Pergi ke kandungan

Android Donut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Android Donut
Versi sistem pengendalian Android
Android 1.6 yang dijalankan pada HTC Dream
Maklumat umum
Eponimdonut Sunting nilai ini di Wikidata
Jenis sistemAndroid (mul) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
PembangunGoogle
Ketersediaan am15 September 2009; 16 tahun yang lalu (2009-09-15)[1]
Keluaran akhir1.6_r1.5[2]
Didahului olehAndroid Cupcake (1.5)
Diganti olehAndroid Eclair (2.0)
Ciri teknikal
Pengurus pakejAPK (mul) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Jenis intiMonolitik (Linux)
Pautan berkaitan
Tapak webdeveloper.android.com/about/versions/android-1.6-highlights Sunting ini di Wikidata
Status sokongan
  • Tidak disokong
  • Sokongan Android Market dihentikan sejak 30 Jun 2017
  • Sokongan Akaun Google dihentikan pada 27 September 2021
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Android Donut ialah versi 1.6 dan merupakan versi utama keempat bagi sistem pengendalian mudah alih Android. Ia pertama kali dipertontonkan pada 27 Mei 2009. Pada 15 September 2009, semasa konvensyen yang dianjurkan oleh Google untuk menentukan versi utama Android, syarikat telekomunikasi mula memperkenalkannya melalui kemas kini kepada telefon pintar yang serasi. Telefon pertama yang menggunakan Android 1.6 ialah T-Mobile G1, manakala telefon pertama yang dilancarkan secara rasmi bersama Android 1.6 ialah telefon pintar HTC Magic. Kemas kini untuk Android Market dihentikan pada tahun 2014, sebelum ditutup sepenuhnya pada 30 Jun 2017. Pada 27 September 2021, log masuk pada Android 2.3.7 (Gingerbread) atau versi yang lebih lama tidak lagi disokong tanpa Google Account Manager.

Antara ciri paling menonjol yang diperkenalkan dalam kemas kini ini termasuklah penambahan sokongan untuk CDMA pada telefon pintar, sokongan pelbagai saiz skrin, penunjuk penggunaan bateri, dan enjin teks ke pertuturan (text-to-speech).[3]

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Ciri-ciri baharu yang diperkenalkan oleh Donut termasuk yang berikut:

  • Carian suara dan entri teks dipertingkatkan untuk merangkumi sejarah penanda buku, kenalan, dan web.
  • Keupayaan untuk pembangun memasukkan kandungan mereka dalam hasil carian.
  • Enjin sintesis pertuturan pelbagai bahasa yang membolehkan sebarang aplikasi Android "menyebut" rentetan teks.
  • Carian yang lebih mudah dan keupayaan untuk melihat tangkapan skrin aplikasi dalam Android Market.[4]
  • Galeri, Kamera, dan Perakam Video diintegrasikan dengan lebih menyeluruh, berserta akses kamera yang lebih pantas.[4]
  • Keupayaan untuk pengguna memilih beberapa foto sekali gus untuk dipadamkan.
  • Sokongan teknologi yang dikemas kini untuk CDMA/EVDO, 802.1x, VPN, dan enjin teks ke pertuturan.[4]
  • Sokongan untuk resolusi skrin WVGA.
  • Peningkatan kelajuan dalam carian dan aplikasi kamera.
  • Rangka kerja Gerak Isyarat (Gesture framework) yang diperluas dan alat pembangunan GestureBuilder baharu.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. "Android 1.6 SDK is here". Diarkibkan daripada yang asal pada April 7, 2022. Dicapai pada May 27, 2021.
  2. "Android 1.6 release 1.5". android.googlesource.com. Diarkibkan daripada yang asal pada October 28, 2025. Dicapai pada October 18, 2025.
  3. "Android 1.6 Platform Highlights". Android. Diarkibkan daripada yang asal pada April 18, 2016. Dicapai pada September 5, 2016.
  4. 1 2 3 Burnette, Ed (2009-09-17). "What's new in Android 1.6 (Donut)? Part 1: User features". ZDNET (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2024-12-14. Dicapai pada 2024-12-13.
[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkaitan Android Donut di Wikimedia Commons
  • Tapak sesawang rasmi Sunting ini di Wikidata