Pergi ke kandungan

Depok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Kota Depok)
Depok
Jalan Margonda
Taman Pelancongan Wiladatika
Bendera bagi Depok
Mohor rasmi bagi Depok
Nickname: 
Kota Belimbing
Motto(s): 
Paricara dharma
(Sanskrit) Hamba kebaikan, kebenaran dan keadilan
Depok yang terletak di Jawa
Depok
Depok
Depok yang terletak di Indonesia
Depok
Depok
Koordinat: 6°24′18″S 106°49′02″T / 6.405031°S 106.8173077°T / -6.405031; 106.8173077
Negara Indonesia
ProvinsiJawa Barat
Dasar hukumUndang-undang Nombor 15 tahun 1999
Hari jadi27 April 1999 (1999-04-27)
Jumlah satuan pemerintahan
Senarai
  • Kecamatan: 11
  • Kelurahan: 63
Kerajaan
 • TypeDatuk Bandar—majlis
 • Datuk BandarSupian Suri
 • Timbalan Datuk BandarChandra Rahmansyah
 • Setiausaha DaerahMangnguluang Mansur
 • Ketua DPRDAde Supriyatna
Keluasan
 • Jumlah
200.29 km2 (77.33 batu persegi)
 • Water1.69 km2 (0.65 batu persegi)
Penduduk
 (31 Disember 2024)[1]
 • Jumlah
2,010,912
 • Pangkat8
 • Kepadatan10,000/km2 (26,000/batu persegi)
Demografi
 • Agama
  • 93.16% Islam
  • 0.28% Buddha
  • 0.17% Hindu
  • 0.11% Lain-lain[1]
 • Bahasa
 • IPM▲ 82.91 (2024)
sangat tinggi[2]
Zon waktuUTC+07:00 (WIB)
Kode pos
16400-16500
Kode telepon021
Pelat kendaraanB xxxx E** (Depok Margonda hingga Depok Timur) / Z** (Cinere hingga Bojongsari) (Tidak ada hubungannya dengan B xxxx ZZ* yang digunakan untuk pejabat pemerintahan)
Kode SNI 7657:2023DPK
APBDIDR 4.39 trilion (2026)[3]
PADIDR 2.26 trilion (2025)
DAUIDR 946,332,371,000.- (2025)
DAKIDR 434,193,910,000.00.‐ (2025)
Flora resmiBelimbing
Fauna resmiBurung Gagak
Tapak sesawangTapak sesawang rasmi

Kota Depok merupakan sebuah bandar yang terletak di Provinsi Jawa Barat, Indonesia. Kota Depok merupakan sebahagian daripada kawasan metropolitan Jabodetabekpunjur dan terletak betul-betul di sebelah selatan Provinsi DKI Jakarta pada jarak 30.6 km selatan DKI Jakarta. Kota Depok dibentuk dari kawasan Kota Pentadbiran Depok dengan penambahan kawasan daripada Kecamatan Limo, Kecamatan Cimanggis, dan Kecamatan Sawangan, serta beberapa desa dari Kecamatan Bojonggede yang digabungkan dengan Kecamatan Pancoran Mas.[4] Tarikh perasmian Kota Depok, yang ditandai dengan pemisahan rasminya dari Kabupaten Bogor pada 27 April 1999, ditetapkan sebagai Hari Jadi Kota Depok, yang jatuh pada tarikh tersebut setiap tahun. Jumlah penduduk kota Depok berdasarkan data Kementerian Dalam Negeri Republik Indonesia pada pertengahan tahun 2023 adalah seramai 1,927,867 orang.[1][5] Berdasarkan data dari Badan Pusat Statistik (BPS), pada tahun 2025, jumlah penduduk Kota Depok meningkat menjadi 2,167,961 orang.[6]

Secara geografi, Kota Depok terletak pada koordinat 6° 19’ 00”–6° 28’ 00” Lintang Selatan dan 106° 43’ 00”–106° 55’ 30” Bujur Timur. Dengan luas wilayah sekitar 200.29 km², Depok merupakan kawasan dataran rendah dengan ketinggian 50–140 meter di atas permukaan laut dan kemiringan kurang dari 15%. Depok dilintasi oleh sungai-sungai besar, iaitu Sungai Ciliwung dan Sungai Pesanggrahan.[7] Di samping itu, terdapat juga 13 unit lembangan sub-sungai dan 22 tasik.[perlu rujukan]

Kota Depok terletak di atas lapisan runtuhan yang didominasi oleh batuan aluvium, yang boleh dikenal pasti menggunakan data graviti ESA-MWT untuk menentukan ketumpatan batuan.[8] Pemerhatian ini telah dikaitkan dengan kajian geologi yang lain.[9] Lapisan aluvium ini berada 0–68 m di bawah batuan dasar.[8] Unit batuan Depok berasal dari Pleistosen.[perlu rujukan]

Garisan Sempadan

[sunting | sunting sumber]

Secara pentadbiran, Depok dibentuk berdasarkan Undang-Undang Nombor 15 Tahun 1999 tentang pembentukan Kota Depok dan Kota Cilegon. Pada 27 April 1999, Kota Pentadbiran Depok dan Kota Pentadbiran Cilegon telah diubah menjadi bandar. Sempadan utara antara Depok dan Batavia tidak berubah sekurang-kurangnya sejak tahun 1933. Berikut adalah butiran sempadan Kota Depok:[10]

Utara Provinsi DKI Jakarta (Jakarta Selatan), dan (Jakarta Timur)
Timur Kota Bekasi
Selatan Kabupaten Bogor
Barat Provinsi Banten (Kota Tangerang Selatan)

Datuk Bandar Depok

[sunting | sunting sumber]
  • Drs. Moch. Rukasah Suradimadja (1982-1984)
  • Drs. H. M. I. Tamdjid (1984-1988)
  • Drs. H. Abdul Wachyan (1988-1991)
  • Drs. H. Mochammad Masduki, M.Si (1991-1992)
  • Drs. H. Sofyan Safari Hamim (1992-1996)
  • Drs. H. Yuyun Wirasaputra, MM (1996-1997) (Penjawat)
  • Drs. H. Badrul Kamal (1997-2005)
  • Warma Sutarman (2005-2006)
  • Dr. Ir. H. Nur Mahmudi Ismail, Msc. (2006-2016)
  • Drs. H. Arifin Harun Kertasaputra (2016) (Penjawat)
  • Dr. K.H. Mohammad Idris, M.A (2016-kini)

Universiti

[sunting | sunting sumber]
  • Universiti Indonesia
  • Universiti Gunadarma
  • Universiti Bina Sarana Informatik
  • Universiti Pancasila
  • Universiti Islam Internasional Indonesia
  • Universiti Mercu Buana

Pusat Beli-Belah

[sunting | sunting sumber]
  • Cimanggis Square
  • Cinere Bellevue Mall
  • Cinere Square
  • City Plaza Depok
  • Depok Town Center
  • Depok Town Square
  • D'Mall
  • ITC Depok
  • Mall Cimanggis
  • Mall Cinere
  • Margo City
  • Pesona Square
  • The Park Sawangan
  • Tip Top Depok
  • Transmart Cibubur
  • Transmart Dewi Sartika
  • Hospital Bandar Depok
  • Hospital Depok Timur
  • Hospital Bhayangkara Brimob
  • Hospital Citra Medika Depok
  • Hospital Harapan Depok
  • Hospital Hermina Depok
  • Hospital Jantung Diagram
  • Hospital Meilia Cibubur
  • Hospital Mitra Keluarga Depok
  • Hospital Olahraga Nasional
  • Hospital Permata Depok
  • Hospital Puri Cinere
  • Hospital Sentra Medika
  • Hospital Simpangan Depok
  • Hospital Tugu Ibu
  • Hospital Universiti Indonesia
  • Hospital Asyifa
  • Hospital Brawijaya Sawangan
  • Hospital Bunda Aliyah Depok
  • Hospital Graha Permata Ibu
  • Hospital Hasanah Graha Afiah
  • Hospital Setya Bhakti
  • Hospital Tumbuh Kembang
  • Hospital Bhakti Yudha
  • Hospital Bunda Margonda
  • Hospital Citra Arafiq

Media Tempatan

[sunting | sunting sumber]
  1. 1 2 3 4 "Visualisasi Data Kependudukan - Kementerian Dalam Negeri 2024" (visual). www.dukcapil.kemendagri.go.id. Dicapai pada 23 September 2026.
  2. ↑ "Badan Pusat Statistik Indonesia. (15 November 2024). [Metode Baru] Indeks Pembangunan Manusia, 2022-2024. Diakses pada 17 April 2025, dari https://www.bps.go.id/id/statistics-table/2/NDEzIzI=/-metode-baru--indeks-pembangunan-manusia.html". {{cite web}}: External link in |title= (bantuan)CS1 maint: url-status (link)
  3. ↑ "Tok! DPRD dan Pemkot Sepakati Raperda APBD 2026, Nilainya Capai Rp 4,39 Triliun". Pemerintah Kota Depok. Berita Depok. 28 November 2025. Dicapai pada 23 September 2026.
  4. ↑ "Undang-Undang Nomor 15 tahun 1999". Badan Pemeriksa Kewangan (Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2022. Dicapai pada 23 September 2026.
  5. ↑ "Kota Depok Dalam Angka 2023" (pdf). depokkota.bps.go.id. m/s. 43, 105. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mac 2023. Dicapai pada 23 September 2026.
  6. ↑ Depok, Badan Pusat Statistik Kota. "Jumlah Penduduk Menurut Kecamatan di Kota Depok - Tabel Statistik". depokkota.bps.go.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 23 September 2026.
  7. ↑ "13 Sungai Yang Membelah Kota Jakarta | Daerah Kita - Sajian Artikel Ringan dan Informatif Nusantara". www.daerahkita.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2022. Dicapai pada 23 September 2026.
  8. 1 2 Hamonangan, R A; Rosid, M S (Julai 2020). "Identification of basement and subsurface structure of Depok City by using ESA-MWT gravity data". IOP Conference Series: Earth and Environmental Science (dalam bahasa Inggeris). 538 (1): 012019. doi:10.1088/1755-1315/538/1/012019. ISSN 1755-1315.{{cite journal}}: CS1 maint: article number as page number (link)
  9. ↑ Turkandi T, Sidarto, Agustyanto D A and Hadiwijoyo M M P 1992 Geologi Lembar Jakarta dan Kepulauan Seribu, Jawa (bandung: Pusat Penelitian dan Pengembangan Geologi)
  10. ↑ "Landbouwstatistiekkaart" (Peta). Perpustakaan Universitas Leiden. 1:150.000 (dalam bahasa Belanda). Batavia: Topographische Dienst. 1933. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Jun 2022. Dicapai pada 23 September 2026.

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]