SZA
rencana ini mungkin perlu ditulis semula sepenuhnya bagi memenuhi piawaian Wikipedia, memandangkan tiada istilah yang tepat dalam bahasa Melayu bagi perkataan co-headlining. |
Rencana ini sedang diterjemahkan daripada artikel bertajuk SZA dalam Wikipedia bahasa Inggeris. Anda boleh membantu Wikipedia dengan menyunting rencana ini seterusnya. Bantuan bahasa Melayu boleh diperoleh di laman Dewan Bahasa dan Pustaka |
SZA | |
|---|---|
SZA pada 2025 | |
| Nama lahir | Solána Imani Rowe |
| Juga dikenali sebagai | SZA |
| Kelahiran | 8 November 1990 St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat |
| Warganegara | Amerika Syarikat |
| Genre | R&B kontemporari, R&B alternatif, Neo soul, pop, hip hop |
| Pekerjaan |
|
| Alat muzik | Suara |
| Tahun aktif | 2011–kini |
| Diskografi | |
| Syarikat rakaman | Top Dawg Entertainment (en) RCA Records |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak sesawang | szactrl szasos |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Solána Imani Rowe (lahir 8 November 1989), atau juga dikenali dengan nama pentas SZA (/ˈsɪzə/ (
dengar) SIZ-ə), merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu dari Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan penulisan lirik yang bersifat diaristik serta penerokaan pelbagai genre muzik. SZA dianggap sebagai antara tokoh penting yang mempengaruhi perkembangan muzik R&B kontemporari dan mempopularkan genre R&B alternatif.
Selepas meraih perhatian dalam talian menerusi dua EP yang diterbitkan sendiri, SZA menandatangani kontrak dengan Top Dawg Entertainment pada tahun 2013. Di bawah label tersebut, beliau mengeluarkan EP beraliran lo-fi dan psikedelik berjudul Z (2014) serta album R&B debutnya, Ctrl (2017). Album tersebut mendapat pujian kritikal dan tersenarai dalam pelbagai senarai album terbaik pada penghujung tahun. Selepas Ctrl, beliau terlibat dalam beberapa kolaborasi berprofil tinggi sepanjang empat tahun berikutnya. Antaranya ialah single yang menduduki carta 10 teratas, All the Stars (2018) bersama Kendrick Lamar, yang menerima pencalonan bagi Anugerah Akademi dan Golden Globe, serta "Kiss Me More" (2021) bersama Doja Cat, yang membolehkan SZA memenangi Anugerah Grammy pertamanya.
Menerusi album keduanya yang mendapat pujian ramai dan merangkumi pelbagai genre, SOS (2022), SZA menjadi wanita pertama yang menghabiskan 100 minggu dalam kelompok 10 teratas carta Billboard 200. Album tersebut juga memecahkan rekod sebagai album oleh pemuzik kulit hitam yang paling lama berada dalam kelompok 10 teratas di Amerika Syarikat. Single kelima daripada album itu, Kill Bill, merupakan lagu ketiga paling laris pada tahun 2023 dan pernah menduduki tempat pertama carta ''Billboard'' Hot 100. Dari tahun 2024 hingga 2025, SZA terus mencatat kejayaan menerusi beberapa lagu yang berada dalam kelompok 10 teratas, termasuk Saturn dan 30 for 30, yang kedua-duanya diambil daripada edisi deluxe album SOS berjudul Lana (2024). Dalam tempoh yang sama, beliau turut mencipta kejayaan menerusi "Luther", lagu yang menjadi single nombor satu paling lama bertahan dalam kerjayanya di Amerika Syarikat. Jelajah konsert Grand National Tour pada tahun 2025 bersama Kendrick Lamar pula menjadi jelajah konsert co-headlining dengan kutipan tertinggi dalam sejarah.
SZA telah meraih pelbagai pengiktirafan sepanjang kerjayanya, termasuk tujuh Anugerah Grammy, satu Anugerah Brit, tiga Anugerah Muzik Amerika, satu Anugerah Guild of Music Supervisors, serta dua anugerah Billboard Women in Music, termasuk anugerah Woman of the Year. Beliau juga telah menulis bersama lagu-lagu untuk artis seperti Nicki Minaj, Beyoncé, Travis Scott, Schoolboy Q dan Rihanna. Pada tahun 2024, beliau menerima Anugerah Hal David Starlight daripada Songwriters Hall of Fame.
Kehidupan awal dan pendidikan
[sunting | sunting sumber]Solána Imani Rowe[2] lahir pada 8 November 1989 di St. Louis, Missouri.[3][4] Beliau membesar di Maplewood, New Jersey, bersama ibu bapanya yang berasal dari wilayah Selatan Amerika Syarikat. Ibunya, Audrey, ialah bekas eksekutif di AT&T, manakala bapanya, Abdul, pernah bekerja sebagai penerbit video di CNN.[5] Semasa kecil, Rowe diberi gelaran manja "Chickabee" oleh ibunya, yang diambil daripada filem Nell (1994).[6]
Audrey beragama Kristian, manakala Abdul beragama Islam.[7] Bapa Rowe akan menghadiri gereja ibunya pada majlis-majlis khas, sementara ibunya pula akan berpakaian sesuai untuk solat Jumaat dan menemani bapanya ke masjid.[8] Rowe mengikuti kedua-dua sekolah Ahad dan sekolah agama Islam semasa membesar.[8] Dalam satu temu bual dengan blog Muslim Girl, beliau berkata bahawa ibu bapanya saling menerima agama masing-masing, dan bahawa "kepercayaan serta pegangan mereka telah [bersepadu antara satu sama lain]".[9]
It's like the belief in one God, all the pillars of Islam et cetera, and I think those are ideas that will never leave me, those make sense in my spirit. It's the way that I connect with God; it has always made sense to me. I think I would love to wear my hijab but I feel like I don't wanna wear my hijab and talk crazy on stage and be in videos with Travis Scott. Like I don't wanna be disrespectful because I have too much love and respect for the religion, for my father, and for myself.
Ia berkaitan dengan kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa, semua rukun Islam dan sebagainya, dan saya rasa itu adalah nilai-nilai yang tidak akan pernah meninggalkan diri saya. Semua itu sangat sesuai dengan jiwa saya. Itulah cara saya berhubung dengan Tuhan; ia sentiasa masuk akal bagi saya. Saya rasa saya ingin memakai hijab, tetapi saya merasakan saya tidak mahu memakai hijab kemudian bercakap secara keterlaluan di atas pentas atau muncul dalam video bersama Travis Scott. Saya tidak mahu bersikap tidak menghormati kerana saya mempunyai rasa cinta dan hormat yang sangat mendalam terhadap agama itu, terhadap ayah saya, dan terhadap diri saya sendiri.[10]
Rowe memakai hijab semasa di sekolah rendah dan pada peringkat awal sekolah menengah rendah.[11] Namun, selepas serangan 11 September, beliau berhenti memakainya ketika berada di sekolah menengah rendah kerana bimbang menjadi mangsa buli yang berunsurkan Islamofobia.[11][12] Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Tinggi Columbia, di mana beliau menyertai pasukan gimnastik, pasukan sorak, serta kumpulan tarian sekolah yang dikenali sebagai Special Dance Company.[13] Selepas menamatkan persekolahan pada tahun 2008, Rowe mendaftar di tiga buah kolej yang berbeza sebelum akhirnya menetap di Universiti Negeri Delaware untuk mengikuti pengajian dalam bidang biologi marin.[14][15][16] Namun, beliau berhenti belajar pada semester terakhirnya untuk memberi tumpuan kepada kerjaya muzik, dan bekerja dalam pelbagai pekerjaan bagi menyara diri.[17]
Selepas berhenti belajar, Rowe sering meminum Malibu, menghisap ganja, dan kerap tidur berlebihan setiap hari.[8] Beliau juga berbohong tentang umurnya untuk mendapatkan pekerjaan sebagai pelayan bar, dan kadangkala menari di beberapa kelab bogel di New Jersey serta New York City.[18] Nama pentasnya, SZA, diilhamkan oleh Nation of Islam, sebuah gerakan keagamaan nasionalis kulit hitam di Amerika Syarikat.[19] Beliau mengambil inspirasi daripada Supreme Alphabet,[20] dengan pengaruh daripada RZA dan GZA daripada Wu-Tang Clan.[21] Dua huruf terakhir dalam namanya, Z dan A, merujuk kepada Zig-Zag dan Allah, manakala huruf S boleh membawa maksud sama ada savior (penyelamat) atau sovereign (berdaulat).[22][23]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]2011–2014: Permulaan kerjaya dan EP
[sunting | sunting sumber]This article is in the process of being translated from another language Wikipedia. In order to reduce edit conflicts, please consider not editing it while translation is in progress. |

SZA pertama kali bertemu dengan anggota-anggota Top Dawg Entertainment (TDE) pada acara CMJ New Music Report pada tahun 2011, apabila syarikat pakaian milik teman lelakinya menaja sebuah persembahan yang turut menampilkan Kendrick Lamar. Muzik awal SZA kemudiannya dikongsi dengan presiden TDE, Terrence "Punch" Henderson, yang tertarik dengan kualiti karya tersebut.[24] Rakaman awal SZA dihasilkan bersama rakan-rakan dan jiran-jirannya, manakala banyak rentak yang digunakan diperoleh daripada Internet.[25] Pada 29 Oktober 2012, SZA menerbitkan sendiri EP debutnya, See.SZA.Run.[26][27] EP tersebut menerima ulasan yang positif sebaik sahaja dilancarkan. Akhbar The Guardian memuji EP itu, khususnya kandungan lirik dan produksinya, serta membandingkannya dengan karya artis seperti Drake dan The Weeknd.[28]
2015–2018: Ctrl dan lonjakan kerjaya
[sunting | sunting sumber]2019–2023: Kolaborasi dan SOS
[sunting | sunting sumber]2024–kini: Lana dan Jelajah Grand National
[sunting | sunting sumber]Kesenian
[sunting | sunting sumber]Pengaruh
[sunting | sunting sumber]Muzik
[sunting | sunting sumber]Penulisan lagu
[sunting | sunting sumber]Kolaborasi dan penampilan
[sunting | sunting sumber]Fesyen
[sunting | sunting sumber]Penerimaan dan warisan
[sunting | sunting sumber]Imej awam dan pandangan
[sunting | sunting sumber]Kehidupan Peribadi
[sunting | sunting sumber]SZA telah bercakap secara terbuka mengenai perjuangannya dengan kesihatan mental. Beliau menggambarkan industri muzik sebagai "salah satu industri yang paling memberi tekanan dan boleh mencetuskan psikosis".[29] Beliau mengalami kemurungan dan mula mempunyai pemikiran untuk membunuh diri selepas kematian mengejut tiga bekas teman lelakinya dalam tempoh yang singkat. SZA menemukan ketenangan melalui doa dan muzik, yang membantunya menuju penerimaan diri.[7] Kematian sahabat baiknya, Mac Miller, akibat dos berlebihan yang tidak disengajakan pada tahun 2018, serta kematian neneknya pada tahun 2020, semakin mendorongnya kepada pemikiran untuk membunuh diri dan menyebabkan beliau hilang motivasi untuk menghasilkan muzik.[15][30]
Disebabkan latar belakang pembesarannya, SZA telah mengamalkan beberapa kepercayaan agama sepanjang hidupnya. Beliau percaya kepada "suatu kuasa atau kehadiran yang lebih tinggi [...] yang mengendalikan dan menggerakkan dunia seperti sebuah mesin yang berfungsi dengan sempurna", tanpa mengira agama tertentu.[31] Beliau pernah mengamalkan dan mengenal pasti dirinya dengan agama Kristian,[31] dan pada masa yang sama menganggap dirinya seorang Muslim.[9] Selain kepercayaan Abrahamik, beliau juga menggabungkan unsur-unsur Hinduisme dalam sistem kepercayaan peribadinya. Pada tahun 2020, SZA mengendalikan sesi meditasi dalam talian bersama Lizzo menerusi Instagram Live, di mana beliau memainkan mangkuk nyanyian Tibet.[32] Pada tahun 2025, beliau menyertai sebuah retret senyap di India, tidak menggunakan media sosial selama lebih seminggu dan mengamalkan samyama sepanjang tempoh tersebut.[33] Beliau juga memakai loket Linga Bhaivari untuk memperoleh tenaga positif, yang diberikan oleh Isha Foundation. Untuk mengekalkan kesejahteraan diri, beliau mengamalkan yoga.[34]
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Filmografi
[sunting | sunting sumber]Jelajah
[sunting | sunting sumber]Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "SZA Strips Down to Delicate, Bare-Bone Vulnerability on 'CTRL'". Billboard. 13 Jun 2017.
- ↑ Platt, Poppie (June 30, 2024). "How SZA became a Glastonbury headliner". The Daily Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada September 1, 2024. Dicapai pada January 31, 2025.
- ↑ Phillips, Demi (October 27, 2023). "7 R&B Singers Who Are Scorpios". HotNewHipHop. Diarkibkan daripada yang asal pada November 1, 2023. Dicapai pada January 31, 2025.
- ↑ Lutkin, Aimee; Rivera, Briannah (February 2, 2024). "Does SZA Have a Boyfriend?". Elle. Diarkibkan daripada yang asal pada January 29, 2025. Dicapai pada January 31, 2025.
- ↑ Mukhtar, Amel (November 14, 2024). "'I'm Not Meant to Be Famous, I Just Keep Trying to Rise to the Occasion': SZA Gives Her Most Revealing Interview to Date". British Vogue. Diarkibkan daripada yang asal pada November 21, 2024. Dicapai pada January 31, 2025.
- ↑ Smith, Danyel (February 8, 2023). "SZA's Ruination Brought Her Everything". The New York Times Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada February 8, 2023. Dicapai pada February 3, 2025.
- 1 2 Morris, Alex (August 30, 2017). "How SZA Beat Depression and Cracked the Top 10 With 'Ctrl'". Rolling Stone (dalam bahasa Inggeris AS). Diarkibkan daripada yang asal pada April 14, 2019. Dicapai pada April 14, 2019.
- 1 2 3 Caruso, Skyler (February 3, 2024). "All About SZA's Parents, Audrey and Abdul". People. Diarkibkan daripada yang asal pada May 31, 2024. Dicapai pada January 31, 2025.
- 1 2 Amani (April 7, 2021). "SZA Thinks About Wearing Hijab "All the Time"". Muslim Girl (dalam bahasa Inggeris AS). Dicapai pada March 2, 2025.
- ↑ "Sza On CTRL, Relating to Rihanna, Standing for Pharrell & Her Faith". HOT 97. 6 June 2017. Peristiwa berlaku pada 10:09. Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2021. Dicapai pada 15 April 2020 – melalui YouTube.
- 1 2 Elan, Priya (April 18, 2021). "SZA says she was scared to wear hijab after 9/11". The Guardian. Dicapai pada January 31, 2025.
- ↑ Richards, Will (April 20, 2021). "SZA says she was scared to wear her hijab after 9/11". NME. Diarkibkan daripada yang asal pada December 28, 2022. Dicapai pada January 31, 2025.
- ↑ Brown, Sierra (June 5, 2018). "Let SZA's Heartwarming Speech From Her High School's Hall Of Fame Ceremony Inspire You". Vibe. Diarkibkan daripada yang asal pada March 28, 2024. Dicapai pada January 31, 2025.
- ↑ Maicki, Salvatore (June 5, 2018). "SZA returned to her high school and performed 'The Weekend'". The Fader. Diarkibkan daripada yang asal pada May 19, 2022. Dicapai pada January 31, 2025.
- 1 2 Carmichael, Emma (February 26, 2020). "The Rebirth of SZA". Rolling Stone (dalam bahasa Inggeris AS). Diarkibkan daripada yang asal pada February 26, 2020. Dicapai pada February 22, 2025.
- ↑ Ahmed, Insanul (September 8, 2013). "Who is SZA?". Complex Music. Diarkibkan daripada yang asal pada April 29, 2019. Dicapai pada April 15, 2020.
- ↑ Inman, DeMicia (June 1, 2023). "SZA Reflects On Bartending At Strip Clubs To Finance Music Career". Vibe. Diarkibkan daripada yang asal pada August 6, 2024. Dicapai pada January 31, 2025.
- ↑ DeSantis, Rachel (February 8, 2023). "SZA Explains How 'Vibing Aimlessly' After Dropping Out of College 'Lit a Fire' That Led to Music Career". People. Diarkibkan daripada yang asal pada November 6, 2023. Dicapai pada January 31, 2025.
- ↑ Galindo, Thomas (April 10, 2023). "Behind the Spiritual Band Name: SZA". American Songwriter (dalam bahasa Inggeris AS). Dicapai pada March 2, 2025.
- ↑ Sanchez, Melissa (December 12, 2022). "SZA Sends Out an S.O.S. Her Fans". The Source. Diarkibkan daripada yang asal pada April 13, 2024. Dicapai pada January 31, 2025.
- ↑ Orcutt, KC (June 10, 2017). "7 Artists With Names Inspired By The Wu-Tang Clan". HotNewHipHop. Diarkibkan daripada yang asal pada May 2, 2023. Dicapai pada January 31, 2025.
- ↑ McLaren, Bonnie (June 28, 2024). "Glastonbury: Seven things to know about SZA". BBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada February 18, 2025. Dicapai pada January 31, 2025.
- ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "Cosmo-SZANetWorth" - ↑ Ugwu, Reggie (April 7, 2014). "SZA Talks 'Z' Album & Being the Only Girl In Top Dawg Entertainment". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada July 19, 2023. Dicapai pada January 31, 2025.
- ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "Billboard-Interview-SZA2013" - ↑ Ugwu, Reggie (May 29, 2013). "Scouting Report: R&B/Pop Singer SZA". Billboard. Dicapai pada January 31, 2025.
- ↑ Frydenlund, Zach (October 29, 2012). "EP Premiere: SZA 'See SZA Run'". Complex. Diarkibkan daripada yang asal pada January 20, 2025. Dicapai pada January 31, 2025.
- ↑ Lester, Paul (March 8, 2013). "New band of the day: SZA (No 1,467)". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada November 17, 2018. Dicapai pada January 31, 2025.
- ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "Independent-InterviewRepost-SZA" - ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "NME-20SomethingRehearsal" - 1 2 Harris, Hunter (June 14, 2017). "SZA Is Finally in Ctrl: On the Long Road to Her Debut Album". Vulture. Diarkibkan daripada yang asal pada October 7, 2023. Dicapai pada February 1, 2025.
- ↑ Richards, Will (April 24, 2020). "Watch Lizzo and SZA host meditation class on Instagram Live". NME (dalam bahasa Inggeris British). Dicapai pada March 2, 2025.
- ↑ Sadler, Armon (February 6, 2025). "SZA Shares Lessons From "Silent Retreat" In India With Her Mother". VIBE.com (dalam bahasa Inggeris AS). Dicapai pada March 2, 2025.
- ↑ "SZA's Moved On to Bigger, Better Things Since That Grammys Snub (and You Should Too)". Cosmopolitan (dalam bahasa Inggeris AS). January 5, 2021. Dicapai pada March 2, 2025.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- SZA di Allmusic
