke blog kita. Jika kadar muaturun perlahan, ia akan membantutkan mood pengunjung untuk terus berada di blog kita.
Apa yang ammboi tahu, setiap blog yang baik (speed) hanya akan memerlukan tempoh tidak sampai 30 saat untuk di 'loading'. Betul ke? Tak percaya korang cubalah masuk ke blog rakan-rakan blogger yang dah start DIET ni. hehehe..
Antaranya ialah mYFaheem , kuLanz dan blog ammboi sendiri (err..tak tahu la laju ke tak, dah diet teruk dah ni....
Program diet ammboi bermula sejak semalam. Ammboi buat speed test tu di SINI. Namun hari ni baru sempat nak publish. Semalam blog ammboi dapat result camni...
![]() |
| load time cuma 0.14 sec..wawwww.... |
dan hari ini pulak ammboi dah buang satu lagi widget yang ammboi rasa patut buang. Hasilnya ialah....
![]() |
| Load time jadi makin lama plak..konfius... |
Tapi blog ammboi ni belum layak untuk dikatakan ringan lagi. Kerana blog yang betul-betul ringan hanya memerlukan kandungan antara 20kb - 50kb sahaja. Jadi, ammboi akan terus berusaha untuk men'diet' kan blog ni lagi.
p/s : jum diet...
05 August 2010
BUKAN TUTORIAL >> Buat Widget Bacalah
Ammboi ada menerima permintaan dari kawan blogger CurrentLife2u untuk mengajarnya buat widget BACALAH kat tepi sidebar ammboi tu. Tapi ammboi bukannya pandai sangat pun, ni cuma nak kasi panduan sikit jer.. Harap blogger semua dapat search dari yang lebih pakar yer...
Step - Step....
Pertama
Korang Login Blog - Pilih DashBoard - Layout - Add a Gadget - HTML/Javascript
Kedua
Copy Script yang ada kat blog tu dan tukar yourblogname kepada nama blog korang la.. Contohnya, http://yourblogname.blogspot.com/ kepada http://ammboi.blogspot.com/. Lepas tu.... SAVE dan siap....
TQvm to MariBinaBlog.Com
p/s : masih x pro untuk buat tutorial... huhu
TQvm to MariBinaBlog.Com
p/s : masih x pro untuk buat tutorial... huhu
20 July 2010
Maxis / Celcom / Digi - BB vs Stremyx?
Gambar Hak Milik TM
Huuhh... Sakit hati betul dengan mena**ng ni. Ha*am jadah sungguh. Apa punya peel, dok kat kawasan bandar, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan lagi, tetapi penyedia perkhidmatan BB ni masih lagi tak konsisten.
Apa yang diorang fikir? Banyak dah ammboi baca entry berkenaan BB ni. Ada yang melabelkannya sebagai
Ammboi menggunakan salah satu pakej BB diatas. Malas la nak sebutkan berkenaan pakej tu. Yang penting ianya memang hampeh. Kat rumah ammboi jejarang je boleh guna. Tu pun slow ciput TAHAP G**A.
Bulan ni ammboi dah amik keputusan untuk potong line berkenaan. Dah hampeh sangat. Ammboi sekarang tunggu untuk penyambungan PAKEJ STREMYX 1mbps. Ammboi harap takde masalah la untuk online kat rumah lepas ni.
Ammboi ada terbaca artikel kat blog M2G berkenaan Stremyx ni. Pembaca pun ramai yang komen. Tapi ramai yang memilih ok la STREMYX ni. Betul ke?
09 July 2010
BUKAN TUTORIAL >> Buat Horizontal Tabs Menu
Mak oii..letih ammboi dok memikirkan macam mana nak buat tab2 kat header tu. Maklumla, ammboi ni dikira kalangan yg last blogger nak blaja. Hehehe...
TUTORIAL? Uuuuu....ammboi tak berani nak buat tutorial. Setakat nak cerita macam mana ammboi buat tu boley la.
Langkah 1 :
Dimulakan dengan BISMILLAH... hehehe...
Langkah 2 :
Login BLOGGER
Langkah 3 :
Klik kat DESIGN >>> POSTING
Langkah 4 :
Klik kat EDIT PAGES > Ni bagi yang dah ada PAGES element untuk yang guna THEME BLOGGER.
Langkah 5 :
Korang tulis la apa-apa TAJUK yang sesuai. Pastu korang taip la apa-apa yang patut.
Langkah 6 :
Korang klik PUBLISH PAGES
Langkah 7 :
Korang boleh la PREVIEW.. Cantik jugak kan.... hehehe...
Langkah 8 :
Yang penting korang jangan lupa yang ni. Penting tau....
iaitu ..... DISUDAHI dengan ALHAMDULILLAH....
SEKIAN >>> CUBALAH... ^_^
Korang Boley buat rujukan kat sini :
Trick Tips Blogger
Post Top Ad
Your Ad Spot









