Dengan nama Allah ~yg maha pengasih maha penyayang..
A guy always wanna b a hero and a girl always wanna b star..
Betul ke? cuba tanya diri sendiri..
Mana taknya, kalau lelaki..Kita boleh lihat, masing2 nak tunjukkan kelebihan diri, kehebatan diri, tak mahu mengaku kalah. Kalau lawan tu dapat tunjukkan mereka kuat, “Jom ah lawan, kita tengok siapa kuat!!” kata mereka. Bukan setakat lawan secara fizikal, tapi dr semua sudut. Mental, intelektual, gaya, keperibadian dan banyak lagilah. Dari sekecil2 benda sampai sebesar2nya. Memang sikap mereka tak suka menunjukkan kelemahan diri.
Kalau perempuan pula, semuanya nak jadi bintang..bintang RTM la..bintang pantene la, bintang selebriti la.. atau mungkin sekadar bintang di kolej atau sekolah.haha!! Pantang ada beauty n talent sikit..=p
Jujur, kalau aku, pertama kali ada rasa untuk jadi seorang bintang bila dengar lagu Zinnirah by UNIC dalam chorus lagu tu..
Hadirmu bersama kuntum senyuman
Walau dirimu hamba tawanan
Kau jadi impian firdausi
Kau jadi pingitan hiasan duniawi
Walau tak pernah melihatmu
Zinnirah
Matamu jadi taruhan
Gantian lara nilaian iman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan derita ini
Terlindung sudah indahnya maya
Mata hatimu tetap menyala
C/O :
Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam dan ditemani cahaya purnama
Selaut kasih kau hamparkan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi
Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam maya dan diteman purnama
Cinta murni yang kau dambakan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi
Oh Zinnirah
Kau serikandi sunyi bersendiri
Di medan ngeri dan bersuara sepenuh berani
Kasih suci yang kau hulurkan untuk Ilahi
Menagih korban kasih abadi
Hadirmu bersama senyuman
Walau diri hamba tawanan
Kau jadi pedoman
Zinnirah kau gadis pilihan
Hiasan dunia
Penyeri di firdausi
Siapa Zinnirah ni?? Seorang hamba. Badannya hamba bagi seorang manusia, namun hatinya hamba bagi satu2nya tuhan yg maha esa. Zinnirah merupakan seorang wanita berketurunan Rom. Ditawan, dijual di Makkah dan dibeli oleh Umar Al-Khatab. Beliau telah memeluk Islam sejak awal2 penyebaran dakwah oleh Rasulullah secara sembunyi2 lagi.
Pada awalnya, Zinnirah cuba menyembunyikan imannya drpd pengetahuan Umar Al-Khatab.tp lama2 kantoi gak. Apa lagi dgn kebengisan Umar Al-Khatab yg sememangnya famous dgn sikap berani, tegas lagi garang sejak belum memeluk Islam lagi..Zinnirah diseksa dgn pelbagai seksaan hari demi hari. Namun imannya tetap teguh dan keyakinan pd pertolongan n ganjaran dr Allah mengatasi segala2nya.
Kemuncaknya, apabila matanya dicucuk dgn besi panas. Zinnirah kehilangan penglihatannya. Matanya buta tapi hati dan jiwanya bercahaya dgn cahaya keimanan. Pengorbanannya mendapat cercaan kaum kafir Makkah. Mereka mengatakan itu adalah bala dari berhala2 sembahan nenek moyang mereka..
Walau diuji dgn berbagai2 seksaan, keyakinnannya kpd Allah tidak berubah. Allah swt memberi karamah kpdnya dgn mengembalikan kembali penglihatannya. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. Hatinya penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi. Dgn taufiq n hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam gak.
Itu cerita seorang bintang. Bintang sebenar!! Bintang di dalam pandangan Allah. Bintang di dunia kilauannya palsu. Serinya sementara. be u a star in d eye of Him..precious, everlasting..
“be u a hero in d battle for His deen, be u a star in d eye of Him”.
Sorry, tak dpt nk ceritakan kisah seorang hero, maybe other time insyaAllah.
Posted in Uncategorized