Pergi ke kandungan

Pekan Sebuyau

Pekan Sebuyau
Sebuyau
Jalan raya ke Pekan Sebuyau
Jalan raya ke Pekan Sebuyau
Map
Peta interaktif bagi Pekan Sebuyau
Koordinat: 1°33′46″U 110°47′10″T / 1.56265417°U 110.78614705°T / 1.56265417; 110.78614705
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSamarahan
DaerahSebuyau
Kerajaan
 • Kerajaan tempatanMajlis Daerah Sebuyau
 • PenghuluLaw Khin Seng
Ketinggian
1 m (3 ft)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (WMP)UTC+8 (WPM)
Poskod
94300
Kod nombor telefon+6082
Plat pendaftaran kenderaanQ

Pekan Sebuyau atau secara rasminya Sebuyau ialah pekan pentadbiran bagi Daerah Sebuyau di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia.[1] Ia bersempadan dengan Daerah Simunjan dan Daerah Sri Aman. Majoriti penduduk yang tinggal di sekitar Sebuyau ialah beretnik Melayu serta Iban.[2] Ia terletak kira-kira 140 kilometer (87.0 bt) dari Bandaraya Kuching dengan menggunakan jalan darat dan 85 kilometer (52.8 bt) dengan jalan air.[2]

Dahulu Pekan Sebuyau tidak ditadbirkan oleh Daerah Sebuyau, melainkan Daerah Simunjan dengan keadaan pekan berkenaan diletakkan di bawah naungan daerah kecil yang dikenali sebagai Daerah Kecil Sebuyau.[2] Berikutan dengan penaiktarafan daerah di Sarawak pada tahun 2021, Pekan Sebuyau tidak lagi ditadbirkan oleh Daerah Simunjan dan dipindahkan masuk ke dalam Daerah Sebuyau.[3][4]

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Penghulu bagi Pekan Sebuyau ialah Law Khin Seng.[4]

  1. ↑ M. Mohizah, S. Julia and W. K. Soh (2006). A Sarawak Gazetteer [Gazetir Sarawak] (PDF). Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. ISBN 983-2181-86-0. OCLC 85818866. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Julai 2011. Dicapai pada 18 Mei 2021. {{cite book}}: |archive-date= / |archive-url= timestamp mismatch; 22 Julai 2011 suggested (bantuan)
  2. 1 2 3 "Profail Daerah Kecil Sebuyau, Bahagian Samarahan, Sarawak, Malaysia". samarahan.sarawak.gov.my. Pentadbiran Bahagian Samarahan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-27. Dicapai pada 28 Mei 2021.
  3. ↑ Ibrahim, Mohd Iskandar (12 Disember 2021). "Lima kawasan dinaik taraf jadi daerah". Berita Harian. Dicapai pada 27 Mac 2026.
  4. 1 2 "Senarai Nama Terkini Ketua Kampung dan Tuai Rumah Daerah Sebuyau". samarahan.sarawak.gov.my. Pentadbiran Bahagian Samarahan. 21 Mac 2026. Dicapai pada 27 Mac 2026.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]